Adat Pertunangan dan Perkahwinan Orang Melaka

July 04, 2013

Assalammualaikum,

Seperti yang diketahui, Melaka ni masih mengamalkan adat-adat dalam pertunangan dan perkahwinan. Tetapi bergantung kepada sesebuah keluarga tu untuk mengamalkannya atau tidak. Bergantung. So kepada orang luar macam negeri lain tak ada lah rasa pelik sangat tetiba kena hadap adat-adat ni. Aku hanya listkan beberapa sahaja adat yang aku lalui secara pengalaman. Banyak lagi adat yang aku tak listkan sebab aku tak pernah hadap.

Pertunangan.

Tok Sidang.

Di Melaka di sebuah kampung atau taman perumahan mesti ada tok sidang. Atau bahasa lebih mudah. Ketua yang mengetuai adat-adat melayu ni. Sekiranya ingin mengadakan majlis pertunangan, tok sidang akan dipanggil sebagai mengetuai majlis pertunangan di pihak perempuan. Dan juga boleh menjadi wakil dari pihak lelaki ketika menghantar tanda. Tugas tok sidang ni menjadi jurucakap majlis lah. Dan menjaga kebajikan penduduk. Tok sidang kawasan perumahan aku ni giler terer bercakap. Family belah en tunang ni jawa. Boleh tok sidang ni bantai cakap jawa pekat. Dah family aku macam tersengih-sengih sebab tak faham. Haha. Yang faham tok sidang dan belah lelaki. Kira tok sidang ni nak kurangkan kecuakan belah pihak lelaki. Dia coolkan keadaan dengan lawak. Aku dari dalam bilik boleh dengar dorang duk gelak-gelak. 


Pantun

Seperti yang di ketahui orang Melaka ni terkenal dengan pantun. Nak meminang ada pantun-pantun. Benda first en tunang tanya masa berbincang. Nak kena pantun-pantun ke? Family aku ni jenis simple. Tak ada nak menyusahkan belah lelaki nak cari orang kena pandai pantun-pantun. So memang cakap tak ada. So ayah aku dah cakap awal-awal dengan tok sidang tak ada pantun-pantun. Tapi tok sidang ada je buat pantun, tetapi pantun pembuka kata. Lepas tu terus je bercakap tentang majlis. 


Borang perjanjian pertunangan



Melaka ada borang perjanjian pertunangan. Itu pun aku rasa hanya di sesetengah tempat di negeri Melaka. Member aku bertunang tak ada pun borang ni. Borang ni bergantung kepada tok sidang sebenarnya. Dalam borang tu merupakan perjanjian pertunangan di antara kedua-dua pihak. Kalau pihak perempuan yang buat hal memutuskan pertunangan. Pihak lelaki berhak mendapat kembali cincin dan wang pendahulan yang diberi. Kalau pihak lelaki yang buat hal memutuskan pertunangan maka cincin dan wang pendahuluan akan menjadi hak pihak perempuan. Selain dari tu, pasangan bertunang tidak dibenarkan berdua-duan sehingga menimbulkan fitnah. Tok sidang ada kuasa nak menegur.

Dalam borang tu kena ada nama, alamat, jumlah hantaran, tanda hantaran yang dihantar (wang sebahagian duit hantaran) dan tempoh berapa lama bertunang. Selepas perbincangan kedua-dua belah pihak. Saksi akan tanda tangan borang tu. Aku dah dapat borang ni sebelum majlis lagi. So aku whatsapp gambar borang kepada en tunang dan minta tunjuk kat family dia. Supaya family dia tak terkejut sangat. Mula-mula en tunang macam pelik sangat dan takut pon ada sebab siap ada borang perjanjian bagai. Puas terang kat dia. Masa majlis pun tok sidang ada jugak terangkan fungsi borang ni. So Alhamdulillah semuanya ok.


Tengok Cincin

Benda ni aku tak berapa gemar. Sangat. Masa pihak lelaki bagi cincin, tok sidang akan ambik hantaran tu pastu dia pas kat belah perempuan macam nak sure cincin tu tulen ke tidak. Family aku pun macam terkejut. Tapi memasing tak tengok pun. Pas-pas je. Bagi aku lah kan. Benda tu ibarat macam menjatuhkan air muka belah pihak lelaki. Macam bagi cincin tak tulen. Nak confirm ke tak. Padahal aku yang pergi beli cincin tu dengan en Tunang kan. Beribu habis tak akan tak tulen kan. Grr.. Nasib baik family aku je kat area situ. Kalau dapat kat jiran aku jenis kepohci. Siap pegang dan timbang berat ke tidak cincin tu. Benda ni memang jadi ya. Jadi kat kawan aku. Huh.

Duit pendahuluan

Sesetengah keluarga akan minta duit pendahuluan (Separuh daripada duit hantaran) masa bertunang. Bergantung lah kepada keluarga pihak perempuan nak minta atau tidak. Tapi aku memang tak minta lah. Sebab lambat lagi kan.

Hantaran sireh junjung.

Pihak perempuan memang kena bagi sireh junjung kepada pihak lelaki. Aku pun memang tak tahu. Sebab bagi aku, Sireh junjung tak penting. Sebab tak makan pon kan sireh tu. Tapi adat. Heh. Mula-mula aku pikir tak ada tak payah jelah. Tetiba jiran aku cakap kena ada jugak. Sebab nanti tok sidang tanya (tapi tak ada pun). Gigih aku mencari. Last-last nad suggest pakai dia punya. Terima kasih Nad. 


Perkahwinan

Duit Tol

Melaka dan Johor je ada adat ni aku rasa. Duit tol ni bayaran dikenakan kepada pihak lelaki ketika datang bersanding di rumah pihak perempuan. Selalunya duit tol diminta oleh keluarga pihak perempuan dan mak andam. Kalau pihak perempuan dah puas dengan duit tol yang dikenakan baru lah pengantin lelaki dapat bersanding dengan pengantin perempuan.

Adat ni ada diamalkan dan ada yang tidak. Bergantung. Jika pihak pengantin lelaki tidak tahu mengenai adat ni. Pihak pengantin perempuan wajib menerangkan kepada keluarga pihak lelaki. Supaya tidak timbul salah faham. Sebab kebanyakan pihak lelaki kurang berkenaan dengan adat ni. Kadang-kadang pengantin perempuan tak nak pon adat-adat ni. Tapi dah sedara mara pi minta. Tak akan kita nak halang. Cuma aku bagi tips. Pihak lelaki siap-siap duit seringit dalam sampul surat. Kebanyakan orang-orang melakukan adat ni hanya untuk suka-suka. Sebenarnya tak tengok pon duit ko bagi tu.

Duit Adat



Duit adat ni termasuk dalam upah tok kadi. Bayaran kepada tok kadi. Macam kat Melaka duit adat dikira macam ni 10% daripada duit hantaran. Contoh : Duit hantaran 10 ribu, maka duit yang kena bagi ialah 100. Hanya sebelah pihak sahaja yang bayar. Melaka ni memacam kena bayar. Lain kampung lain kena bayarannya. So tidak semua sama bayarannya. Macam Taman aku yang hanya kena bayar seperti dalam gambar. Itu sahaja. Kalau kampung lain. Ada kena bayar derma masjid, memacam lagi lah.


Lafaz Sakinah

Lafaz Sakinah hanya di negeri Melaka dan Johor. Lafaz Sakinah ni merupakan lafaz penyerahan yang dibacakan ibu pengantin dan pengantin perempuan itu sendiri. Lafaz ini dilakukan setelah selesai majlis akad nikah. Lafaz Sakinah ini tidak wajib. Bergantung kepada pengantin.

Mak aku mula-mula dah tak berkenan nak buat. Sebab katanya, kenapa time nak kawin ni lah nak cakap mak halalkan makan minum nak beritahu itu ini? Kiranya sebelum ini mak tak halalkan la apa mak bagi selama ni.  Ha.. mak aku cakap macam tu. Hihi. Mak aku macam kurang berkenan la dengan adat ni. Aku pun kepala jenis. Ikutkan sahaja. Mak kita kan. Dia lebih tahu. Apa yang mak aku cakap ada benarnya. Itu pendapat aku dan mak aku. Terpulang lah kepada yang nak buat atau tidak. Sebab benda ni tak wajib pun. Mak aku jenis senang je. Mahu memudahkan majlis. Benda baik tidak elok disusahkan.

Ok dah. Ini serba sedikit adat yang aku highlightkan. Ada adat-adat lain aku tak masukkan sebab aku rasa yang aku tulis ni masih ada dilakukan. Yang aku tulis ini adalah pengalaman aku sendiri. Bergantung pihak pengantin tu nak buat atau tak. Tak ada paksaan. Aku menulis sekadar yang aku tahu sahaja. Memudahkan orang luar tahu serba sedikit adat kat Melaka ni.

Ok itu sahaja. Sekian terima kasih.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts