Orang lain muntah-muntah dan cirit birit.. aku yang demam kena masuk wad..hu..

October 20, 2010

Cerita semalam. Aku masuk wad disebabkan keracunan makanan. Yang bukan aku sahaja yang terlibat satu batch aku turut terlibat. Tapi aku seorang je kena masuk wad sebab suhu badan aku terlampau tinggi dan kekurangan badan dalam air.huhuhu.. Padahal aku tak kena muntah-muntah dan cirit birit.. Demam je kot. 


Permulaannya pada petang tu, sebab dah tak tahan sangat pastu tengok budak-budak rumah bergelimpangan kepenatan asyik keluar bilik air... muntah-muntah... aku ajak "jom pergi pusat kesihatan"  call Airel bawak kami ke pusat kesihatan.


Aku orang pertama yang masuk jumpa doktor.. tup..tup doktor cakap... "awak kena masuk wad ni.. masuk air.." sebab suhu awak terlampau tinggi... pastu nadi awak terlampau laju..." Perasaan aku? Aku nak cabut je! hahahahaha.. Aku benci hospital..hahaha.. pastu aku dipaksa kawan-kawan aku... takleh nak buat apa dah.. nak tak nak kena juga..


Masuk-masuk kena mandi dan bagai lah... pastu terus cucuk jarum.. dua botol air dimasukkan dalam badan aku.. first botol masuk.. aku terketar-ketar sebab terlampau sejuk sampai biru bibir n tangan aku... nurse terus slowkan aircond. tapi still sejuk..


kat sini aku nak ucapkan kan terima kasih kat semua kawan-kawan aku.... Kepada airel, adah,agnes dan yanie yang g PK sama-sama. kepada yanie yang mula-mula teman aku kat PK tapi tak boleh masuk. hu.. Kepada my bestfriend. Cik Senah Sob Sob yang datang melawat aku dengan muka kecuakan beliau...hehehehe... Lat-last aku suruh Yanie balik dengan Senah Sob-Sob sebab bukan boleh teman aku pun.. cik nurse kat situ tak bagi... hehehehe.. Kepada kawan-kawan yang nak datang melawat pun aku tak bagi sebab masing-masing risau aku tak makan apa-apa. diaorang datang nak bawak makanan. Tapi aku risau nurse tak bagi masuk..huhuhu.. Terima kasih kepada semua yang call dan mesej.. sayang korang.....:D



Tapi tak lama pun duk sana.. sekejap je.. dalam kul 10 lebih aku dah boleh keluar.. di ambil oleh Fahmi dan ditemani cik Mia dan Cik Rita.. Terima kasih kepada semua yang ambik berat.. sayang korang..:) Family aku tak payah cakap.. sampai nak suh abang aku datang ambik. Tapi aku tak bagi.. sebab aku ada kelas hari jumaat ni dan kena hantar thesis. Pastu nak suruh paksu aku datang jengok kat PK sebab risau aku sorang-sorang..huhuhu... Serius family aku cuak giler..huhuhuhu..:)






Biru tangan aku sebab terlampau sejuk bila masuk je air..
nurse cakap badan terlampau panas..
tak silap aku temperature aku 38+ macam tu lah..
masa dah masuk dua botol air pun nurse cakap kalau tak turun kena masuk lagi air..
Alhamdulillah turun 37.8 suhu badan..huhuhuhu..



Inilah ayat en kekasih bila dapat tahu aku kena masuk wad.. dia ada datang tengahari sebelum pergi kerja petang tu. Belikan makanan. Waktu aku demam. dia ada ajak pergi klinik. Tapi aku tak mahu. Sebab aku degil.hehehehe.. Malam selepas kerja terus datang rumah aku. Melawat aku kat rumah.. Muka dia cuak.. huhu... Terima kasih En kekasih... Sayang kamu..:)


Apa-apa pun.. Alhamdulillah.. Aku bertambah elok.. Budak-budak batch aku pun dah bertambah ok.. Kitaorang kena keracunan makanan mungkin disebabkan program masa hari sabtu dan ahad hari tu.. Mungkin makanan yang disediakan tak bersih. Hampir kesemua budak-budak kelas aku sakit.. Aku ingat aku sorang je tak ok.. bangun pagi tengok budak-budak rumah aku keluar masuk bilik air.. tengok status FB semua kena benda yang sama... Memang seksa lah hidup kami semalam.. apa-apa pun aku anggap ini dugaan dari Nya..:)


see ya in da next entry!


You Might Also Like

1 comments

Popular Posts