Inspirasi : Wedding Theme
July 16, 2013
Assalammualaikum,
Dah lama tak menaip kat sini. Walaupun banyak je benda nak diceritakan. Since bulan Ramadhan ni banyak masa terluang. Aku wat lah beberapa research untuk tema perkahwinan aku nanti. En Tunang pun memang dah pilih tema belah dia. So cuma nak menjalankan pencarian butik-butik tu belum lagi. Bulan puasa kan. Lagipun En Tunang kemain busy. =.="
Resepsi : Purple + Turquoise
Image from Google |
Tema ni dah lama aku berkenan sejak tahun lepas. Aku ternampak kat tumblr tak silap. Sekali pandang terus jatuh hati kat warna ni. Warna Turquoise + Mint kan hot since tahun lepas. Aku pun masih tak pasti sama ada colour ni ada ke tak kat butik pengantin. Warna ni memang jadi pilihan pertama lah. Kalau tak ada atau susah sangat. Baru fikirkan warna lain. Tapi tetap nak tema nii...
Bertandang : Black + Gold
Image from Google |
En Tunang dari dulu nak tema warna ni. Tahun 2011 tak silap dia beritahu kalau dia nak kahwin, dia nak warna ni. Haritu skype dengan dia. Tanya dia. Nak tema apa. Aku ingat tak ada lah dia sebut nak warna Gold + Black. Sebab dah lama kan. Tup tup still nak lagi dengan tema ni. Setia sungguh. Hihi. En Tunang cerewet sikit. Kalau dia nak gold + black, maka gold dan black lah. Jangan memandai nak pi tukar gold tu warna yellow ke apa. Mampuih dia membebel. Haha. Aku tak kisah pun warna apa dia pilih. Belah dia kan. Aku ikutkan sahaja. Hihi. Tapi parah juga la nak cari warna macam ni. Mampuih.
Banyak benda tak buat lagi. Banyak berbincang sahaja. Tarikh pun tak tentu lagi. Sebab En Tunang busy kemain. Aku ni ha dah tak jumpa dia sebulan dah. Next week ni jumpa sebab dia balik kampung dia sekejap. Tu pun nak bagi barang dan berbuka sesama. =.=". Kita orang banyak skype jelah sesama. Tak pun "Line" . En Tunang rajin hantar gambar dia tengah buat apa atau makan apa. Aku tak minta pun. Kemain rajin nau hantar gambar. Haha. Tapi at least dapat kurangkan rasa rindu kan. Lagipun dah biasa dengan dia jauh-jauh. Pepandai lah camne nak hidup bila dah jauh-jauh macam ni. (muka tak ada perasaan) Haha.
Sampai di sini sahaja.
Assalammualaikum.
Selamat berpuasa. :)
0 comments