Gambar: Cerita akhir-akhir ini.:)
October 03, 2010Ini kisah dalam beberapa hari. Memandangkan aku sibuk dalam beberapa hari. Dengan pembentangan thesis, dengan hari-hari terakhir di office, rumah terbuka office dah akhir sekali kenduri doa selamat di rumah bapa saudara aku. Fuhh.. penat! rumah sewa dah jadi macam hotel. huhuhuhu..
Tarikh: Khamis, 30 September 2010
Nota kaki: Ini lah rakan-rakan sepermainan di office. Mereka-mereka semua merupakan pelajar praktikal dari pelbagai universiti dan UiTM juga! hehehe.. Seronok dengan diaorang. Serius best kenal diaorang. dah jadi macam adik beradik. Aku harap dah habis praktikal ni.. persahabatan tetap akan kekal..:)
Tempat praktikal ni lah aku rasa seronok belajar benda yang selama ni aku tak tahu. Belajar bahawa orang bermacam-macam. Tetapi aku lalui dengan jayanya! Staf-staf kat situ. Is The Best! Sebelum ni aku dengar macam-macam pasal praktikal ini. tetapi aku lalui dengan jayanya. Banyak benda aku belajar. Seronok! Terima kasih kepada semua..
Sayang semua!:) (hari Jumaat hari itu, bangun pagi macam nak pergi office.Tetiba lupa. Dah habis praktikal!)
Lokasi: Office
Tarikh: Khamis, 30 September 2010.
Nota Kaki: Hari terakhir tiada kerja waktu itu. Aku bosan. Aku snap la picture ni. Dah alang-alang bawak kamera. Apalagi. tangkap ar. hehehe.. Banyak gambar dengan staf. aku malas giler nak upload kat blog. gambar-gambar banyak upload kat FB je.heheheh..:)
Lokasi: Rumah terbuka Jabatan aku. Laman Budaya.
Tarikh: Sabtu, 2 Oktober 2010.
Nota Kaki: Ni di open house office.Telah dijemput. takkan mahu hadir..kan? Aku lupa siapa yang tangkap gambar ni.. yang penting cun! aku tak perasan aku di candid. Tengok-tengok je kat kamera dah ada gambar ni..:) Semalam kenyang makan je. Lemang, sate, rendang, kek dan macam-macam lah. sebu je perut. Ni gambar saya dengan encik Ayed..:)
Lokasi: Rumah Pak Lang, Rawang.
Tarikh: Sabtu, 2 Oktober 2010
Nota kaki: Selepas je pergi open house. Terus balik rumah sekejap. Selepas itu ambik atan athen dan en ayed gerak ke Rawang. Dengan jem nya. Pergh.. sampai give up aku. dengan sesatnya lagi.hehehe.. tetapi kami ssampai dengan jayanya! sampai-sampai je terus nak makan macam orang kebulur! huhuhu.. buruk perangai.hahaha.. ni gambar pegang anak buah aku.. hehehe.. kekok. sebab dah lama tak pegang baby.:) Baby ni cute! hehehe.. aku dah jadi makcik..ngee...(tetiba!)
p/s: dah.. tu je.. aku malas nak upload gambar banyak-banyak. ni aku main cilok je gambar ni dalam kamera.huhuhu.. enjoy!
0 comments