Aku seorang manusia yang tidak pandai mengucapkan selamat tinggal....
November 09, 2010Esok... Hari terakhir aku akan jumpa kawan-kawan aku... Mungkin esok ada sesi peluk dan memeluk serta dan juga tangis dan tangisan. Tengok status kat FB pun masing-masing dah emo.. hmmm.......
Aku seorang yang sukar nak menangis. Aku suka pendam. Kalau aku menangis. Itu tandanya tangisan untuk kesedihan yang aku pendam mungkin 4 atau 5 bulan punya kesedihan. Faham maksud aku? Aku suka pendam, bila menangis aku akan menangis gila-gila. Dimana air mata akan turun macam hujan. Dan bila menangis aku akan puas. Lepas itu aku tidak menangis berbulan-bulan lamanya.
Aku tidak tahu untuk katakan apa untuk mengucapkan ayat perpisahan. Sebab bagi aku. InsyaAllah akan berjumpa lagi. Itu sebab aku tidak mahu mengucapkan kata perpisahan. Pelikkan? Tapi kalau aku kata selamat tinggal. Maksud aku, aku tidak mahu berjumpa dengan orang itu lagi. hehehehehe...... Faham? Oh.. abaikan. huhuhu..
Esok hari terakhir. Berjumpa dengan mereka semua. Sebab tidak join mereka semua buat makan-makan khamis ni. Sebab aku ada hal penting perlu diuruskan di Melaka... :(
Aku letak gambar aku macam sedih..
boleh lah kan?
Walaupun tak kan? (aku mana pandai nak tunjuk sedih-sedih ni)
P/s: 1. Esok rasanya aku nangis ke? Mungkin.. Err......
2. Guys... InsyaAllah.. Ada rezeki kita akan berjumpa lagi. Kenangan 3 tahun dalam ingatan ini tak akan
aku lupa le....:)
3. Aku paparkan gambar dinner aritu. Malam semua nampak cun melecun. Kecuali aku. Pakai make up
tebal-tebal macam pakai topeng.huhuhhu
4. Terima kasih untuk En Kekasih untuk wayang, makan-makan dan minum kopi tadi. Hari ini dia
banyak gila buat aku tersenyum.... :)
0 comments