Kahwin dah.. :)

April 09, 2015

Assalammualaikum,



Alhamdulillah, pada 14 Mac 2015 bersamaan hari Sabtu lalu, aku telah selamat diijabkabulkan dengan En Tunang. Eh! En Suami dengan sekali lafaz. Walaupun dah nak sebulan kahwin masih aku rasa bermimpi yang aku masih bujang. Haha. Sampai sekarang aku tak percaya aku dah kahwin. Haha.

Majlis perkahwinan berlansung dengan sederhana dan meriah. Aku nikah pagi lepas tu terus sanding tengahari. Tak ada sanding sebenarnya. Aku tak nak. Ada berarak tapi lepas tu terus pergi makan. Dasar pelahap. Haha.

Aku buat majlis di rumah dan nikah pun di rumah. Ikutkan nak buat kat dewan. Tapi bila tanya, banyak sangat cas tambahan. Nak pasang pelamin sekejap pon nak kena cas. Aku batalkan je niat. Buat kat rumah. Sonang. 
Masa ni kena tegur masa nak g kat En Suami. Sebab jalan laju sangat. Pengantin kena jalan slow. Aku tak reti jalan slow ok. Laju je. Sampai kena tegur dengan orang. Haha. :p

Majlis aku simple dan senang. Tak ada majlis berinai bagai. Semua buat dalam satu hari. Penat dalam sehari je. Family aku jenis simple. Dan aku jenis suka fikir aku tak mahu membazir untuk benda yang dilihat untuk sehari je. Dan aku lebih suka lebihkan kepada makanan. 

Pelamin dengan baju aku serahkan kepada mak aku. Sebab kawan mak aku. Aku pakai dua helai baju je. Baju nikah dan sanding. Aku tak nak banyak-banyak baju. Sebab aku takut aku penat. Even balik dari outdoor aku migrain tahap dewa 18. Haha. 

Separuh dari kawan-kawan. Yang lain dah penat bergambar. Dorang gila nampak kamera. Pantang je. Bergambar saje. Haha. Time ni tengah tunggu pihak lelaki datang.

Majlis perkahwinan ni meriah dengan kawan-kawan satu UiTM dulu. Budak-budak rumah dari sem 1 sampai la habis semua ada kecuali Tini, Agnes ngan Fifi takde. Fifi datang belah lelaki. Aku pun tak sangka semua ada. Kawan-kawan praktikal dulu pun ada. Kawan sekolah. Kawan baik aku Cik Senah dengan Nad pun ada. Happy giler. Sebab lama tak jumpa. Last jumpa time kenduri amy. Bila jumpa riuh. Gembira tak terkata dapat jumpa dorang. Aku bukan excited sebab kahwin pun, aku excited sebab dapat jumpa kekawan. Haha. Mati En suami baca ni kecik hati. Sory En Husband kita pun happy dapat kahwin dengan awak. huk... huk.. Huhu.


Ni semua budak budak rumah masa sem 1-2  kecuali Amoy tak da. Ni la kawan gelak, nangis dan gaduh time kat Uitm dulu. Yang laki tu bukan budak satu rumah. Tu official photographer. Atan. Kawan satu kos gak. Aku rapat dengan dia. Sampai aku berjanji time study, aku kahwin dia kena amik gambar. So aku tunaikan janji ambik dia sebagai official photographer aku. Haha.
Aku paling happy jumpa Mia. Sebab Mia sampai beli tiket kapal terbang semata-mata nak datang kenduri. Terharu. Ni la member rapat aku time study. Tito sesama, makan sesama and shopping sesama. Hoi rindu time belajar. Ni ada yang tak ada dalam gambar. Bila dah dapat gambar dari Atan, kalau aku rajin aku publish la kat sini. Hihi. Ni semua gambar dari kekawan. Banyak. Tapi aku ambik yang mana mampu. Gambar dah siap. Cuma aku tak ada masa nak pergi ambik lagi. Hehehe.

Bestfriends. Kawan gila gila sekepala. Kawan dari sekolah lagi. Dari dorang ni la aku nak mintak nasihat atau pendapat. Dengan dorang ni lah aku kalau nak ajak buat perkara gila mesti on je manjang. Haha.
Di kesempatan ni aku nak ucap terima kasih kepada semua yang terlibat dalam majlis perkahwinan aku ni. Terima kasih kepada kekawan yang datang dari jauh datang kenduri eden. Jika terdapat kekurangan ataupun kesilapan eden minta maaf la dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Hehehe. Majlis pertama dalam family, So banyak benda perlu diperbaiki.

Perasaan menjadi seorang isteri? Gembira la hoi dapat kahwin dengan laki ko sayang, laki yang terima ko seadaanya, laki yang memang kawan baik ko. Haha. En Suami. Terima kasih. 

Aku takmo pos gambar laki aku. Haha. Sebab aku kalau boleh blog ni pasal aku je. Family matter aku suka keep in private. Cukuplah family and kawan-kawan aku tahu dengan siapa aku berkahwin. Yang penting bukan suami orang ataupun boyfriend orang. Haha. Kami bercinta dari zaman kita orang kat universiti lagi. :) Laki aku kawan satu universiti dengan aku. Cuma dia falkulti lain. Sama baya, Dia tua berapa hari je dengan aku. Kami lahir bulan sama. Tahun sama. Haha. 

Dah, thanks for reading. :)

Assalammualaikum.



You Might Also Like

0 comments

Popular Posts