Cuti-Cuti : Cameron Highlands, Pahang. Part 1.

Assalammualaikum,

Sekian lamanya tak update. Nak update tak ada masa. Busy semedang. Sabtu Ahad manjang tak ada kat rumah. Ada je tempat en husband ajak berjalan. Orang bercuti sepatutnya berehat. Tapi aku bercuti manjang je penat. Haha. Tahun ni ada rezeki lebih skit. Moh la berjalan puas-puas. Tahun Baru Cina haritu en husband ajak berjalan Cameron Highlands.

Hari Sabtu pukul 4.30 pagi kitaorang gerak dari rumah. Gigihlah bangun awal konon nak elak jem. Haha. Lepas je tol Guthrie. Jem kat Rawang dalam kul 6 lebih. Gelak dalam tangisan kami. Haha. Nasib baik singgah solat Subuh dulu kat highway Guthrie. Sebab start dari sebelum RNR Rawang dah jem. Dengan jem orang nak masuk RNR. Sepanjang perjalanan kami ke arah utara RNR jem. Memang nampak lah pemandangan orang buang air kecil kat tepi jalan. 


Memandangkan jem. Kami pilih alternatif lalu jalan dalam/jalan lama. Jimat sikit masa kat situ. Tapi memang jem la highway. Kalau ikut plan kitaorang nak lalu Simpang Pulai. Sebab ikut pengalaman kitaorang yang dah pergi banyak kali. Simpang Pulai jalan dia ok. Tapah jalan dia sempit dengan jalan teruk. Tapi memandangkan jem. Kami tukar plan lalu Tapah. Lalu Tapah masa nak naik kereta tak banyak. Masa naik tak seram macam masa turun. So takda la rasa seram ke apa mungkin sebab kereta tak banyak. Tapi jalan agak teruk sedikit masa awal-awal nak naik.

Masa on the way. Sempat la kami singgah. Air Terjun Lata Iskandar. Sebelum-sebelum ni lalu tak pernah nak berhenti. So memandangkan kali ni percutian rileks-rileks je. Kitaorang cuba untuk pergi ke tempat yang kitaorang tak pernah pergi lagi. Tempat yang kitaorang pernah pergi. Kitaorang abaikan. Haha. 


Masa sampai orang tak ramai ada lah satu kumpulan remaja sedang ambik gambar. Kitaorang berhenti sekejap ambik gambar dan beli keropok lekor dan teruskan perjalanan. Perjalanan kitaorang pun rileks. Menikmati permandangan.


Perangai En Husband ni dia suka menikmati pemandangan. Sejak kahwin dengan dia kalau kitaorang balik kampung jarang lalu highway. Kitaorang lalu kampung or lalu jalan dalam. Sambil-sambil tengok pemandangan dan rumah orang. So aku pun dah terikut perangai dia. Haha. 


Aku dengan en husband beli kasut camni je. Senang nak berjalan. Masa aku ambik gambar ada sorang budak perempuan ni pakai kasut bertumit. terjelepok jatuh sebab licin. Masa aku pergi Cameron cuaca tak menentu. Sekejap ok sekejap hujan. Hujan tak lebat. Renyai-renyai. Berkabus jelah manjang. Lepas bergambar kami teruskan perjalanan. Sampai je Bharat Tea kami berhenti singgah minum teh. 


Order Hazelnut teh dengan kek. Sesaja lepak makan sambil menikmati pemandangan. Teh dia kurang sikit bagi aku lah. Mungkin aku salah pilih teh. Maybe teh dengan hazelnut xleh geng. Coffee hazelnut ok. Masa sampai sini pun ramai orang tapi still banyak jugak kerusi meja kosong. Aku bernasib baik dapat meja betul-betul depan view ladang teh.


Dekat Bharat Tea ni lah viral kat FB pasal ada air terjun buatan. Memang ada tapi nak ambik gambar kena berjalan jauh. Sebab dia bawah cafe tu je. Aku malas nak turun. Sebab hujan dan kena berjalan kaki. Boleh je lalu shortcut tempoh ladang teh. Tapi licin dan mencuram. So tak ada makna nak redah. Kang tergolek kang kat situ sapa nak angkat? Laki aku kalau aku jatuh dia gelak dulu, baru dia tolong angkat. Haha.

Sampai Tanah Rata kami Check In hotel. Hotel kitaorang dah booking awal-awal. Sebab tahu masa cuti memang akan full. Memandangkan hari tu hari sabtu. Cuti baru bermula. So jalan tak jem. Dan orang tak ramai sangat. Pengalaman-pengalaman sebelum ni memang jem Cameron bila time cuti. Terkejut gak apasal tak ramai. Ha, ko tunggu esok. Memang jem. Haha. 

Lepak check in rehat-rehat kitaorang cari makan. Try makan kat bangunan sebelah terminal bas tu. Mahal dan tak sedap. Memandangkan kat situ je kitaorang jumpa makanan berlauk. Aku pun tak ambik gambar. Sebab sibuk bincang dengan en husband mana nak pergi. Tips pergi Cameron. Beli Maps. Kedai-kedai biasa ada jual. So balik makan kitaorang survey tarvel agency yang boleh bawak kitaorang pergi mossy forest, jungle walk anda beberapa tempat lagi la. Banyak travel agency tawarkan pakej. Kalau pandai cari dapat yang murah. 

Sekali lepas jalan-jalan kat pekan Tanah Rata tu. Tengok hotel kitaorang memang ada pakej tu. Try tanya, sekali mossy forest tu ditutup dan hujan. So tak dapat la pergi. So bincang dengan en husband next time pergi kita try jungle walk, mossy forest dengan air terjun. Fokusnya dekat alam semula jadi lah. Kali ni kita pergi kat tempat yang kita tak pernah pergi lagi.

Petang tu kami pergi lah MARDI. Mardi ni sebenarnya aku dah pergi. Tapi En husband tak pernah pergi. 




Bayaran masuk Mardi RM3 untuk dewasa.Kanak kanak aku tak pasti. Aku bila masuk MARDI aku cari tempat jual bunga. Aku cari Orkid untuk mak aku dengan mertua. Whatapss mak aku katanya dia dah ada. So kami berjalan-jalan jelah. Cuaca lak hujan lebat. So tak best nak berjalan. Lepas tu kami ke Healthy Strawberry Farm. Lepas tu ke Pasar Malam Brincang.

Beli makan dan survey baju untuk adik aku. lepas tu terus balik hotel. Malam tu kami tak kemana. Lepak hotel. Aku kena migrain lak malam tu. Memang tak kemana. Husband aku je keluar kejap2. 

Nanti-nanti lah aku sambung. Aku nak packing baju. Malam ni nak balik kampung satu apa aku tak kemas lagi. Haha. K, bye.


P/s : Kalau aku rajin aku tulis la aku pergi Kelantan dengan Tanjong Malim, Perak.  

Comments

  1. memang seronok pi jalan-jalan Cameron ni

    ReplyDelete
  2. Wahhh bestnyaa!!! Nak tanya kalau nk ke Simpang pulai kena lalu mne dr kl

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lalu highway PLUS ke arah utara. Guna waze saje. Senang. Hihi

      Delete

Post a Comment