Gambar: Biar gambar bercerita..

September 13, 2010

Ini gambar cerita dari hari raya pertama sehingga lah semalam... Setiap peristiwa dalam gambar ini mempunyai cerita tersendiri. layankan jelah ok...

Kanak-kanak ini merupakan anak buah. Ada terselit gak adik saya yang kecik tu. Tetiba merasakan diri dah tua bila mereka sudah start panggil makcik. hehehehe. Tahun ni banyak tema raya warna merah kan? Warna merah ini tidak dirancang sebab keluarga saya bertemakan warna merah juga..:)
Ke kubur arwah wan dan atuk. Yup, saya tiada atuk dan nenek dah.. Sama ada di sebelah ayah atau emak... Mereka pergi sejak saya berada di tingkatan 3 semasa Peperiksaan percubaan PMR. Waktu yang di ingati ketika raya bersama arwah? Banyak.. Paling di ingati.. Saya sering di hantar keluarga ke kampung dua minggu awal sebelum raya untuk bersama arwah atuk dan nenek. dari situ saya belajar erti susah dan hidup cara orang kampung..:)
Berada di kampung. Happening waktu ni. Bayangkan orang Melaka cakap dan gelak. boleh bergegar rumah. Duit raya saya paling banyak. Sebab saya mendapat duit raya paling banyak oleh Pakcik saudara saya. Sehinggakan di cemburui adik beradik saya. Kata mereka saya anak saudara kesayangan pak usu saya. Tak sangka paksu saya bagi dua ratus. huhuhu..:D
Berada di rumah Paksu saya di Kuala Lumpur. Semalam. Berkumpul ramai-ramai. Yang lain dah hilang tengah bersiap untuk keluar beramai-ramai..:D
Berada di Restoren Paksu saya di Kota Damansara. Bersama-sama makan besar. Cantonese Yee Mee dia Memang terbaik!!! Teh tarik? the best teh tarik saya pernah rasa. saya banyak mencuba air. Sampai penuh perut dengan air. Restoren ni kepunyaan paksu saya dan rakan-rakannya. Selepas ini. Confirm nak bawak kawan-kawan and my loved one try this restaurant! Oh ye.. Paksu saya yang pakai cermin mata ni..:)
Ni gambar semalam. Tembam kan saya? Sebab bila dengan si dia. Dia suka marah kalau tak habis makan.hehehehe.. berat badan makin bertambah dah. Orang kata saya sudah berisi sebab hati senang. memang betul..:)

Apa-apa pun ni je gambar. saya sedang menunggu gambar lain. Oh, lupa.. terima kasih kepada kawan-kawan yang datang rumah.. sampai tak menang tangan.hehehehe.. Sabtu ni balik Shah Alam bersama si dia. Tetapi sebelum itu ke Johor untuk beraya bersama kawan-kawan dia. hehehehe. Selamat hari Raya semua!

You Might Also Like

2 comments

Popular Posts