Entry ini untuk beliau

Entry ini khas untuk kekasih hati saya kerana saya tahu dia adalah peminat setia blog saya.

Tadi awak datang semata-mata pujuk saya. Tahu-tahu awak dah ada kat rumah saya. Pandang awak hilang segala rajuk. Tak jadi nak merajuk yang disebabkan oleh hormon tidak stabil. Awak datang dengan muka penuh kerisauan. Dan asyik tanya "ayang,ok?" Malu sendiri saya kat awak. Saya nak nangis awak datang jauh-jauh tapi saya ego.


Sebelum awak balik awak bagi saya hadiah lagi. Yang awak balut sendiri. Tak kemas tapi saya hargainya sebab awak balut sendiri guna tangan awak. Hadiah yang awak balut di kedai mamak tanpa peduli orang sekeliling.



Masuk bilik. Saya buka hadiah awak. Sebuah frame gambar. Yang mempunyai lima keping gambar yang awak potong-potong bagi ia muat. Gambar kita. Saya terdiam dan terpegun. Kawan-kawan tengok. Sambil berkata. "Kalau aku dapat ni dari bf aku mahu aku nangis" Saya tak nangis. Tapi saya terdiam dan rasa bersalah. Sebab macam-macam awak bagi saya. Macam-macam dah awak buat untuk saya. Saya cuma ucap Alhamdulillah. Sebab saya bersyukur sangat dapat insan seperti awak...



Meja belajar saya sudah dihiasi dengan frame gambar kita. Yang bangun sahaja pagi dah nampak muka awak..:) Awak, saya bersyukur kenal dan menyayangi insan seperti awak...:)


P/s: hari sabtu ini kemungkinan ke rumah ibu bapanya. Oh.. takutnya saya..

Comments

Post a Comment