Assalammualaikum,
Masa bujang aku ni dikategorikan tak berapa pandai masak. Benda yang aku tahu. Goreng ikan, nasi goreng atau masak benda-benda simple. Bab lauk berat-berat. Aku failed. Masa bujang mak aku selalu bising la sebab tak nak belajar. Aku bukan tak nak belajar. Asal masuk je dapur, aku kena halau balik dengan mak aku. Haha. Sebab aku tak suka dapur sepah. So aku mengemas sambil mulut aku berjalan. Mak aku kalau memasak dia suka longgok kat singki sampai penuh. Aku tak suka. Aku suka kemas bila aku memasak. Sebab aku tak suka bersepah. So mak aku hangin. Mak aku halau aku. Hahaha.
Tapi sejujurnya, aku kalau nak pandai memasak. Aku kena buat sendiri. Kalau cakap. Aku blur. Haha. Bila dah kahwin. Aku jadi pandai. Kalau nak masak lauk lemak cili api ke apa. Aku whatapps je mak aku. Nanti dia beritahu la. Pepandai la ko sukat macamana. Lelama pandai. Memandangkan lelaki aku lagi terer memasak dari aku. Kekadang aku tanya dia je. Kalau malas nak tanya mak aku, aku google je. Tapi resepi kat google tak sesedap macam mak aku masak. Haha.
Sekarang boleh la. Reti la sikit masak sikit-sikit. Bila dah kahwin ni, aku selalu termenung depan peti ais. Apa nak masak. Baru aku paham kenapa mak aku selalu duk termenung depan peti ais sebelum memasak. Sebab tak ada idea. Haha.
Kang aku mesej laki aku tanya nak makan apa?
Jawapan dia. "Tak kisah la sayang. Apa-apa pun boleh."
Kekadang aku soal balik. "Meggi boleh?"
Dia jawab. "Boleh je."
Haha. Tak membantu langsung. In the end masak la simple-simple. Tak sampai hati nak bagi laki sendiri makan meggi je. Zaman bujang boleh la. Bagi aku yang belum kahwin dan tak pandai masak. Belajar sikit-sikit. Paling kurang mesti tahu la benda basic. Macam nak kena tahu siang ikan macam mana, ayam macamana. Bawang tu rupa macam mana. Benda-benda basic lah. Aku bernasib baik lah masa sekolah lagi mak aku ajar siang ikan ayam bagai. Walaupun kerap kali kena halau keluar dapur. haha. Tahu la sikit-sikit. Terima kasih Mak.
Barang dapur sejujurnya jauh gila aku pergi beli. Aku sekarang duk selangor. Aku duk sendiri dengan laki aku. Dekat dekat jugak la dengan umah mertua aku. Tak ada lah dekat sangat. Tempat ni pelik sikit. Dekat dengan laut. Tapi ikan sangat kurang dan giler mahal. Barang-barang sini sangat mahal dan tak masuk akal. Aku selalu membebel kalau time beli barang. Haha. Harga beza banyak betul.
So untuk elakkan aku beli barang sini, setiap time gaji aku akan balik Melaka. Balik la cuti hujung minggu melawat family aku. Sabtu or ahad aku ikut la mak aku pergi la pasar beli ikan ke, ayam ke, untuk stok sebulan. Barang dapur pun aku beli kat melaka. Dah alang-alang. Sekali jalan.
Sejujurnya, aku rasa Melaka barang murah lagi. minggu lepas aku beli ketam pasir. Adalah dalam 6 ekor. Besar-besar. Sekali dengan ikan selar kuning. Dalam 5,6 ekor. Harga dia RM14. Aku siap tanya makcik tu. Suruh ulang balik. Pasaipa murah sangat. Haha. Kalau kat sini, tak dapat. Laki aku pernah beli sotong kat sini. Dua ekor. Adalah besar dua jari. Nak RM7. Aku macam whattheheck. Haha. Patut la sedara mara aku dari KL suka beli ikan kat Melaka bawak stok balik KL bebanyak. Sebab murah.
Pantai puteri, Melaka. |
Selalu aku pergi kat pantai puteri. Aku pergi dengan mak aku la. Sebab mak aku ni terer bab ikan. Semua ikan dia tahu. Ikan pelik-pelik pun dia tahu nak masak apa sedap. Mak aku tahu pun sebab ayah aku ajar pasal ikan. Ayah aku dulu navy. Kalau time dia free kat pulau layang-layang tu dia suruh bebudak dia siapkan alatan memancing ke apa. Dia pergi memancing kat laut. So dia tahu semua pasal ikan. Ikan dia bukan kecik-kecik. Besar gila. Separuh dia simpan bawak balik, Separuh lagi dia suh bebudak dia masak ikan tu. Tu mak aku tahu banyak pasal ikan. Ayah aku dah bersara navy pun kecintaan dia terhadap ikan tetap ada. Haha. Selalu tanya mak aku beli ikan apa. Kang dia berdua bercerita pasal ikan.
Walaupun mak bapak aku terer pasal ikan. Tapi malangnye, aku tak berapa tahu. Haha. Aku tahu ikan selar, sardin, tenggiri, merah, baung, senangin. Haha. Walaupun masa bujang aku selalu ikut mak aku pergi pasar tapi still gagal mengingati nama ikan. Tu sebab aku suka beli ikan dengan mak aku. Tapi bila aku beli ikan dengan mak aku. Aku suka tanya mak aku. "
Mak, ikan ni masak apa sedap?"
Belum sempat mak aku jawab.
Tetiba ada makcik sebelah aku jawab.
"Masak asom podeh sedap dik"
Haha. Aku pergi kedai lain. Tanya soalan yang sama dengan mak aku. Ada je orang lain menjawab. Masak asam pedas. Kalau dah namanya orang Melaka. Asam pedas saje. Haha. Everytime aku pergi pasar. Mesti ada scene ni. Mak cik makcik kat sini peramah betul. Haha. Oh ye, selalu aku pergi pasar kat Pantai Puteri. Banyak orang jual ikan kat tepi pantai. Pergi la pepagi. After pukul 9, sila la harap bersabar. Orang macam ulat taik. Kemain ramai. Macam pesta. Haha.
Actually, aku rindu Melaka. Sebab kat sana aku rasa murah. Barang senang nak dapat. Orang peramah. Sini aku rasa janggal sangat. Walaupun dah beberapa bulan duk sini. Aku tak boleh nak sesuaikan diri lagi. Sebab aku rasa macam tak logik. Barang mahal nak mampus, aku duk KL or Shah Alam dulu pun tak mahal macam ni. Padahal kat sini tempat jin bertendang la orang Melaka cakap. Haha. Tapi aku rindu la Melaka.
P/s : Aku cari gambar kat pasar. Tak jumpa. Dah la folder gambar je beratus. Keneneng aku cari gambar. Bantai jelah gambar Pantai Puteri time 2010. Pun boleh la.