Ahli Keluarga baru.

November 16, 2013



Assalammualaikum.

Memperkenalkan ahli baru dalam family saya. Mimi. Mimi ni dah setahun dah aku bela sebenarnya. Cuma tak ada kesempatan nak cerita kat blog. Mimi ni aku ambik masa umur dia baru bape bulan. Tapi yang confirm lepas dia dah putus susu dengan mak dia. Aku ambik dia ni dari umah mak sedara aku. Sejak kucing aku Era tu mati. Rumah aku memang sunyi sangat tak ada kucing. Harapkan Bubu. Kerja dia merayap saje tak balik-balik. Aku ni duk berzikir kat mak aku nak bela kucing. Mak aku ni malas nak bela dah. Sebab mak aku paling tak suka kucing berak dan kencing merata-rata. Sebab hidung mak aku ni sensitif.


Rumah mak Ngah aku ni memang belambak kucing. Mak aku berkenan dengan Mimi ni. Selepas dia putus susu dengan mak dia. Mak aku bawak la balik. Balik-balik terus pas kat aku. Haha. Gigih la aku ajar dia berak dalam tandas. Memang aku tak kasi keluar rumah. Sebab dia ni spesis kemungkinan besar orang suka rembat. Tapi kucing kan. Dia lagi suka keluar rumah. So aku beli la kolar kucing. Kalau ada kolar ni orang kat sini leh pikir la ni kucing belaan. Sebab sebelum ni aku ada pengalaman kucing aku bulu lebat dirembat orang. Terus trauma nak lepas sebarangan.



Mimi ni perangai dia garang. Ntahlah. Aku dari dulu duk bela kucing asyik dapat yang garang je. Kalau ko panggil haram tak datang. Sombong. Kalau lapo pandai dia nak manje-manje. Manje pon takat gesel gesel kat kaki je. Lepas dapat makan terus sombong balik. Haha. Dia memang tak suka dipegang. Kalau angkat letak kat peha. Suara dia mengeram tu macam marah benar. Padahal ko letak kat peha je.Tapi dia ni suara je lebih. Tapi tak penah cakar atau gigit. Gigit kemam tu pun masa ngah main.

Tetapi, kalau dia sorang-sorang dengan aku. Kalau aku duk membaca atas katil atau buat kerja kat laptop. Dia akan datang. Tetiba duk kat celah kaki aku. Itupun dalam bilik tu hanya ada aku sorang. Dia memang tidur dengan aku. Kat hujung katil atau kat bawah katil. Kalau aku gi dapur atau masuk tandas dia akan mengekor. Bukan mengekor nak makan ke apa. Tapi mengekor saje-saje. Walaupun aku kuar bilik time tu dia tidur. Gigih dia bangun mengekor. Bila aku masuk bilik balik dia akan sambung tidur balik. Kalau aku keluar rumah. Dia akan mengekor sampai kat luar rumah atau kat pintu. Kiranya dia manje. Tapi tak nak tunjuk. Camtu. Haha. Salah satu sebabnya. Aku rajin melayan dia. Haha.


So baru-baru ni. Bertambah ahli keluarga baru. Tiga ekor anak kucing. Ibunya Mimi. Bapaknya si Bubu. Dilahirkan depan mata aku sendiri khamis minggu lepas. Aku dapat detect dia bunting time dia cepat gila penat bila aku main-main dengan dia. Bila dia dah penat sampai terjelir-jelir lidah. Aku stop main dengan dia. Pastu aku check la tanda-tanda dia pregnant. Tanda-tanda kucing bunting tu dah ada kat dia. Manje lain macam time dia bunting. Suka gila memunggah barang-barang aku. Nak cari port nak beranak. kucing tak lama bunting. Dua bulan dah leh beranak. Hari-hari terakhir dia nak beranak tu gigih aku ajar dia push push. Haha. Bengong.


Tapi tengok kucing beranak memang pengalaman aku rasa menakjubkan la jugak. Sebab depan mata. Masa dia nak beranak. Aku tengah hadap laptop. Dia mengiau bapak giler bising. Pastu dia sibuk memunggah almari baju aku. Semua baju dia tarik keluar. So cepat-cepat aku ambik kotak. Letak kain dalam tu. Letak dia dalam tu. Setahu aku lah kucing ni dia tak suka kita tengok dia beranak. Tapi kucing aku lain. Dia tak bagi aku tinggalkan dia. Kalau aku bangun. Dia pon duk kuar dari kotak tu ikut aku. (T.T) Dah satu kerja aku kena hadap dia beranak. Masa anak dia dah keluar separuh. Dia boleh keluar kotak beranak kat lantai. Terkejut giler aku. Panik la jugak. Masa anak first dia keluar. Dia macam blur je. Dia tak bersihkan anak dia. Dia tak gigit pon uri dia bagi putus. Aku dah panik. Sebab bahaya kan. (aku buat research weh camne nak handle kucing beranak.) Dalam bape minit tu dia bersihkan anak dia dan gigit uri tu dan makan uri tu. Ye rasa mengelikan tapi ada sebab kenapa dia makan uri dia balik.


Lepas tu. tak lama lepas tu anak dia yang kedua pulak keluar. Tapi tengok senang la kucing beranak. Tu sebab ada perumpamaan "senang beranak macam kucing beranak" Maksudnya ko beranak senang la. Sekali push je. Terus keluar. Anak dia yang last ni. Dia dah takde tenaga dah. Kesian gila kat dia. Dia nak terlelap dah. Aku kuar bilik nak ambik air dan makanan. Sekali tengok dia dah beranak. Hanya tiga ekor. Sebab keturunan dia memang beranak tak banyak. Tiga ekor tu paling maksimum. Sehari suntuk tu dia tak makan atau minum. Gigih aku suapkan air. Sebab dia memang tak larat gila. Last-last dia kuar kotak makan sup ayam. Itu pun sekejap je. Dia tak tinggalkan anak dia langsung.

Hari dia beranakkan anak dia. Bulu anak dia pon tak berapa bersih.

Hari ketiga atau keempat. Lupa dah.
Genap seminggu. Anak dia yang dua ekor ni. Sebijik tang muka. Yang berbeza badan. Satu putih lebih. Satu lagi more to coklat + kelabu.

Yang bongsu ni lain sangat. Masa lahir aku ingat itam legam. Rupanya belang macam mak dia sikit. Bubu sikit.

Sekarang ni dah lima kali duk alih anak dia. Tapi tak pernah keluar bilik aku la. Sebab bilik lain kat rumah aku ni  Bubu  berani masuk. Dia duk cari anak dak Mimi. Bilik aku je Bubu tak berani masuk. Sebab aku garang. Haha. Tak adelah. Bilik aku sentiasa bertutup. Oh ye kucing jantan amat sukakan anak kucing. Dia makan anak kucing. Pastu tinggalkan kepala je. Ngeri ok.

"Yey, saya dah jadi mak" Muka tak boleh blah. Muka bangga. Haha.
Ok dah. Tu je. Bubye.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts