Secantik mana pun kamu.. jika berhati busuk.. tiada gunanya...

March 16, 2010

Lokasi: dalam bas (selepas pulang dari kelas)
duduk di seat belakang..
keadaan: melihat seorang gadis kurang sempurna kerana wajahnya tidak sempurna diperhatikan dua orang gadis agak cantik dan sedang merenungnya selepas itu berkata2 sambil menjeling2 wajah gadis tersebut..
perasaan: bercampur baur. mahu je baling beg g kuliah aku yg seberat myb 1 kilo tu kat dua orang manusia tersebut..

si gadis hanya tunduk sepanjang perjalanan sehingga sampai ke destinasi beliau..
perasaan aku..
aku tabik ngan gadis begitu..
sebab apa?
beliau seorang yang tabah..
mungkin dia dah hadapi berbagai2 lagi dugaan selain ditenung dua org gadis tersebut..
dan aku rasa bersyukur dan malu..
kerana aku begitu sempurna..
tiada cacat cela..
tapi masih tidak berpuas hati..

dua orang gadis tersebut..
amatlah cantik..
sempurna..
tapi cara mereka..
macam aku rasa nak tibai je ngan kerusi bas tu..(boleh x?)
so korang buat lah kesimpulan berdasarkan tajuk tersebut ok?

Secantik mana pun kamu.. jika berhati busuk.. tiada gunanya...


see ya in da next entry..:)

You Might Also Like

3 comments

Popular Posts