Fuhh..giler penat...Tapi seronok!

September 09, 2010

baru sahaja lepas memasak rendang daging, rendang ayam cili padi, ketupat dan kuah kacang. Fuhh... penat gak lah.. Tu pun aku main cabut-cabut g masuk bilik bukak FB dan main mesej... tak sampai bape minit dah kena teriak..hehehehe..


aku malas nak tulis entry esok nak raya.. Sebab dah tahu besok dah raya. Yang pasti bermaafan sesama. Perangai aku lain sikit. Aku malas nak tulis benda yang semua orang dah tahu. sebab aku tahu bukan orang nak baca sangat.hihihi.. Aku suka mencari kelainan. Sebab aku jenis manusia yang dicipta perangai yang cepat bosan.hehehe..


Raya kali ini aku gembira sebab aku merayakan bersama keluara, saudara mara dan insan yang tersayang. Maaf le kawan-kawan.. raya tahun ni saya tak buat kek. Sebab saya tidak berkesempatan. hihi... Balik kampung pun baru malam semalam. Tak sempat nak buat apa-apa. Hanya tolong mak di dapur.


ok lah, ok lah.. aku dah kena panggil. Ni mesti rendang tak berkacau lagi ni.. Bubye.. Selamat hari raya..:)

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts