Awal-awal pagi aku dah ready nak post pasal ne. Yang buat aku terfikir banyak kali sampai buat aku tak lena tidur. Dan entry ini aku buat untuk seorang yang aku panggil kawan.
Kadang-kadang dalam dunia ni. Kita akan jumpa orang yang kita panggil kawan. Macam-macam jenis. Kawan yang sentiasa ada disisi kau ketika kau susah. Waktu kau menangis sorang-sorang dia ada kat sebelah kau tanpa kau pinta. Maksud aku, kau menangis dan cakap mahu bersendirian. Tup-tup dia ada kat sebelah kau dan tak dengar cakap kau. Lepas tu dia bagi kau pinjam bahu dia buat kau tumpang menangis. Lepas tu cakap "aku tak akan biarkan kau sendirian"
Atau keadaan kau macam ini. Kau baru lepas putus cinta. Kau pergi jauh-jauh. Kawan kau macam nak gila cari kau. Calling kau sampai kau rasa annoying giler. Rasa nak hempas telefon. Tanpa kau sedar, kawan kau itu, risau kau buat kerja gila walaupun dia tahu kau akan menyampah bila orang asyik calling kau tanya kat mana. Itu dua situasi di mana aku panggil seseorang itu sahabat
Dan kawan ketika kau senang pula macam ni. Bila kau ada banyak duit dan kemudahan. Semua menghimpit. Bila kau susah semua hilang. Hilang macam chipsmore. Hehe. Dan ada kawan bila dia susah. Dia akan datang cari kau. Tak kira masa. Siang atau malam. Bila susah sahaja. Bila dia senang. Dia lupa kau langsung. Kalau enjoy pun tak teringat kau langsung.
Pahitkan kalau ada kawan macam ini? Satu aku nak cakap. Inilah kehidupan. Kita akan jumpa macam-macam orang atas bumi ini. Bermacam-macam perangai. Tetapi aku sentiasa anggap ia satu pengalaman yang berharga. Kalau ada kawan yang tak berguna macam itu. Aku rasa kawan je macam biasa. Tapi jaga batas kau. Maksud aku jangan terlalu rapat. Sebab kalau menghargai sangat-sangat padahal dia tak. Kau yang akan patah hati semula. Belajar apa orang buat kat kau. Ingat and move on. Hari ini hari dia. esok-esok hari kau pulak.
Kalau kau nak cari kawan yang baik. Ini rahsianya. Kalau berkawan cari jarak kau. Kenal dulu macamana. Ada manusia mampu menerima kita seadaanya. Ada yang tidak. Kalau ada yang mampu berdiri teguh walaupun kau pernah marah dia, termaki dia dah tahan perangai kau. Itu yang kau boleh panggil sahabat. Sahabat sampai mati.
gambar dari sini |