Rumah kami ada penghuni baru..:D

Entri cepat-cepat. Pendek-pendek dan padat. Sebab banyak kerja menanti. Ye, rumah kami di datangi penghuni baru. Baby meow yang baru je. Kecik lagi. Umur aku dia aku tak pasti. Dia datang beberapa hari lalu. Asyik mengiau depan rumah. Bila nak ambik dia lari masuk bawah kereta. Ikut suka dia je duduk dalam enjin kereta.



Last-last mak aku bising. Sebab bila pagi-pagi je dia duduk dalam kereta. Suruh adik angkat pergi main jauh-jauh. Dah beberapa kali duk hantar dia main jauh-jauh. Datang balik. Akhirnya, mak kata kita bela sahajalah. Hantar pulang datang balik. Itupun setelah beberapa hari menanti ada tak tuan punya kucing ni. Tiada. Duduk luar rumah asyik mengiau. 



Aku ni apa lagi. Melonjak kegembiraan. Yes! dapat kucing. Sebab sebelum ini ada mintak dengan mak nak kucing lagi. Confirm hundred percent tak dapat. Tetapi baby kucing ni comei dan mulutnya banyak bunyi menarik perhatian untuk dijaga. Last-last dapat bela mengubat kerinduan kucing aku yang lama.



Kucing ni diberi nama Bubu. Mula-mula nak bagi nama meow. Sebab bila dia bosan dia akan mengiau je. Sampai aku rasa nak sumbat dengan ikan sardin. Hehehe. Macam-macam nama nak letak. Mak aku berkenan benau nama Atan. Pergh.. Berbulu kalau Atan Athen dengar nama dia diguna. hahahaha. Tetapi disangkal aku. Cakap dengan mak aku nanti Atan Athen sentap kalau nama dia diguna pakai macam nama kucing dulu kat rumah sewa. haih..



Oleh itu... Welcome Bubu! Peneman aku sekarang!:D


Nama: Bubu
Umur: Tidak pasti
Jantina: Jantan
Status: Bujang yang kehilangan emak.
Makanan Kegemaran: Nasi putih dengan ikan goreng, susu dan lempeng.
Hobi: mengiau, makan dan main (24/7)
Maklumat tambahan: Tersangat mengada-gada okeyh.
P/s: ringkaskah? hahaha.. I'm Happy today..:D See ya!

Comments