Assalammualaikum,
Habis makan konon-konon nak g Bazar Karat. sekali tengok parking penuh dan aku dah penat. Aku cakap jelah pergi esok jelah. Terus balik hotel dan rehat.
Sekian lamanya tak berupdate. Tetiba aku muncul. Setahun sekali update lepas itu hilang. Haha. Ok. Akhir Januari lepas husband aku buat surprise meraikan birthday aku. Dia just bagitahu tarikh birthday aku, kita pergi bercuti. Tapi tak bagitahu tempat. Penat la aku korek tak juga dia bagitahu.
Kami bergerak hari Jumaat pagi, tapi gerak santai santai la lalu ikut jalan dalam. Bila dia lalu Port Dickson aku dah dapat agak dah dia nak pergi mana. Johor Bharu. Dan tekaan aku tepat. Haha. Sebab kenapa. Bulan 11 tahun lepas sepatutnya kami pergi bercuti JB. Tapi kami batalkan sebab bapa mertua aku tak sihat sampai masuk hospital . Tak akan la kami nak pergi bercuti kan. Tapi memang boleh nampak lah husband aku nak sangat pergi JB. Sebab last dia pergi masa zaman kami bertunang. Dia jadi cikgu sekejap kat JB. Aku jenis ok jelah. Memang aku tak tahu langsung dia booking, dia yang uruskan semuanya.
Night view dari bilik kami. |
Kami sampai tengahari. Hotel yang husband aku pilih The Puteri Pacific Johor Bahru. Memang dekat tengah town JB tu lah. Dekat jugak dengan Bazar Karat. Memang dia pilih tempat strategik. Semua dekat. Shopping Mall pon dekat. Bagi aku hotel dia puas hatilah. Servis pun bagus. Kitaorang sampai dalam pukul 2 lebih. Mintak check in awal ok je. Husband booking hotel ni guna Booking.Com.
The Puteri Pacific. |
Lobi Hotel. Malam-malam ada Live Band. |
Bilik yang kami booking ni besar jugaklah. Lengkap. Selalu hotel yang kami pergi jarang ada sterika kan. Kalau ada kena minta. Ni semua ada lengkap la. Bilik air ada tub dan shower yang berasingan. Cuma perabot je lama sikit. Bantal dia jujur sedap gila tidur. Jarang aku tidur hotel dapat bantal sedap. Selalu keras kejung je. Dekat cermin tu dorang siap tulis harga bantal tu kalau nak beli. RM300 sebiji. Patut la sedap. Haha. Maybe selalu orang tanya. Tu yang dia tulis siap-siap. Haha.
Aku masa ni memang malas giler ambik gambar. Ini pun husband aku yang ambik gambar. Tu sebab tak banyak sangat gambar kali ni. Mood nak ambik gambar memang kelaut time tu. Lepas Check In, kitaorang pergi makan kedai makan jual lauk pauk betul-betul depan hotel ni. Kami memang tak ambik buffet hotel sebab husband kata JB banyak tempat makan sedap. Kira mengimbau kenangan la tempat-tempat makan kegemaran dia masa dia keje JB. Aku pon ok kan saja. Aku rasa more to birthday treat husband aku je. Haha.
Facilities hotel ni bagus lah, ada gym, swimming pool dan apa ntah lagi. Husband aku yang rajin pergi. Wifi pon ok. Lepas makan tengahari kami naik balik hotel. Rehat. Lepas tu husband aku g Gym. Aku lepak je dalam bilik. Pastu dia naik ajak g swimming pool. Aku teman jelah. Malas nak mandi bagai. Husband aku jelah pergi berenang. Ramai juga la orang.
Gym, husband kata lengkap. |
Petang-petang tu kami jalan-jalan la tengok sekolah lama husband dia. Sekolah dia dekat je dengan KPJ Johor tu. Tapi sekolah dia dah pindah ke Pasir Gudang lepas husband abis kontrak. Jalan jalan mengimbau zaman dia duduk area situ. Aku pun layankan jelah. Lepas tu kami cari lah kedai makan yang selalu husband pergi. Banyak lah kedai dah tutup dan pindah. Tapi husband aku ni baik dengan anak-anak murid dia so dia whatapps budak-budak ni kat mana. Nasib baik bebudak ni tahu walaupun dorang semua belajar kat U sekarang. Siap bagi suggestion lagi kat mana makan best lagi.
Di sebabkan nak maghrib, kami buat keputusan balik hotel dulu solat, lepas tu baru pergi cari makan.
Lepas maghrib tengah nak siap-siap. Tetiba bunyi loceng. Husband aku aku g la bukak. Tetiba ada room service. Husband aku tak ada order room service. Dia tanya aku ada order ke. Aku cakap la tak ada. Yelah nak keluar g makan kan. Sampai budak tu pun cuak. Husband aku siap cakap salah bilik ni. Haha. Budak tu pun blah. Tetiba bunyi loceng balik. Budak tu kata betul encik, bilik encik. Husband aku boleh pulak mati-mati kata tak ada. Budak tu call manager dia. Lepas tu manager dia kata cake tu treat dari pihak hotel sempena birthday aku. Aik macamana dia tahu. Lepas tu husband aku baru teringat. Masa booking hotel dia ada tulis kat notes. Celebrate my wife birthday. Mungkin pihak hotel alert. tu yang dia bagi. 5 bintang aku bagi kat hotel ni.
Birthday Cake from The Pacific Hotel |
Sebab nak keluar. Kami letak jelah dalam peti ais. Balik hotel kang baru makan. Husband memang planning nak beli kek malam tu. Tapi ada kek tu aku cakap tak payah lah. Lagipun aku muak makan kek. Sebab birthday husband aku dekat-dekat dengan birthday aku. Birthday dia aku belikan kek. Dan aku bukan pengemar kek sangat. Makan satu slice ok la lagi kan. Dah la kami berdua je. Dan pengalaman lepas-lepas beli kek sampai keras kejung dalam peti ais tak makan-makan. Haha.
Malam tu husband tanya nak makan apa. Aku cakap la nak makan western. Sebab masa tu tekak aku nak makan western je. Dia bawak lah pergi Restoran Hutan Bandar Bistro. Dulu kedai ni dekat area sekolah husband aku. Kalau malam dia keluar makan dia mesti tanya anak-anak murid siapa nak order. Sebab kesian bebudak tu makan kat asrama tak sedap. Husband aku lak dah alang-alang belikan sekali. Tu anak-anak murid dia sayang dia sampai sekarang. Dan masa tu dia jual chicken chop RM6 je. Zaman dulu la. Tu murah. Sekarang tak dapat dah. Sekarang dia dah pindah Jalan Tun Abdul Razak Susur 1. Itupun anak murid husband aku bagitahu.
Kedai dia dua tingkat. Husband yang order dan bayar. Aku pergi cari tempat duduk. Kat bawah ramai orang, kat atas lapang. Decoration pun nice je. Aku memang tak ambik gambarlah. Sebab ramai lak orang kan. Aku order steak. Husband pun order benda sama. Harga dia aku tak ingat berapa. Tapi belas-belas jugak lah. Portion dia besar ok. Tak abis aku makan. Sampai tapau bawak balik hotel. Haha. Kuah dia siap boleh refill. Boleh tahan la makanan dia berbaloi.
Steak Hutan Bandar Bistro. |
View dari dalam bilik kami. |
Esok paginya kami breakfast kacang pool yang popular kat Larkin tu. Tapi ni kedai yang foodcourt tu. Husband ajak pergi sini sebab sini tak ramai sangat macam kat station bus Larkin tu. Tapi owner yang sama. Ini kali kedua aku makan kacang pool. Sedap bagi aku. Aku pernah rasa ada orang jual kacang pool tapi tak sesedap yang JB nye. Kacang dia yang sedap. Harga dia aku pun tak ingat berapa.
Lepas breakfast, aku dengan husband pening jugak nak pergi mana. Kalau tempat-tempat menarik macam jauh jauh. Kalau area JB tu macam tak ada sangat tempat menarik. Kedai makan yang sedap-sedap banyaklah. Nak pergi muzium belakang hotel kami tu, tutup pula sebab renovation. So kitaorang jalan-jalan jelah area istana Johor. Nak berhenti ambik gambar memang panas gila. Last-last kami decide pergi Zoo Johor jelah.
Zoo ni tak besar. Bayaran masuk pun murah gila. Tempat parking memang tak ada. So parking la tepi-tepi jalan. Sampai je zoo ramai gila orang. Aku rasa dorang pun tak ada tempat nak pergi macam kami. Haha. Binatang pun boleh tahan banyak jugak lah. Boleh bagi gajah makan, boleh pegang ular dan budak-budak boleh naik kuda. Ok lah bagi aku kalau nak bawak anak-anak mengenal binatang. Walaupun aku pergi tengahari, tapi tak panas sangat sebab banyak pokok-pokok dan tempat duduk.
Zoo Johor ni zoo lama. Sebab kandang dia style lama. Disebabkan pergi masa tengahari. Haiwan-haiwan banyak tengah menyorok dan tidur. Abis merayap kat zoo kitaorang balik hotel. Solat dan rehat. Dah petang sikit kitaorang keluar pergi shopping complex berdekatan dengan hotel kitaorang. Jalan kaki je. Disebabkan ramai orang kat shopping complex nak makan pon ramai orang, husband aku decide beli roti je makan kat hotel. Sambil buat kopi. Petang tu dia sambung g gym dan berenang.
Singa semua tengah tidur |
Unta datang dekat bila ko pegang kangkung. Tak ada makanan dia tak datang. |
Malam hari sabtu, kami berjalan kaki je pergi Bazar Karat. Bagi aku sebenarnya tak jauh. Tapi masa tu kesihatan aku tak mengizinkan aku jalan jauh-jauh. So aku cepat penat. Bazar Karat bagi aku macam bazar biasa-biasa macam uptown. Husband aku cakap dulu-dulu banyak orang jual barang lama-lama, barang rare, tapi sekarang macam dah tak ada. Sebab dulu husband masa kerja JB selalu dia turun Bazar Karat. Sekarang macam jual benda yang biasa-biasa ko boleh pergi macam kat uptown. Cuma Bazar Karat ni banyak kedai makan sambil shisha. Beli sikit barang. Lepas tu balik hotel. Memang aku tak ambik gambar sebab ramai sangat orang.
Keesokkan harinya, kitaorang check out sebelum pukul 12. Planning nak jumpa kawan baik aku dari zaman sekolah Nad di Paradigm Mall. Makan tengah hari sekali kat situ. Sebelum gerak ke Skudai, singgah sat kat Kacang Pool tapau bawak balik Melaka. Jumpa, makan dan berbual-bual sekejap dengan Nad pastu gerak balik Melaka singgah rumah mak aku bagi kacang pool. Lepas tu terus gerak balik Sepang.
Percutian kali ni memang aku banyak lepak hotel. Sebab JB bagi aku tak ada apa sangat. Kalau ko kaki makan memang banyak pilihan. Kalau tempat-tempat menarik macam jauh sangat lak. Shopping Mall memang berlambak kat JB. Tapi aku kurang sikit pergi shopping Mall. Siapa kaki shopping mesti on. Aku dengan husband kalau travel suka pergi muzium, tempat menarik macam nature la. Dulu aku pergi Danga Bay ada la pantai, sekarang ni pembangunan dah kat situ. Pantai pun tak ada dah. Haha. Bagi aku Johor Bahru tempat makanan best-best banyak. Puas hati la makan kat sini.
Tu jelah kot. Kalau aku rajin aku menaip la lagi kat sini. Assalammualaikum.