Bangi Wonderland Theme Park & Resort

 Assalammualaikum.

Minggu lepas kami ke Bangi Wonderland sempena family day office husband. Staff dan anak bini ditanggung sepenuhnya oleh company en husband. Siap breakfast dan makan tengahari free lagi. Husband lak jenis aktif join aktiviti macam ini. I sebagai isteri ikut jelahkan. Haha.

Kami sampai Bangi Wonderland pukul 7.15 pagi. Awal kan? Sebab pendaftaran pukul 7.30 pagi. En husband pulak jenis tepati masa. Pukul 8 lebih kami dah masuk theme park. Theme Park ni sebenarnya hujung minggu bukak pukul 10 pagi. Sebab family day, pukul 8 pagi kami dah masuk.  Ada jugak satu company lain buat family day. Tapi tak seramai staff company husband la.



Harga masuk untuk ke theme park boleh rujuk gambar di bawah. Segala info ada kat situ. Masa nak masuk pekerja di situ akan check beg. Detail dia check walaupun orang ramai beratur panjang. Sebab yg join family day en husband tu ada dalam 1500+ lebih. Bayangkan la masa dia cek satu-satu beg. 

Macam taman tema air yang lain, makanan dari luar tak boleh dibawak masuk. Ada jugak la aku tengok yang bawak keropok bagai kena tinggalkan dan diletakkan dalam rak yang disediakan. Aku bawa air mineral botol kecil tapi lepas je. Maybe air kosong ok kot.

After check beg, dorang akan ambil gambar kenangan la. Lepas tu dia orang print. Nak balik nanti boleh ambik. Kena bayar la kot. Tapi haritu kami dapat free sebab ditanggung company en husband. Kami pun tak ambik gambar sebab ramai sangat orang beratur panjang. Aku jadi rimas. Haha.



Masuk-masuk je kami kena pergi ke kawasan Pirates Bay. Sebab kat situ majlis pembukaan la. Ambik breakfast. Lepas tu lepak kat kawasan Pirates Bay. Memandangkan family day so ada la khemah-khemah macam kenduri kahwin tu. Aku tak tahu la hari lain ada khemah tu ke tak. Sebab aku baca review di internet tak banyak tempat berteduh.

Masa aku pergi time tu lak ujan. Lebat lak tu. Khemah lak tak mencukupi. Aku dengan husband lepak bawah pokok pinang ke apa. Sebab kitaorang bagi keutamaan kepada parents yang ada anak-anak. Yang tak ada anak lagi duk diam-diam bawah pokok sambil makan karipap. Nasib baik hujan sekejap je. Husband bagi tuala free dari company kat aku tutup kepala dari hujan. Sebab aku baru baik demam. Suara pon tak ada time tu. So dia risau. 

Majlis dimulakan dengan ucapan dr ceo, senam aerobik dalam air dan majlis penyampaian hadiah bagi yang berkhidmat lama la. Aku pun tak fokus sangat sebab kat belakang. Budak budak la enjoy. Sebab nampak air depan mata kan. Dorang nak terjun je. Bukan kisah apa. Haha.

After penyampaian hadiah aku ngan husband pergi cari tempat loker. Nak sewa loker ada 3 jenis. Kecil, sederhana dan besar. Kami ambik yang sederhana untuk dua beg sandang. Itupun cukup-cukup makan. Harga loker:

Kecil :           RM10+RM15(deposit)
Sederhana :   RM15+RM15(deposit)
Besar :           RM30+RM15(deposit)

Loker berdekatan dengan tandas dan bilik mandi lelaki dan perempuan. Cuma satu lah, bilik air agak kotor bila dah dekat tengahari dan petang walaupun ada banyak tandas. Lantai di tempat loker sangat kotor. walaupun ada pengering lantai kat situ. Sebab loker kat situ dan pintu nak masuk bilik air kat situ jugak. Kalau nak mandi kan kena letak selipar dalam loker. Aku terpaksa pijak lantai kotor untuk ke tempat mandi. Nak naik rides tak dibenarkan pakai selipar.

Bangi Wonderland ada 16 rides kesemuanya. Masa aku pergi ada satu rides yang ditutup. Boomeriang. Tak tahu lah sebab apa. Ada rides kena guna pelampung ada yang tak. Aku dan husband memang tak sewa la pelampung. Sebab tengahari tu ada sambungan event company en huband. Malas pulak nak kena bawak pelampung tu ke mana-mana. Leceh. Kalau nak naik rides tak ada pelampung, kena tinggal. Potensi kena rembat adalah sangat tinggi. Haha.

Sewa pelambung : RM15+RM10(deposit)

Awal pagi tu kami tak naik banyak sangat rides. Husband la rajin naik. Aku malas. Lagipun husband bawak kamera gopro tu. Nak naik rides tak boleh bawak kamera tu. So aku memang malas nak naik. Aku duk bawah rakam video. Haha.

Kids Adventure

Kawasan ni sesuai untuk parents dan anak-anak kecil. Kat sini ada semua permainan untuk kanak-kanak. Berdekatan dengan tempat duduk berbumbung, gerai jual makanan, loker, tandas, surau dan changing room.  Adalah lah jugak kerusi-kerusi untuk ibu bapa duduk tengok anak-anak. Kat sini jelah aku perasan ada banyak tempat teduh berbumbung. Tempat lain, lagi-lagi kawasan pirates bay kurang.


Bila air dalam bekas tu dah penuh, air akan jatuh dengan sendiri la. 

Tengahari tu ada la lucky draw untuk staff dan sambil makan tengahari. Kitaorang banyak lepak kat kawasan tempat berteduh ni la. Sebab ada meja makan semua kan. Makanan kat sini bagi aku sangat mahal. Mahal giler bagi aku. Jagung kukus dalam cup RM5 ok. Mahal tak mahal. Tu tak tahu lagi makanan lain-lain. Sebab makanan tengahari kami free ditanggung company. So tak terasa sangat la kan. 

Dalam pukul 1 lebih tu dah habis majlis semua kami sambung naik rides. Banyak jugaklah aku cuba. Tapi tak semua. Husband satu-satu dia try. Gigih jugak la memanjat tangga. Haha.

Magic funnel. Rides ni aku naik.
Magic funnel ko kena naik 4 orang. Kat sini pelampung disediakan. Free. Gigih la kami mengangkut pelampung naik rides ni. Yang ni seram jugak lah bagi aku. Rasa nak tercampak keluar je dari tempat ni. Masa naik, kawan husband perempuan jerit. Aku nak jerit. Tak ada suara kan. Macam mana nak jerit. Senyap jelah. Kawan husband jerit sekejap bila dia sorang jerit. Yang lain tak jerit dia pun diam. Hahaha. 


The Fall, Anaconda Trail dan Insane Racer.
Aku naik Insane Racer je yang ni. Penat oi memanjat tangga nak naik rides ni. Haha. Bagusnya tempat ni. Merata-rata ada lifeguard. Setiap rides ada dua lifeguard. Masa nak naik dan turun. Kalau tempat turun rides ni ada kolam yang dalam dorang akan tunggu dalam air sambil bawak pelampung. So selamat la. Merata-rata dorang duk jaga.

Kami banyak lepak kawasan ni la. 



Dalam pukul 3 lebih kami balik dah, tempat-tempat ni seronok la bawak anak-anak. Kami ni bila umur dah menjangkau 30 tahun dah malas nak naik rides ni. Haha. Esok harinya badan sakit-sakit. Siap pakej demam aku kena. Haha. Kalau ada peluang lagi ke sini, mungkin bila ada anak nanti. Haha.

Rates: 

3.5/5 ☆


Comments