Peristiwa hari Isnin lalu.
August 14, 2013
Assalammualaikum,
Salam Aidilfitri. Ok. Peristiwa kejutan ni berlaku pada hari isnin lalu. En Tunang kononnya nak datang beraya. Tetapi mak eden dah start kerja dan puasa pulak. So dia planning ajak keluar dating sekejap. Sebelum maghrib baru balik rumah beraya dengan mak ayah aku. Alang-alang makan malam sekali.
Seperti diketahui en tunang memang suka buat surprise. Kalau dah lama baca blog ni mesti tahu kejutan-kejutan yang dibuat en tunang. Hihi. Walaupun dia jenis suka buat surprise, aku memang tak dapat tangkap. Sebab dia pandai sorok.
Ok. Dalam beberapa hari sebelum ni memang aku banyak sentap dengan dia. Tak tahu kenapa. Maybe. PMS. Haha. Merajuk banyak kali. Tapi tak ada lah sampai tak mesej ke hapa. Rajin je aku layan. Sentap kejap-kejap. Haha.
Tengahari tu en tunang ajak dating. Tengok wayang. Tengok wayang memang hobi dia, Kalau dia cuti memang dia ajak aku tengok wayang. Aku memang tak dapat tangkap la dia nak wat surprise. Aku tengok dalam kete memang tak ada apa-apa. Yang ada bantal chelsea baru beli letak kat kete baru dia. Tu jelah.
Sampai je kat parking. Dia sibuk pakai kasut dia. Dia drive suka pakai selipar. Pastu tetiba dia suh ambik barang kat bonnet (aku tak sure bonnet or boot perkataan yang sesuai, Tapi kebiasaannya aku panggil bonnet walaupun aku tahu bonnet kat part depan kereta tu. Haha). Aku pon lurus. Ambik jelah barang kan. Buka-buka je bonnet. Bunga kat bonnet. Sejambak je kat situ. Aku pun ambik lah. Sengih je.
Pastu leh tanya en tunang. "Ni bunga untuk ayang ke?"
Dia jawab "Yelah, untuk siapa lagi"
Hahaha. bengong. Katanya sempena anniversary dan bunga untuk pujuk aku yang sentiasa sentap je. Hahaha. Anniversary ni pun aku tak bagi apa-apa. Selalu wish je. Lagi pun anniversary kitaorang masa 1 syawal. So aku memang tak dapat jangka dia nak bagi bunga ke hapa kan. Tapi memang terkejut la. Senyum je tengok wayang. Haha. Tak boleh blah.
En tunang memang rajin buat kejutan. Salah satu kelebihan dia kan. Macam sesetengah lelaki dia tak suka buat. Katanya membazir. Yelah bagi bunga hidup kan. Tapi bagi en tunang bukan selalu. Bagi aku pulak. Aku happy sangat-sangat sebab dengan kejutan-kejutan ni hubungan tak bosan. Ada je benda dia buat. Aku pulak memang suka ros. Memang tak kan merajuk la selama sebulan ni. Haha. Tapi pendapat memasing la kan. Lain orang lain caranya.
Last year pun en tunang bagi bunga. 3 dozen dia bagi. Ambik ko! haha. Best momento la bagi kitaorang. Hihi. Dah sudah. Apa pulak aku nak bagi dia lak ni.
Assalammualaikum. :)
0 comments