Gementar!
September 18, 2010Perasaan sekarang ini gementar dan berdebar-debar. Tidak tahu mengapa gementar sebegini. Mungkin kedatangan beliau dinantikan untuk bertemu kedua ibu bapa ku. Apatah lagi kedua-dua ibu bapa aku jemput beliau makan di sini.
Bukan aku tidak pernah membawa kawan lelaki bertemu menziarah aku di rumah ibu bapa aku. Kali ini lain. Sebab beliau istimewa. Aku tidak pernah membawa teman lelaki ku yang lain datang bertemu berjumpa kedua-dua ibu bapa ku. Sebab bagi aku, aku segan. Bila aku membawa teman lelaki ke rumah itu bermakna aku serius. huhuhu..(aku pernah ke serius? mungkin kali ini ya)
Ya, aku serius. Sehinggakan aku berani letak status in relationship dengan beliau dimana 80 peratus kawan-kawan di FB itu terdiri daripada ahli keluargaku dan saudara mara aku. Pergh..giler. Dan bahana daripada tindakan itu, sudah semestinya aku menjadi bahan usikan saudara mara aku semasa hari raya hari itu. tehee..
Dan aku tidak pernah berjiwang-jiwang di laman sosial. Kalau dulu, jangan harap kawan-kawan dapat membaca aku bersayang-sayang, ber"b", cinta-cinta dengan kekasihku. Mungkin cara aku lain.hahahaha. Tetapi kepada yang terdekat dan rakan-rakan aku sudah merasai perubahan aku sejak menjak ni. Amat ketara. Hahaha. Sehingga kawan baik aku dah naik meluat.hahahaha.... Sory Senah sayang..hehehehe..
Kepada sahabat-sahabat aku yang telah membaca status di FB ku.. Wish me gud luck ok. Aku balik Shah Alam nanti korang boleh lempang aku bagi sedar.hahahaha... Ok, dah.. cukup entry jiwang. Sebab aku mahu masak makanan tengahari. Sekejap lagi dia mahu tiba. OK, aku sudah mula gementar giler dah ni.
bubye see ya!
1 comments