Adakah anda seorang paranoid terhadap pasangan anda?
December 23, 2011
Paranoid atau paranoia dalam bahasa Melayu bermaksud gangguan mental yang menyebabkan seseorang sering mengalami perasaan terlalu curiga atau takut dalam konteks berlebihan-lebihan. So, aku tahu konteks paranoid ni selalu berlaku kat perempuan. Tetapi ada je lelaki yang paranoid kat awek dia. Kan.. kan..? So, aku nak tanya adakah anda seorang paranoid terhadap pasangan anda?
Picture from here |
1. Check segala mesej, Mms, Contact number.
Kalau anda kaki check semua mesej, mms, contact number boyfriend anda, anda dikategorikan sebagai paranoid. Yup, ada je orang yang kaki check semua benda dalam handphone pasangan dia. Semua benda dia selidik. Kalau dating benda pertama dia check handphone. Tak sempat tanya khabar semua. Terus mintak handphone. Ya adik-adik benda ni berlaku kat orang sekeliling aku dan aku selalu perhatikan. Ada pasangan tengok ada contact pasangan nama perempuan terus dia attack boyfriend dia. Dah macam CSI, FBI. Bertubi-tubi soalan dia. Tak pun tarik muka. Hahaha.
Picture from here |
Walau bagaimanapun, kalau anda,anda dan anda ada perangai macam ini. Sila lah hentikan. Aku tak tahu sampai macam tu sekali nak kena buat macam tu. Aku faham. Ada masa kita kena curiga sedikit. Tapi paranoid sampai begitu sekali setiap kali dating check handphone? Aku sendiri curiga. Tapi tak adalah sampai check handphone En Kekasih. Bagi aku, itu privacy dia. Belum kawin lagi beb! Prinsip aku kawan lah selagi boleh kawan. Tapi adalah batas. Pandai-pandai dia lah.
Lain lah kau dah kawin. Kau nak godek handphone dia sampai terbarai godek lah. Bagi aku Semua benda kau godek pastu ko meroyan bila kawan dia mesej mintak tolong. Sangat buruk perangai. Respect each other privacy. Kalau tak boleh nak buat. Fikirlah kau suka tak, kalau orang bukak handphone kau lepas tu godek everthing. Suka tak? Tak? Jangan buat kat pasangan kita.
2. Check laman sosial
Ini favourite kan? Aku jamin kebanyakkan aweks-aweks ni mesti ada password boyfriend sendiri kan? Paranoid bagi aku adalah kau baca semua inbox, status dan sebagainya. Lepas tu kalau ada minah mesej atau post something kat wall boyfriend kau skodeng atau stalk perempuan tu. Atau lebih paranoid kalau ada perempuan add dan boyfriend kau approve itu pun kau skodeng. semua info pasal perempuan tu atau gambar-gambar semua kau kaji. Haha.
Image from Google |
Beb, don't do that. Kau nak check pun. Beragak-agaklah. Even kawan sekolah rendah dia add boyfriend ko pun tetiba kau meroyan. Again respect each other privacy. Dulu aku selalu tengok jugak En. Kekasih punya Facebook. TETAPI, aku tak pernah bukak inbox dia atau g stalk semua kawan-kawan perempuan dia. Sekarang ni pun aku masih bukak FB dia. Itupun dia suruh sebab dia takut ada mesej penting dari kawan-kawan dia atau lecturer masa dia belajar dulu. Sebab line internet connection kat kawasan rumah dia macam gampang. Itu pun aku bukak kalau ada notification dari mesej dia dan aku cepat-cepat beritahu dia dan aku tak akan buka isi mesej dia. Kiranya aku dah jadi PA tak bergaji dia dia. Itupun aku tersangat jarang bukak FB dia. Aku bukak sebab main game. Haha.
Tapi kalau boyfriend anda bagi password still kenalah hormat privacy dia. Kalau kau percaya dia InsyaAllah dia akan percaya kau. Aku tak pernah mintak En. Kekasih password tetiba dia bagi suruh check kalau ada apa-apa benda penting. So, bagi aku orang bagi kepercayaan kita jangan musnahkan kepercayaan itu.
3. Kena inform semua benda
Benda ni selalu berlaku di sekeliling aku. Semua benda nak kena beritahu. 24jam nak kena beritahu semua apa kau buat. time berak tak mahu pulak kau mesej beritahu. Lagi afdal kau Mms je gambar kau tengah berak. Hahaha. Aku yang mendengar pun naik rimas. Hahahaha.
Picture from here |
Nak keluar dengan kawan-kawan kena minta izin dan beritahu dulu. Tak beritahu meroyan. Aku tak paham. mintak izin tu yang tak boleh blah. Kau siapa? girlfriend / boyfriend je kot. Kadang-kadang tak beritahu tarik muka panjang macam gerabak ktm tu. Haha. Kes ni selalu berlaku kat perempuan bila dapat boyfriend giler kaki cemburu. Perempuan ada tapi kurang lah. Ke ramai?
Picture from here |
Ni yang paling tak boleh blah. Kau check semua kawan-kawan dia. Pastu kau tak kasi kawan. Cakap macam-macam sebab kau tak berkenan dengan kawan dia lagi lagi kawan kawan berlainan jantina. Kes cemburu. Tolong lah. Please. Kau orang belum kawin. Bagilah peluang pasangan kau hidup enjoy dengan kawan-kawan dia. Walaupun kau tak suka. Dia dah besar kot. Pandai dia lah nak berkawan dengan siapa. Mak ayah dia tak bising apatah lagi kita kan?
Picture from here |
Berilah peluang kepada pasangan kita nak bergembira dengan kawan-kawan dia. Ada benda dia nak buat dengan kita dan ada juga benda dia nak buat dengan kawan-kawan dia. Tak akan lah nak berkepit dengan kau 24jam. Jangan kongkong pasangan anda. Tahukah anda bila dia susah siapa yang akan tolong dia at the first place? Kawan-kawan dia. Kadang-kadang kita sendiri tak boleh tolong pasangan kita. Masa tu lah kawan-kawan penting.
Kalau anda jenis jeles dan pasangan anda mempunyai banyak kawan-kawan perempuan. Apa kata anda join apa aktiviti pasangan anda buat Buat sama-sama dan kenal kawan-kawan dia. Mana tahu kawan-kawan perempuan dia leh jadi kawan anda jugak kan?
Kau call pasangan kau tetiba kau dengar suara perempuan bergelak ketawa terus kau meroyan. Ada je kes macam ni. Aku dengan member aku sesaja lepak makan-makan tetiba member lelaki call nak join. Kitaorang ok lah. Bila member aku girlfriend dia call dengar-dengar suara kitaorang gelak-gelak terus meroyan. Padahal ada je member lelaki yang duk gelak sama. Awek dia dengar suara perempuan je. Terus meroyan mintak boyfriend dia balik rumah. Aduhai.. Jeles atau cemburu biar bertempat beb.. Aku yang pening kepala tengok kawan aku.
picture from here |
Ada je member aku boyfriend dia tak bagi dia keluar g shopping atau pasar malam semua. Sebab takut ada orang usha awek dia. Aku macam wth. Abis tu awek ko nak barang keperluan tak susah? Kau nak belikan? Haram jadah lah kan? Aku tak faham dengan perempuan atau lelaki terlampau syak wasangka. Dah macam kau takde kehidupan bercinta dengan orang macam ni. Semua tak boleh. Curiga boleh beb, tapi berpada-pada dan berlandaskan akal bukan emosi semata-mata.
Akhir sekali, kalau anda, anda dan anda melakukan perkara diatas dan tak mahu bergelar paranoid dengan benda ntah hape-hape. berhentilah. Percaya kepada pasangan kita. Kalau takut sangat pasangan kita curang Tuhan akan tunjukkan sendiri. Kalau anda buat benda ni semua lagi pasangan kita tertekan lagi rasa nak putus. Siapa tahan beb kalau ada pasangan paranoid. Kalau kau sayangkan pasangan kau. Berilah kebebasan sementara kau couple ni. Kalau dia sayang kau dia tak akan sampai hati nak luka kan perasaan kau pergi layan orang lain. Trust each other. Kalau dia curang. Cari orang lain. InsyaAllah kau akan jumpa yang lebih baik daripada pasangan kau yang hampeh itu. Percayalah. I learn for experience..:D
Picture from here |
Kalau anda pernah kena tipu dan paranoid takut kena tipu lagi. Satu je aku nak beritahu. Jangan sebab perangai orang lain. Kau letakkan kesalahan orang lain kat bahu pasangan kau. Please jangan. Learn from the past and love more what you have now. Dan jangan jadi paranoid! hehehe..:D
Selamat Hari Jumaat.:D
2 comments