Beza duduk di kolej dan umah sewa..

March 12, 2010


Tetiba aku nak buat entry pasal duk umah sewa ngan kolej..
sebelum ni kalo korang baca dari awal entry2 aku mesti tahu aku duk kolej dulu..
cuma tahun ni aku beralih angin duk umah sewa...
banyak le beralih angin!

panjang citer nak cite..
pendekkan lah..
kolej aku di puncak perdana..
anggap jelah kelas aku semua pindah di Uitm Shah alam mulai tahun ni
disebabkan falkuti aku di Uitm Shah Alam..
so kesukaran mendapat kolej di induk..
memaksakan kami menyewa...
korang faham2 sendiri lah ye..
(kalo x faham wat faham2 udah le)

ni perbandingan antara duk kolej dan umah sewa..
ni mengikut aku rasa lah..:)

kolej:
kelebihan:
1. sure-sure duk free kan? cuma bila dah semester 3 dah start kena bayar yuran kolej..
lagipun berapa la sngat kan..dah tu bayar yuran kolej untuk satu sem lak tu!

2. dulu kelas aku belakang kolej je.. kalo kelas start kul 8.30 pagi..kul 8pagi bawu aku bangun..hehehe..

3. disediakan kelengkapan.. katil, meja belajar dan bagai2 la..pastu.. kolej cukup selesa..

4. lagi satu! bil elektrik n air x payah bayar.. sure2 guna sesuka hati..kan..kan?hahahaha.. cuba kalo blackout! pasti ada yang terjerit "oiiii! siapa off elektrik ni? aku nak buat assgmnt la!!!" (dialog2 kedengaran apabila blackout atau pengetua kolej saje offkan sebab student xmo turun join activity..hahahaha..)

kelemahan:

1. duk kolej..dah tentu kena ikut peraturan kan? xleh balik lewat la..ada timing la.. kalo aku balik lewat kena tahan pakguard kena isi nama n no matrik kan..kan..? pe aku buat? aku tulis nama ikut suka hati aku je..hahaha..(jahatkan?)

2. kena daftar barangan elektrik.. dan semestinya barangan seperti tv, rice cooker, n bagai maknenek barang elektrik xleh bawak..huh! (tapi ni rahsia...shhh....aku xpenah daftar barangan elektrik sejak aku duk dari sem 2..hahahha..;p)

3. kena join activity.. untuk dapatkan kupon.. sebab dgn kupon..barulah dapat kolej untuk sem depan... pe aku buat? aku xpayah join pun... kawan2 yang bagi kupon..hihihi..

4. makanan? bab ni aku paling lemah! makanan dalam kolej mana sedap! aku penah terjumpa roti yang da ada ulat.. tobat aku xmau makan cafe dalam kolej.. tempat makanan kat luar le jadi pilihan... Kandang(serius nama tempat ni kandang)

6..bnyak dowh...xlarat aku nak ingat..hehehe..)

umah sewa
kelebihan:
1. sejak menjak aku duk umah sewa aku rajin masak.. dan pasti aku rajin tanya mak aku macamane nak masak tu lah.. nak masak ni lah..dan pasti...aku kena sound setepek kat mak aku.."kenapa ko balik umah xrajin masak?" dan aku jawab tenang je..."sebab mak ada"...korang cuba teka apa mak aku balas balik.. xpayah cakap...korang tahu mak aku msti maki aku punya..hahahaha..

2. ajar aku berjimat. bila aku nak beli barang..aku bnyak buat perbandingan.. kedai mana jual lagi murah..weh, kalo beza 10sen pun aku kira tau..hahaha..

3. lagi satu bab berjimat..kalo dulu duk kolej semua lampu dalam umah tu aku bukak..haha..sekarang...pastikan semua lampu ditutup..kecuali lampu dapur..hahahahah..

4. syurga beb umah ada mesin basuh dan tv... xpayah susah2 basuh tangan..hahaha..lagi satu..kalo kat umah family..aku jarang dapat tgk citer melayu..so kalo org tanya..pasti aku akan terkesima...hahaha..tapi tnye je cite series org putih..gerenti aku hafal!(sebab ayah aku layan inggeris je..bosan..hehehe) dah duk umah sewa..aku tahu citer melayu sedikit sebnyak..hehehe..

kelemahan:
1.tau x..bawu je duk..kami dah dapat surat warning bertulis.."ANDA DIPERHATIKAN KERANA BAWAK LELAKI MASUK UMAH" di depan umah kami..apakah? yang masuk adalah tuan rumah yang membetulkan streamyx dan lampu..haih...

2. untuk menaikkan berat badan adalah tipis. kerana terpaksa memanjat umah yang tinggi...

3. peratus untuk ponteng kelas adalah tinggi.. sebab kelas jauh... (alasan je... padahal malas..)

4. ada kes rogol dikawasan umah kami.. so faham2 jelah keselamatan kami sekarang..:(

5. ni aku xleh blah! start pukul 12 lebih malam je.. akan kedengaran suara2 lembut lelaki terjerit2! setiap malam ok! dan bila tghari sahaja akan kedengaran lagu alya yang dinyanyi dalam versi lelaki lembut.. daripada aku tak hafal lirik boleh hafal tanpa sedar ye...

4..banyak le.. xdapat aku nak senaraikan..

bnyak pula aku melalut..hehehe..
see ya in da next entry

p/s: apa yang pasti aku bahagia duk umah sewa ni dengan member2 aku daripada sebelum ni!:)

You Might Also Like

5 comments

Popular Posts