Gambar : Bunga
August 02, 2013Assalammualaikum,
Hobi aku sebenarnya suka capture gambar. Aku start suka ambil gambar masa aku kat universiti lagi. Masa tu memang aku bawak mana-mana dslr. Setiap masa je ambik gambar. Setiap aktiviti ambil gambar.
Bila umur dah meningkat nak dewasa ni. Aku still suka ambil gambar tapi aku dah kurang bawak kamera ke hulu hilir. Mungkin segan. Aku pun tak tahu nape. Aku hanya bawa kamera bila aku rasa nak berjalan jauh atau bercuti. Kadang-kadang bawak pun tak guna. Maybe faktor usia. Haha.
Bila dah lama pegang camera ni. Aku dah jarang ambil gambar orang. Sebab perangai aku. Aku suka ambil gambar perfect. Aku suka puaskan hati orang. Aku jadi takut kalau gambar tu tak sempurna di mata orang. Sampai macam tu aku fikir. Haha. Lepas tu aku suka fikir. Kalau aku tangkap gambar member aku tak bertudung. Tup-tup dia bertudung. Pastu aku letak gambar dia merata-rata. Dah satu kerja aku nak kena delete. Dah tambah saham dosa aku sebab menyebarkan gambar dia tak menutup aurat.
Salah satu ros mak aku. Dah bertambah koleksi ros dia sebenarnya.
Dan itulah antara satu sebab aku dah jarang ambil gambar orang. Gambar orang yang aku ambil pun gambar En Tunang. Haha. Sengal. Sekarang aku lebih suka ambil gambar pemandangan, haiwan dan bunga. Dan dari situ aku tahu. Aku amat suka ambil gambar bunga. Sebab aku rasa tenang tengok bunga dan pemandangan.
Bunga yang jadi mangsa bunga mak aku. Haha. Mak aku ni suka menanam bunga. Terutamanya orkid. Sekarang ni sikit-sikit dia tambah bunga ros pulak. Aku ni jenis tak ada minat sangat nak menanam. Aku suka ambik gambar je. Mak aku gigih siram, baja dan trim bunga-bunga dia. Gambar-gambar bunga ini adalah 100% mak aku punya bunga. Aku hanya tukang ambik gambar sahaja. Mak aku tak kisah aku ambik gambar bunga dia. Asalkan aku tak petik bunga dia. Kalau petik mahu pasu bunga tertangkup kat kepala aku. Haha. Serius. Mak aku memang garang. Haha.
Sampai sekarang aku tak tahu bunga apa. Bunga dia kecik je sebenarnya. |
Another roses. Pokok bunga ros ni rajin gila berbunga. Tapi sayang ulat suka makan daun dia. Sebab dia wangi gila. Salah satu tips mak aku bagi. Kalau tak nak ros yang suka dimakan ulat. Cari ros yang xde bau. Memang betul ok fakta ni. Mak aku beli ros baru. Xde sehelai pun daun dia berlubang. |
Pokok yang aku tak tahu apa namanya. =.=" |
Orkid. Ada specific name. Mak aku je tahu. Tapi bunga ni dalam pasu kecik je. Tapi dah berbunga. |
Sama dengan yang atas. Kecik je pokok dia. Dah berbunga. |
Mak peminat pink and purple. Aku rasa majoriti bunga banyak colour lingkungan ni. |
Spesis bunga yg aku suka giler. Dia berbunga melengkung macam ni. |
Malas nak letak caption. Haha. |
Dan juga malas nak letak caption. Dasar pemalas. Haha |
Ok seriously, banyak giler bunga orkid mak aku. Tapi malas nak letak banyak-banyak kat sini. Kalau aku rajin aku tepek la. Sebab aku memang ambik gambar bunga orkid mak aku setiap kali berbunga. Memang rajin berbunga pokok mak aku.
Semua gambar ini diambil mengunakan dslr, kamera biasa dan juga kamera hp. Sesiapa member aku yang memang follow instagram dan Fb aku memang dah tengok la separuh dari gambar-gambar ni. Aku je malas gila tepek kat blog. hehe.
Dah tu je. Assalammualaikum.
0 comments