Cuti-Cuti : Cameron Highlands, Pahang. Part 2
October 10, 2016Assalammualaikum,
Cameron Highlands, Pahang. Part 1
Ok sambung cerita tertangguh. Sebab lagi lama tertangguh lagi la aku lupa. Aku ada beberapa cerita tertunggak yang nak kena cerita. Sebab esok-esok lupa boleh baca balik kan. Ada beberapa gambar tertinggal iaitu bunga-bunga di MARDI. Mardi banyak port ambik gambar. Mardi ada macam-macam jenis tumbuhan yang ditanam termasuklah bunga-bungaan, buah buahan dan sayur sayuran. MARDI kat situ semua ada. Bayaran masuk pun murah. Parking pun senang. Bunga ros pun banyak untuk peminat bunga ros macam aku. Haha. So gambar bunga jelah banyak. Bertabahlah.
Bunga ni aku banyak tengok ditanam kat Cameron. |
Tak tahu la nama pokok bunga ni apa. |
Bunga ros oren Aku suka bau bunga ros segar. |
Ros |
Ros |
Ros lagi |
Hari kedua, orang dah start ramai. Hari sabtu tu jalan tak jem lah. Bila Ahad jalan dah start jem. Cameron time public holiday memang jem. Tak dinafikan. Tapi nak buat macamana. Hari lain kerja kan. So pergi jelah. Aku ngan en husband bangun awal sebab depan hotel kami tu ada pembangunan. Memang bising lah. Kitaorang breakfast di Tanah Rata. Jalan kaki je dari hotel kitaorang. Malas nak naik kereta sebab dah start jem.
Lepas breakfast, kami ke Healthy Strawberry Farm sebab planning utama kitaorang nak pergi Boh Teh Sg Palas. Sebab dah alang-alang kitaorang singgah tempat yang kitaorang tak pernah pergi. Healthy Strawberry Farm ni dekat dengan rumah persekutuan. Singgah sekejap makan aiskrim dan waffle strawberry. Pastu beli la starwberry untuk mertua ngan family aku.
Lepas tu kami terus ke Big Red Strawberry Farm dan Cactus Valley di Brincang. Sepanjang perjalanan ke sana memang jem nak ke Pekan Brincang tu. Kalau ko turun kereta jalan kaki lama dah sampai. Memang lama la duduk dalam kereta. Sebab kahwin dengan orang penyabar. En husband rileks je. So tak ada la stress. Haha. Siapa pernah pergi Big Red Strawberry Farm tu mesti tahu kemain tingginya tempat tu. Dengan kereta banyak. Banyak kereta naik tayar bau asap. Parking pun jauh. Berbukit-bukit. Mencungap jugak dari tempat parking ke Big Red Strawberry Farm tu. Kena mendaki.
Sebenarnya tempat dia sangatlah besar. Bertangga-tangga. dia bukan jual strawberry je, ada ladang salad ngan sayur. Cantik je tengok. Aku dah jenis pengemar salad. Telan airliur jelah tengok. Haha. Kat situ pun ada jual sayur dengan salad. Kalau ada peluang beli je. Harga pon ok bagi aku. Masa tu aku tak beli. Aku bajet nak beli time nak balik. Kalau beli awal-awal takut tak tahan. Menyesal tak beli ok. Sebab murah.
Lawa sangat cara dorang susun macam tu. |
Salad. |
hydrangea. Salah satu bunga favourite lepas ros. |
Kedai yang jual pokok bunga. |
Nasib baik orkid ni bukan untuk dijual. Hiasan kat situ. |
Di Cactus Valley nak masuk kena bayar RM5 tak silap. Kat situ bukan kaktus je. Ada jugak bunga-bunga lain. Besarlah jugak tempat dia.
Bunga ni dimana-mana saja. |
Cactus di Cactus Valley |
Bunga-bunga di Cactus Valley. |
Di Pekan Brincang masa tu tengah rancak pembangunan, banyak lah pemandangan bangunan tengah dibina di sana. Sekarang ni aku tak tahu la dah siap ke belum.
Selepas tu kami ke Teh Boh Sungai Palas. Teh Boh ada dua. Satu Sg Palas satu lagi di Ringlet. Yang dekat Ringlet tu kami dah pergi sebelum-sebelum ni. So mari lah ke Teh Boh Sungai Palas. Jalan ke ladang teh agak ok. Tak sempit sangat macam kat Ringlet.
Sampai je jalan ditutup. Tak boleh parking sampai atas sebab penuh. Kena parking bawah. Jauh gila berjalan. Dah lah hujan masa tu. Nasib baik hujan tak lebat. Redah jelah dengan En Husband. Haha.
Sampai-sampai je terus ke kilang. Dah tour kilang. Kami beli la teh untuk family kami. Sampai kat Cafe orang penuh gila. Tempat duduk memang tak ada. Kena tunggu lah orang habis makan.
Satu aku perasan orang Malaysia ni, kalau habis makan mesti nak lepak lama-lama kat meja makan walaupun ramai tengah berdiri nak tunggu meja. Aku dapat meja pun dari pasangan mat saleh. Dia nampak je aku berdiri terus dia offer seat. Kalau orang Malaysia. Kalau boleh sampai esok mau lepak situ. Adoi.
Sejujurnya aku lebih suka Teh Boh di Ringlet. Sebab view dia cantik. Dari tempat parking boleh ambik gambar. Kalau Sungai Palas, kau kena turun mencuram sikit baru boleh ambik gambar. Masa aku pergi jalan ke ladang teh ditutup. Tak tahu kenapa. Building Sungai Palas ni lawa la. Memang cantik. View dia ok la. Tapi aku lagi suka Ringlet. Ko leh daki bukit lagi. Tapi pendapat memasing la. Tapi yang penting Teh Boh bawak balik. Haha.
Dari tempat parking nak ke Cafe. Jauh tak. Haha. |
Kami balik dari ladang teh dah petang, singgah sekejap kedai orkid. Macam biasa la. Cari orkid untuk mak dan mak mertua aku. Kedai dekat area-area nak masuk ladang teh. Tak ingat nama. Tapi kan. Orkid dia mahal giler. Lepas tu ada certain orkid tak berjaga. Tak beli pon. Kami terus ke Pasar Brincang, beli makan malam. Balik hotel. Malam tu je En Husband keluar belikan Starbuck sebab bini dia kesejukan. Haha.
Orkid |
Orkid ni mak ngan mertua aku dah ada |
Hari ketiga kami check out tengahari. Sepanjang kami di Cameron, hari last kami disitu baru lah nampak matahari. Hari pertama dengan kedua hujan sahaja. Lepas makan tengahari kami bergerak lah ke Kea Farm. Cari sayur. Kat sini parking hazab. Susah parking. Tandas cas 50 sen. Kebersihan -0. Kotor giler. Tak berbaloi bayar 50 sen. Trauma aku tengok tandas.
Masa tu Tahun Baru Cina. Tempat aku beli sayur ni auntie peramah. Aku tegur lah. Auntie tak raya kah? Dia kata dah pagi td. Tengahari berniagalah. Gigih tak gigih auntie ni. Lepas ke Kea Farm, kami ke Rose Centre. Bayaran RM5. Rose Centre banyak jugak ros. Banyak jugak bunga lain-lain. Besar. Boleh naik sampai atas tengok pemandangan. Bertangga tangga. Aku tak letak bunga ros sebab sama je macam kat tempat lain. Takut bosan lak tengok ros je kan.
Yeay. Baru nampak gunung. Kalau tak kabus sahaja. |
Bunga di Rose Centre |
Rose Centre |
Ni kat puncak Rose Centre. Sejuk dan berkabus |
Selepas ke Rose Centre kami terus gerak pulang ke rumah. Nak singgah Lavender Farm, kereta banyak, jem dan ramai orang. Maybe next time. Ada rezeki kami naik la ke sana lagi. Ni beberapa tips ketika di Cameron Highlands bagi pandangan peribadi aku lah.
Tips 1.
Sebelum pergi ke Cameron Highlands service kereta anda. Masa kami balik melalui Simpang Pulai, banyak giler kereta overheat. Sebab jem.
Tips 2.
Jika anda jenis tak suka jem, tak suka crowded better pergi hari biasa. Tak ramai orang. Tak stress. Harga hotel murah sedikit berbanding peak seasons.
Tips 3.
Makan agak mahal disini. So kena pandai cari kedai makan yang ok dan murah. Hari pertama kami makan kedai di area Tanah Rata. Dekat dengan bus station. Kedai Melayu. Makcik tu layan orang macam rimau. Kalau orang dari kedai lain nak basuh tangan dekat tempat basuh tangan area kedai dia. Dia tak bagi. Siap tampal notis lagi. Harga mahal giler.
Tips 4.
Untuk peminat orkid yang nak cari orkid liar. Beli gerai orang Asli yang banyak ditepi jalan. Harga murah sangat RM5 untuk satu pokok. Tapi nasib jugak. Ada yang RM10. Tak payah runding sangat harga. Sebab itulah sumber pendapatan dorang. Laluan Tapah ke Cameron banyak orang asli jual orkid liar. Cameron ke Simpang Pulai. Ada. Tapi tak sebanyak laluan ke Tapah.
Tips 5.
Sejak menjak ni banyak kes tayar dibocorkan. So parking la kereta tempat yang elok-elok. Parking dengan berhemah jangan pentingkan diri sendiri. Sebab anda parking macam haram, boleh jadi jem cameron tu. Haha.
Tips 6.
Beli Maps. Kenapa. Sebab banyak tempat-tempat yang aku tak tahu sebelum ni aku tahu. Banyak ok tempat best-best sebenarnya. Cari travel agent yang bawak jungle trekking, mossy forest. Yang banyak pergi tempat-tempat macam ni mat saleh ok. Next time kami nak try jungle trekking pulak.
Tu jelah aku boleh bagi. Harap dapat beri manfaat. Ok dah. Assalammualaikum.
0 comments