Kisah Jiran : Part 2
September 12, 2017
Assalammualaikum..
Ok ni cerita pasal jiran part 2. Sesiapa yang belum baca. boleh pergi belek entry pasal jiran sebelum ini. Bukan jiran yang sama tapi jiran sebelah rumah mak aku.
Kawasan rumah aku ni banyak benau masalah jiran. Ada yang ok. Ada yang KO. Tapi mungkinlah nasib family kami dapat jiran yang "lain macam" perangainya. Kat rumah mak aku ni memacam perangai jiran. Ada yang rumah nak cantik tapi buang sampah dekat rumah mak aku. Ada jiran kereta berlambak tak mahu parking dekat rumah sendiri. Tapi parking kat rumah orang. Rumah sendiri parking kosong ok. KOSONG. Kekadang adik beradik aku balik tak ada tempat nak parking kereta kat rumah sendiri. Sampai kitaorang park kereta belakang kereta mak aku. Sampai berdouble. Sebab tak mahu ganggu jalan raya dan malas nak bising-bising.
Kali ni aku cerita pasal Kak Milah. Jiran sebelah rumah aku. Masalah jiran aku ni sejak zaman aku sekolah rendah lagi. Yes, dari zaman aku sekolah. Family aku pindah rumah mak aku sekarang ni lambat. Beli rumah awal, cuma duduk lambat. Bila orang keliling dah ramai duduk, baru family aku duduk la macam tu. Parents aku dua-dua bekerja. So keluar pagi, balik petang atau malam. Memang busy la kan. Majoriti jiran-jiran kawasan aku ni isteri adalah suri rumah sepenuh masa. Yang isteri-isteri yang bekerja adalah sorang dua.
Bila mak ayah aku busy kerja. Dorang tak sempat la berbual lepak lama-lama kat luar rumah. And my parents bukan jenis suka lepak mengumpat-umpat ni. Kalau terserempak pepagi itu, dorang just senyum-senyum and tegur perkara biasa kat jiran sebelah aku. Mak aku ada perasan bila senyum jiran-jiran yang lain, dorang tak mahu senyum balik and pandang lain macam. Mak aku ni jenis ok, tak nak senyum sudah.haha. Teruskan hidup macam biasa lah.
Sampai lah satu masa, jiran aku yang lain buat kenduri doa selamat ke apa. Jemput la mak aku. Jemput sebab terpaksa. Mak aku pergi lah tolong masak-masak. Masa aku masak-masak mak aku cuba bertanya and ajak berbual-bual sorang makcik ni. Makcik ni buat bodoh je ok. Buat tak dengar. Padahal mak aku kat sebelah dia je. Mak aku tertanya-tertanya dalam hati apa yang dia buat salah sampai orang buat macam tu sekali kat dia. Padahal mak aku tak salah apa-apa pun.
Bila ada kenduri mak aku pergi juga walaupun orang layan macam nak tak dengan mak aku. Sampai la satu masa, ada seorang jiran selang beberapa rumah dari rumah mak aku yang aku namakan dia cik Ana tegur mak aku. Mak aku berkawan jelah macam tu. Bila ada kenduri baru jumpa. And mak aku tolong cik Ana kalau ada masalah. Sampaikan mak aku tolong carikan kerja untuk cik Ana sampai dia dapat kerja. Bila mak aku selalu tolong ni, cik Ana buka cerita satu persatu kenapa layan mak aku macam tu sebelum ni. Dan, dari situ lah mak aku tahu punca kenapa jiran-jiran lain layan mak aku macam tu. Benda ini berpunca dari jiran sebelah aku...
Jiran sebelah aku ni, namanya Kak Milah. Sebelum ni, dia duduk kawasan perumahan sama tapi rumah lain. Rumah tu jauh la. Lorong lain la. Dekat pulak dengan rumah kakak mak aku. Masa mak aku mula-mula pindah, kakak mak aku dah bagi warning dekat mak aku, jaga jaga dengan Milah ni, suka cari pasal dan bergaduh. Dan dia berpindah sebelah rumah aku ni sebab dia berperang besar dengan jiran-jiran dia kat sana. Sampai bergaduh. Mak aku ni lak just ok. Pastu teruskan kehidupan macam biasa. Malas nak ambik port la kan.
Cik Ana ni cerita la, Kak Milah ni cakap mak aku jenis kurang bertimbang rasa, sombong, dan memacam lagi lah. Bila cik Ana berkawan dengan mak aku, dia rasa apa yang Kak Milah ni cakap berlainan dengan perangai mak aku. So dia bincang dengan husband dia. And biasa la suami-suami ni, tu la jangan dengar cakap orang, kenal dulu baru tahu. Lama-lama sorang-sorang jiran aku bukak mata. Ada juga yang layan mak aku depan-depan baik, belakang kutuk mak aku. Itu geng melepak Kak Milah tu(termasuk bini Bakar dalam entry ni). Satu benda aku tabik spring kat mak aku ni. Orang nak bercakap, cakaplah. Mak aku tetap tegur dan senyum walaupun orang layan dia macam tu. Mak aku selalu cakap. Allah itu sentiasa ada. Orang nak buat dia, buatlah.
Aku ingat kes dia habis macam tu lah. Tak ada buruk-burukkan mak aku lagi. Sampai lah benda ni effect kat aku. Salah satu jiran aku menyewa area situ adalah cikgu yang mengajar di sekolah aku. Benda ni jadi masa aku darjah 5. Cikgu ni mengajar sekolah aku lah. Dan cikgu ni popular dengan benda tak baik macam cikgu kaki gosip, cikgu yang jenis belum waktu habis sekolah dia dah cabut balik rumah. Dan cikgu ni geng kaki gosip Kak Milah. Masa mula-mula pindah rumah tu, aku dan adik beradik bukan jenis keluar rumah. Sebab kitaorang kaki main games kat komputer. Memang tak keluar rumah. Dan parents aku ni bukan jenis bagi keluar merayap sangat. So kitaorang duduk rumah lah kan. Main pun dengan adik beradik sebab jarak umur tak jauh.
Masa darjah 5, ada pemilihan pengawas sekolah. Aku pun tak tahu aku terpilih. Tetiba Mr Low panggil beberapa orang murid dalam kelas aku pergi jumpa Guru Disiplin. Tetiba kena beratur depan Guru Disiplin, Mr Low dengan cikgu gosip a.k.a jiran aku. Mr Low pun cakap lah yang dipanggil ni akan jadi pengawas sekolah untuk tahun depan. Cikgu Gosip ni pandang sorang-sorang student. Sampai dekat aku. Dia tunjuk jari dia depan aku. Sambil cakap. "Ha! Dia ni! Kaki gaduh ni! Tak layak langsung jadi pengawas! Macam mana boleh terpilih ni? Dengan suara kuat sambil tunjal-tunjal jari dia kat aku. Mr Low pandang aku. Pandang balik cikgu gosip tu. Mr Low kata "Saya mengajar dia dari dia darjah 3 dan 4, saya pernah jadi guru kelas dia, saya bawak dia pergi bertanding peringkat negeri, saya tak pernah tengok dan dengar dia bergaduh." Habis je Mr Low cakap ayat tu. Aku blah dari bilik guru ok. Pergi tandas ada orang. Aku pergi Library. Tempat favourite aku. Menangis kat situ sorang-sorang. Nasib baik tak ada orang.
Mr Low datang cari aku ok. Masa tu cikgu Salmi ada. Cikgu perpustakaan. Mr Low pujuk aku. Aku tahan je air mata depan cikgu. Aku cakap aku tak nak jadi pengawas dah. Mr Low kata tak nak jadi pengawas. Jadi pengawas perpustakaan. Tapi aku tak jadi pun. Sebab tahun depan tu aku pindah sekolah. Sebab dekat taman perumahan aku ni sekolah baru buka. So sebab dekat aku pindah. Aku kenal dan rapat Mr Low sebab dia pernah jadi guru kelas aku, ajar subjek english dan pendidikan seni. Dia juga guru kelab pendidikan seni. Aku dulu selalu bertanding seni peringkat sekolah dan negeri dia yang akan bawa aku. Itu sebab dia kenal aku macam mana dan dia terkejut dengan tuduhan Cikgu Gosip tu.
Kesan dari peristiwa itu, aku trauma. Yelah tetiba kau kena tuduh macam tu depan cikgu dan depan student lain. Aku ni dah lah pendiam kan. Tetiba kena tuduh macam tu. Ko rasa? Dan sampai sekarang aku ingat peristiwa tu. Dengan mimik-mimik muka cikgu gosip sekali aku ingat. Cikgu tu dah pindah rumah pun. Akibat mulut orang, dengan aku jadi mangsa. Ko jeles dengan mak aku. Aku jadi mangsa. Aku tak cerita benda ni sampai aku habis belajar kat U baru aku buka cerita ni dekat family aku. Masa tu lah mak aku buka cerita pasal jiran sebelah aku dan jiran-jiran aku yang lain.
Masa aku buat pagar tembok pun jadi isu tau oleh jiran sebelah aku. Mak aku upah kawan dia kontraktor yang selalu datang urusan kat office mak aku la. Masa tengah buat tembok. Kawan mak aku ni selalu beli keropok lekor jiran sebelah aku. Kak Milah ni berniaga jual keropok, air, jambu dan keropok lekor lah. Masa kawan mak aku duk beli, Kak Milah ni duk tanya lah berapa harga tembok mak aku ni buat, mana datang duit mak aku buat, mak ni orang bawahan je tak mampu nak buat mahal-mahal. Kawan mak aku ni lelaki. Dia pun pelik, kenal pun tak. Tetiba cakap macam tu dengan orang yang tak kenal pasal mak aku. Kak Milah ni tak tahu. Kontraktor ni kawan mak aku. Kawan mak aku bantai la cakap, mak aku ni bos-bos ok. Buat pagar ni nak dekat 30k ok. Kaya ok. Siap up-up mak aku bagi Kak Milah panas. Haha. Padahal tak ada mahal tu pun.
Kawan mak aku cerita masa datang office mak aku. Sambil cakap kenapa dengan jiran mak aku tu. Mak aku macam biasa. Alah biasa, manusia. Camtu jelah. Siap kawan mak aku offer buatkan tembok tutup habis antara rumah mak aku dengan rumah Kak Milah sebab bengang apa jiran tu cakap pasal mak aku. Mak aku cakap buat apa gelapkan rumah orang. Rumah sebelah Kak Milah tu pun dah tutup dengan tembok habis sebab tak tahan dengan Kak Milah ni. Jiran sebelah Kak Milah pun teruk juga diumpatnya tapi tak seteruk mak aku kena. Sebab mak aku ni malas nak bergaduh lagi dia naik kepala.
Dan kes lain yang dia buat adalah masa kenduri kahwin aku. Kenduri kahwin aku 100% katering. Dari masak sampai kendarat semua katering. Sebab parents aku tak nak penat. Masa hari majlis. Owner katering, kak suri tu datang lah check semua. So jiran aku ni Kak Milah, boleh mengekor kak suri duk tengok makanan-makanan apa mak aku order. Macam pagi lagi belum pukul 10.30pg orang kan tak ada lagi nak datang kenduri. Biasa datang tengahari kan. Kak Milah ni boleh cakap dengan Kak Suri, family mak aku ni tak campur orang. Tengok tak ada siapa nak datang kenduri. Kak Suri ni pelik lah. Ko tak kenal aku pun tetiba cakap macam tu pasal customer aku.
Dalam pukul 11 pagi orang dah start tak putus-putus datang. Sampai meja nak makan tak cukup sampai orang kena berdiri lah. Boleh pulak Kak Milah ni pergi cari Kak Suri ni cakap lauk cukup ke tak. Siap pergi check kat lori. Cukup ke tak lauk ni. Pergi cakap kat Kak Suri "Tu lah jemput orang ramai-ramai, sampai tak cukup lauk. Buat malu je." Kak suri ni bengang pergi cakap dengan Kak Milah, "Kak ini customer saya, saya nak kerja, tolong jangan ganggu saya boleh tak? Baru lah dia blah. Makanan sebenar tak cukup. Dan Kak Suri tu memang bawak backup lauk. Kalau tak cukup dia akan tambah. Dia memang bagitahu awal-awal masa sign kontrak. Ada backup lauk. Kalau tuan rumah nak tambah. Dia akan cas kemudian la. Cuma aku hairan, macam dia pulak tuan rumah. Masa mula-mula cakap tak ada orang nak datang, time orang ramai datang, ko kutuk lain pulak. Adoi hai.
Kes ni Kak Suri cerita masa datang rumah untuk bayaran balance katering. Tetiba je kak suri cakap "Maaflah kak, saya nak tanya boleh. Pasal jiran akak." Dan kak Suri bukak cerita. Mak aku mengucap panjang. Setiap kali orang tanya mak aku,mak aku tak pernah nak cerita pasal jiran aku. Mak aku cakap takpelah nak buat macam mana. Kalau dia cerita, dia cerita dekat aku je. Aku lah jadi penadah telinga. Aku tak pernah tengok mak aku cerita dengan orang lain. Setiap kali aku dengar mak aku cerita setiap kali tu la aku jadi panas. Haha. Tu sebab naik entry pasal Kak Milah ni. Haha.
Adakah kak Milah masih berperangai macam tu sehingga kini? Aku rasa ada lagi kot. Sebab Kak Milah ni mengajar orang mengaji. Petang budak-budak, memalam orang tua. Rumah aku ada dua porch. Satu porch betul-betul sebelah rumah Kak Milah ni. Selalu aku balik rumah mak aku, aku akan parking porch kedua ni. Malam-malam aku sampai orang tengah mengaji. Orang mengaji ni pelik. Kat depan rumah Kak Milah ni dorang tak parking motor. Depan pagar rumah mak aku ni jugak dia parking. Aku pun malas nak marah-marah. Sebab benda simple. Setiap kali aku balik rumah mak aku. Aku akan turun kereta, bagi salam. Minta alihkan motor boleh tak. Muka orang mengaji ni mak ai.. Kemain masam, cakap maaf pun tak. Alih motor terus masuk rumah. So ada la something tak kena macam mak aku kena. Bukan aku kena je. Abang aku pun kena. Abang aku sekali dua kali orang buat dia macam tu. Dia park kat tempat lain. Dah takde motor kat situ. Baru abang aku masuk parking kereta dia. Dan aku tak park situ dah. Sebab kak MIlah selalu interview laki aku. Tanya kerja apa. Gaji berapa. Tapi aku dah cakap dengan laki aku awal-awal. Hahaha.
Kak Milah ni mulut manyak manis. Depan-depan cakap ok. Belakang kutuk ko kaw-kaw punya. Kekadang aku tertanya apa la family aku buat kat dia sampai dia buat macam tu kat family aku. Bukan aku je kena, jiran-jiran aku pun kena. Dan kes terbaru, jiran aku ni dah tua, aku panggil nenek, tak nak duduk dengan anak-anak. So duduk la dengan bibik. Bibik ni selalu datang beli makanan dengan Kak Milah ni. Lepas tu tetiba bibik mengamuk cakap dengan nenek kata nenek ngata dia bukan-bukan. Dah bibik tu sentap and lari. Aduhai. Sebab mulut la, nenek dah jadi susah. Aku tak tahu lah sama ada benda ni rutin harian dia atau apa. Cuma aku pelik. Dan disebabkan benda ni aku jadi sangat susah nak percaya orang. Walaupun aku dah duduk rumah sendiri, aku jadi takut nak campur atau rapat sangat dengan jiran-jiran sebab takut dapat jiran macam kak Milah ni. Aku just tegur-tegur berbual pasal internet, pasal rumah and isu semasa. Dan aku sangat jarang berbual-bual dengan jiran-jiran aku. Setahun beberapa kali lah. Haha.
Dan mak aku? Masih senyum dan tegur macam biasa walaupun mak aku tahu kak Milah tu macam tu. Mak aku selalu cakap antara dia dengan Allah esok. Huwa.. Kenapa lah aku tak boleh jadi sesabar macam mak aku. Aku setiap kali balik rumah mak aku, mesti aku elak terserempak dengan dia. Sebab aku panas apa yang dia buat dengan mak aku. Anak dan laki dia tak ada masalah sangat. Yang masalahnya Kak Milah tu jelah. Banyak benda dia buat lagi. Mungkin kami didatangkan dengan ujian jiran-jiran macam ni ada sebab, mungkin ada hikmahnya yang kami tak nampak. Dan mungkin nak ajar kami lebih bersabar.
Marilah kita sesama doakan Kak Milah berubah dan mendapat hidayah apa yang dia buat tu salah ok. Entry ni ditulis untuk memberikan pengajaran dan luahan isi hati. Nama-nama pelaku adalah 100% nama samaran. Korang bukan tahu pun siapa kan. Apa yang aku tulis. Ambik pengajaran. Jangan jadi macam tu. Didik diri sendiri, ahli keluarga dan anak-anak kita jauhilah sikap macam tu. Tak dapat untung apa pun.
Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim nabi bersabda:
"Demi Allah, dia tidak beriman, demi Allah dia tidak beriman. Nabi lalu ditanya: "Siapakah dia Ya Rasulullah? Nabi menjawab: "Iaitu orang yang tetangganya tidak merasa aman dengan kejahatannya".
Sabdanya lagi: "Tidaklah akan memasuki Syurga orang yang tetangganya tidak merasa aman dari kejahatannya" ( Hadis riwayat Muslim)
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Kiamat ( Akhiratt) maka janganlah menyakiti jirannya" (Hadis riwayat Bukhari)
8 comments