Assalammualaikum,
Ahad lepas bersamaan 1 Disember 2013 En tunang ajak tengok teater. Dia dah ajak dua minggu sebelum tu. Aku cakap ok jelah walaupun aku tak tahu teater apa. Hari Ahad masa nak pergi baru aku tahu tengok Teater Makyong : Kesaktian Anak Raja Gondang. En Tunang mintak tolong temankan. Aku ikut jelah. Lagipun ini kali pertama aku masuk teater istana budaya. Sebelum ni makan kat Cafe dia je. Teringin gak nak masuk kan. En Tunang dah berapa kali masuk dan pernah buat show kat situ dah. Aku je tak pernah nak masuk.
Sebelum ni aku pernah tengok teater masa praktikal dulu. Tapi itu pun kat Dataran Merdeka punya teater tu. MakYong jugak. Aku lupa lak apa nama tempat tu. Ada dalam blog ni malas aku nak belek. Last aku tengok teater kat UiTM shah alam 2011. Sebab support kawan kitaorang berlakon. Makyong ke apa. Tak pasti. Tapi teater tradisional. Tak ingat dah.
Image from here Portal Istana Budaya |
Show start pukul 8.30 malam. Sebelum show start aku duk tengok-tengok pameran yang ada. En Tunang duk tinggalkan aku sebab jumpa kawan-kawan dia. Ada je dia kenal orang kat Istana Budaya tu. Dia syok bual. aku duk tengok pameran. Kira ada beberapa orang artis gak lak datang untuk menonton show ni. Dapat la tengok M. Nasir, Azizah Mahzan depan mata dan beberapa orang lagi artis eden tak kenal. Jumpa pelakon sutun tu. Kawan en tunang. Rupanya yang tempahkan tiket kitaorang member dia ni lah. Adakah dia lembut macam cerita Sutun? Tak lah selembut macam cerita tu. Peramah gila mamat ni. Aku je segan nak berbual-bual. Dia bakal bawak student dia pergi buat show makyong kat Spain dalam pertengahan bulan ni tak silap aku.
Teater ini dibintangi oleh Rosnan Rahman, Sofia Jane, Vanidah Imran, Sabri Yunus dan beberapa pelakon yang lain. Yang sangat berbakat. Bagi aku, sangat terbaik. Walaupun dorang cakap dialek kelantan dan cakap laju nak mampus. Tapi memang terbaik. Aku sangat suka tengok mimik muka Sofia Jane. Dia jadi jahat dalam cerita ni. Dan Vanidah Imran pegang watak baik. Lembut je dia. Rosnan Rahman. Suara terbaik dan semua terbaiklah. Peran-peran yang ada dalam cerita ni sangat kelakar.
Aku suka tengok part dorang menari-nari. Kemain lembut. Ada part dorang berlawan-lawan dan menari sambil badan terikat kat wayar. Pakaian diorang sangat cantik. Pentas simple tapi cun. Kawan-kawan dan family aku tahu aku amat jarang menonton cerita melayu. Tapi teater melayu aku suka tengok. Sebab tengok live. Pastu tak boleh buat salah. Kalau salah. mampuih nak cover. Kalau tv tu, kalau salah boleh ambik balik scene tu kan. Teater of course tak boleh lah kan. So everything kena perfect dan kalau salah kena cover sampai penonton tak perasaan.
Sesiapa yang tak pernah tengok. Aku cadangkan pergi tengok. Try tengok teater tradisional. Teater bukan tradisional pon ada jugak. Istana budaya ada je teater ditayangkan setiap bulan. Pergi lah tengok. Website dorang ada je tepek bila show. JKKN punya website pun ada.
Setakat aku tengok teater ni. Tak pernah menghampakan aku yang tak beberapa suka tengok cerita melayu ni. Hihi. Next time pergi lagi kalau ada rezeki.
Masa rehat 15 minit. Baru berani nak ambik gambar. Sebab masa show berlansung tidak dibenarkan merakam. Maka menghormatilah peraturan yang ada. |
Tips pergi ke Istana Budaya.
1. Pakaian. Seperti yang diketahui Istana Budaya ada cara pemakaian yang bersesuaian bila nak masuk. Kalau show orkestra atau koir kena pakai sut rasmi, batik atau kemeja berlengan panjang. kalau teater longgar sikit. Boleh je pakai jeans. Kalau jeans ko koyak rabak dan lusuh. Sila la balik tukar seluar tu. kemeja berkolar bulat, seluar pendek, pakaian sukan, kasut sukan dan pakaian menjolok mata pun tak boleh. Nak selamat pakai je kemeja lengan panjang dengan jeans bagi lelaki. Yang perempuan, pakai baju kebangsaan pon boleh. Kemeja dan jeans pon boleh. Asalkan tak langgar peraturan yang ditetapkan sudah le.
2. Kalau boleh datang awal sedikit sebelum waktu show bermula. Kalau kau lambat kena tunggu kat bilik menunggu sebelum dorang masukkan korang waktu yang sesuai. Tapi rugilah ada part ko terlepas. Bagi aku kira menganggu la orang nak tengok show. Sebab seat agak sempit. Kau nak lalu orang nak kena bangun bagi laluan. Menganggu giler. Datang awal sikit. Sebab parking kat istana budaya selalu penuh kalau ada show.
3. Sila lah bawak selendang atau baju sejuk. Sebab sejuk. Tak delah sejuk sangat. Tapi en tunang cakap sebelum ni sejuk. Dia suh bawa selendang. Tapi aritu tempat aku takde lah sejuk sangat. Kalau bahagian lain maybe sejuk la kot.
4. Sebelum show start pergilah isi perut dulu. Macam show aku tengok aritu bermula 8.30 mlm dan dia bagi rehat 15 minit dan waktu show habis pukul 11.30 mlm. 15 minit nak makan memang tak sempat lah. Dengan cafenya ramai orang. Ada je tempat makan kat luar Istana Budaya tu. Boleh je. Aku nasihatkan sebelum datang g makan dan solat dulu.
5. Untuk etika penonton yang lain. Baca kat sini. Portal Rasmi Istana Budaya.
Itu jelah kot aku nak cerita. Dah tu je. Assalammualaikum. :)