Lebih baik aku baca buku dari merayau tak tentu hala. Ye dak?

December 15, 2010

Pagi-pagi buta dah update blog. Tak boleh tidur lah. Dah alang-alang nak subuh dah apa kata tunggu sampai Solat Subuh ye dak? Padahal aku dah duk golek-golek atas katil start dari kul 1 pagi tadi. Mesej ngan En Kekasih cakap nak tidur. Padahal tak tidur. Kalau dia baca blog aku ne mau kena bebel tak habis-habis. Hu..


Memandangkan tak boleh tidur aku buat alternatif supaya aku cepat tidur. Dah siap buat koko panas di tambah dengan sandwish pada pukul 3 pagi. Huhuhu. Sedang makan-makan aku duk godek-godek laptop lama aku. Survey gambar-gambar. Terjumpa gambar bawah ni.


One set buku Sophie Kinsella. Hambik ko beratus juga berhabis. Waktu cuti ni lah aku du mengkhatamkan buku-buku ni. Dah sampai buku Shopaholic and sister. Merupakan buku ke empat. Buku time Becky Bloomwood kawin pada dua majlis. Dah selamat aku khatamkan semalam. Ending dia best!

 Buku ini pulak Becky baru pulang dari honeymoon beliau dengan Luke Brandon mengelilingi dunia selama 10 bulan. Apabila dia pulang ke London, dia nak buat kejutan kat family dia. Tapi kejutan tersebut tidak sehangat digambarkan. Part ne rasa macam sebak sikit sebab mak apak dia macam tak rasa excited anak dia balik. Dan cuba merahsiakan sesuatu dari Becky.


Benda ni terjadi kerana tanpa di sangka, Becky mempunyai seorang adik perempuan yang telah lama hilang. Tetapi yang tak boleh blah. Adik dia benci shopping. How come? Dah lah dia shopaholic. keadaan bertambah sedih bila kawan baik Becky mempunyai seorang kawan lain. Yang aku rasa tak boleh blah. Huhuhu. di sini bermula becky jelous and then buat benda yang tak boleh di buat semata-mata nak Suze, kawan baiknya tidak lupakan dia... Sedih jugak macam bila kawan baik macam hindarkan dia bila dapat kawan baru.



Seterusnya.. tak boleh lah aku cerita semua. Ye dak? Hahaha. Aku pun baru baca 85 muka surat tadi. Camne nak citer. Hehehehe. Tapi aku rasa buku-buku Sophie Kinsella ni lah dekat di hati. Sebab penggunaan bahasa dia yang simple. mudah di fahami dan tak bosan.

Sebelum ni aku baca buku ni. Enjoy juga. Pasal kes orang ketiga. Cik Sanah yag pinjamkan. Cuma buku ini ambik masa agak panjang juga hendak dibaca. Hehehe.


Ini kisah Ellen menyangkakan dia akan berada dalam mood "Happy Ever After" selepas berkhawin dengan Andy. Tanpa dipinta. Muncul Leo. Bekas kekasihnya. Dan disitu bermulalah kehidupan kacau bilau rumah tangga beliau. Interesting.


Aku ingat nak bagi lah buku cite macam ne untuk kaki curang dan orang ketiga. Biar sedauuuu sikit. Suka benau kacau bilau umah tangga orang. Tak paham aku. Free of cas jek aku nak bagi. Hehehe.. Aku nak cakap, Jangan jadik macam Fasha Sandha ganggu umah tangga orang. Selama-lamanya orang aim ko jahat. Ye dak? Dah cukup.... kang ada yang tersentap bagai. Sebab terasa. Senang je kot. Ko tak buat. ko tak akan tersentap.. Kalau tersentap.... (ko habiskan jelah ayat aku tu...)

sebab utama aku pakai cermin mata. disebabkan aku suka benau membaca. Dan habit membaca ketika dalam gelap waktu kecik-kecik dulu. bila semua orang dah tidur. Aku gigih membaca dalam gelap sebab takut nak buka lampu sebab mak aku marah tak tidur lagi. Sekarang dah tak kena marah dah.Sebab mak aku bebel macamane pun aku tetap gigih membaca sampai novel tersebut khatam dengan selamatnya...hehe..

Dah tu je. Tulis banyak-banyak aku rasa oovvvveeeerrrr benau.... Thanks for reading.. See yaa!

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts