Masih aku ingat masa aku darjah lima.. Mak bawa kau pulang.. Dengan semua orang kau tak mahu. Garang sahaja. Tetapi dengan aku kau nak. Walaupun aku pada mulanya takut dengan kau...
Lama-lama kau jadi kawan baik aku. Kau teman aku tidur dibilik. Sebab aku selalu takut tidur keseorangan sebab bilik besar sangat... Kau selalu datang kejut aku bila waktu subuh. Sebab itu waktu kau makan. Kau panjat katil sambil duduk atas badan aku dan mengiau bagai nak gila. Sampai aku dah bangun baru kau berhenti.
Kau ingat? Kau yang lah penyelamat keluarga kami dari mangsa rompakan? Kau kejut mak. Mengiau. Suruh bangun. Kalau mak tak bangun.. Mungkin rumah kami di rompak mat indon celaka tersebut.. Kau lah paling senang di bela di antara yang lain. Tak ajar. Kau membuang di bilik air macam kau manusia.
Bila aku sedang buat kerja atau main game. Kau suka duduk atas keyboard. Suruh rehat dan main-main dengan kau. Tolak kau pun kau panjat balik. Masih kau ingat.. Bila aku sedih? Kau sentiasa ada. Kau datang kat aku sambil panjat dan duduk di riba aku. Suruh usap bulu kau supaya aku tenang, tidak sedih dan gelak bila bermain-main dengan kau...
Harini 25 oktober 2010.. 3 petang.. Kau pergi meninggalkan kami sekeluarga setelah lama kau bertahan... Yang aku terkilankan... Kau pergi di depan pintu bilik aku yang tertutup.. Kau menanti di pintu supaya kau boleh masuk ke dalam bilik aku dan tidur tempat kau selalu menemani aku tidur... Kau tunggu di situ sampai kau pergi tidak akan kembali...
Era.. dalam memori.. 13 tahun adalah cukup lama bagi seekor kucing untuk bertahan... Aku dan keluarga bersyukur dapat memelihara kau untuk jangka waktu itu....
Ya, aku menangis teresak-esak sejak dari tengahari tadi... Mungkin ini kali terakhir aku membela kucing.. Sebab aku tak mahu mencari penggantinya... see ya in da next entry.... salam.