Aku sedang merasai perasaan ini...

December 22, 2010

Masih belum tidur. Sedang syok membaca buku dan tanpa sedar dah pukul 5.30 pagi. Sebab dengar dapur berbunyi merdu. Bermakna mak aku di dapur. Pergi ke dapur membantu mak aku masak untuk sarapan pagi dan untuk makanan tengahari sekali.


Sarapan pagi aku masak. Ya, kawan-kawan saya masak sarapan pagi untuk family saya. Dan jangan buat muka terkejut. Aku sedang practice belajar memasak sebab aku nak kawin dah. (baca: Untuk aku survive dalam hidup mencabar ini. Ok tipu)


Selepas memasak. Kemas dapur. Adik aku yang kecik tu ajak tengok Harry Potter yang dia duk rekod. Yes, dia lagi expert guna Astro tu walaupun Astro tu dah bertenggek kat umah aku satu tahun lepas. Harry Potter tu aku dah nengok banyak kali. Memandangkan sayang adikku yang comei. Paksa juga tengok..

Gambar ini dari sini

Sekarang ini aku mengalami masalah ini. Bukan insomnia. Tetapi masalah jadual tidur yang tidak betul. Oleh itu dengan rasminya aku kena betulkan balik jadual tidur aku. So bermakna aku tidak akan tidur satu hari ini dan tidur pada pukul waktu yang betul iaitu jam 10 malam nanti. Pada waktu itu aku pasti aku dah ngantuk tahap gaban. Dan harap-harap jadual tidur dapat dibetulkan balik..:)


sekarang ni mata aku macam ne ye..


ok itu tipu.. Hakikatnya mata aku macam ini..


Ok.. dah.. Itu je.. See ya!

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts