Hari Raya Aidiladha ye..Bukan Hari Raya Aidilfitri ok..=.="

Besok raya. Walaupun sambutan kat sini tak ada lah meriah sangat. Tetapi apabila tengok status masing-masing dengan ucapan raya. Terasa macam Raya Aidilfitri pula. Siap masak bagai kan. Rumah aku masak simple. Aku cakap dengan mak aku. dah bosan makan rendang. Masak biasa-biasa je ok. Lagi la senang. Hahahaha. 



Pastu-pastu masing-masing wish raya kat telefon. Siap maaf Zahir Batin. Check kelender. Eh, eh.. Raya Haji lah.  Bukan Raya Aidilfitri. Semangat sungguh kawan-kawan saya. Dah alang-alang semangat bagi la duit raya. Mau kena baling periuk tetiba balas mesej nak duit raya. Hahahaha.



En kekasih lagi semangat. Sibuk dengan lemang tak abis-abis. Sampai hantar MMS muka berpeluh hadap lemang. Motipp hantar gambar macam tu....????? Motip bagi aku jelous sebab aku gila lemang dan tak dapat makan lemang tahun ni. Celah mana nak cari lemang kat Melaka ni. Lembu terkorban adalah esok. (ada je kat Melaka ni..)

makan itu penting...
Aiyo... quotes ni tak boleh pakai.
Berat badan aku dah naik 3kilo je dalam masa seminggu kat sini..heh..



Pe pe pun Selamat Hari Raya Aidiladha. Esok mesti banyak makanan sedap-sedap kan? Tapi still tak sanggup tengok lembu dikorbankan. Kesian kot. Huhuhu..

Comments