Assalammualikum..
Sekian lama tak update. Memandangkan cuti moh le aku update pasal preparation wedding sebab bila aku check traffic posts paling banyak views adalah pasal perkahwinan di Melaka.
Aku pergi kursus ni dah lama. Tapi dalam tahun ni jugak. After duk tangguh je mak dan bakal mak mertua aku dah bising. Bila nak pergi kursus. Huahua. Tapi aku salahkan En Tunang la. Sebab dia sibuk dan susah nak cuti. Memandangkan kita orang ni duduk jejauh. Aku cadang memang nak pergi sendiri je. En Tunang aku suruh dia pergi kat area terdekat dengan dia. Tapi dia risau aku pergi sesorang. Mulanya aku risau gak. Tapi bila dah kena bebel. Ok je nak pergi seseorang.
Nak dijadikan cerita, of course la en tunang tak akan bagi aku pergi seseorang. Huahuaha. Cuma aku kesian la sebab dia kena booking hotel bagai. Dia ok je. Aku je tak suka dia susahkan diri dia.
Aku daftar kursus kahwin melalui Maim Bentara. Maim ni lah anjurkan kursus kat Masjid Al Azim tu. Aku daftar kursus kahwin ni dua bulan awal dari tarikh kursus. Sebab kursus kat sini selalu full. So sesiapa nak ambil kursus aku cadangkan pergi awal. Pastu boleh pilih tarikh yang bersesuaian. Masa aku pergi pun banyak tarikh penuh dah.
Nak pergi daftar pergi sendiri dengan pasangan pun boleh. Nak daftarkan untuk orang lain pun boleh tapi make sure ada photostat ic pasangan yang nak menghadiri kursus tu lah. Sebab masa daftar Maim akan minta salinan ic dan bayaran sebanyak RM80 untuk seorang. Kat pejabat Maim tu pon boleh photostat.
*Update 9/4/2015 : Tak boleh photostat kat pejabat Maim. Kena photostat siap-siap sebelum datang pejabat Maim. Adik aku g daftar. Dia suruh photostat tempat lain. So photostat siap-siap sebelum datang ok.
*Update 9/4/2015 : Tak boleh photostat kat pejabat Maim. Kena photostat siap-siap sebelum datang pejabat Maim. Adik aku g daftar. Dia suruh photostat tempat lain. So photostat siap-siap sebelum datang ok.
Pejabat Maim sekarang ni dekat Bukit Piatu. Sebelum ni dekat belakang Masjid Al azim tak silap. Sekarang dah berpindah dekat Bukit Piatu. Kalau anda tahu Jakel dan Butik Ariani area Bukit Piatu mesti tahu pejabat Maim Bentara ni. Sebab dia area situ je. So ni alamat memudahkan anda :
Maim Bentara Sdn Bhd,
No. 30, Jalan BPM 2,
Taman Bukit Piatu Mutiara,
75150 Melaka.
Masa daftar tu anda akan dapat resit dengan kertas yang memaparkan peraturan-peraturan yang wajib anda ikuti ketika menghadiri kursus kahwin ni. Masa hari nak kursus kena bawak resit tu. Simpan la elok-elok resit tu. Oh ye, kursus diadakan di Masjid Al Azim, Melaka. Kalau ada perubahan tempat pihak Maim akan beritahu. Kursus kahwin kat Melaka ni strict sikit. Tapi bagi aku tak ada lah strict sangat kot. Mulanya aku macam leceh je nak kena ikut tapi bila hari kursus tu ok je. Kalau kau ikut peraturan. tak ada la masalah kan. Kat bawah ni peraturan-peraturan yang anda kena patuhi. Jangan risau masa daftar kursus nanti dia akan bagi kertas ni. Baca la sampai lunyai nanti. Hahaha.
Kursus kahwin kat Melaka ni tak sama macam negeri-negeri lain. Kalau kat Melaka ni yang perempuan wajib pakai tudung putih tak ada corak. Tak kisah la tudung bawal atau shawl ke. Tapi di ingatkan. Wajib tutup sampai bawah dada. Kalau nak selamat tutup sampai ke pusat. Kalau nampak dada masa kursus diaorang akan tegur turunkan tudung sebelum kursus start. Dorang tak ada la tegur depan-depan. Dorang tegur secara berhemah. Aku sebelum ni tak ada tudung putih. So senang cerita beli bawal putih RM5. Pastu aku pakai tudung bawal style biasa je. Bawal tu pulak besar. En tunang tengok dia ingat ustazah mana tegur dia. Haha. Kalau boleh pakai la baju yang tutup aurat seperti yang dikatakan dalam gambar. Lagipun kursus dalam kawasan Masjid Al Azim. Berpakaian la sopan. Kita pergi kursus nak pergi menuntut ilmu. Sopan sopan la sikit.
Kalau lelaki wajib pakai baju melayu atau kemeja putih. Dan berseluar slack hitam/biru. en tunang aku suruh je beli baju melayu putih. Senang esok tak payah nak beli baju untuk nikah lagi dah. Pakai je yang dah beli. Tak payah nak pening. Bukan penting pun nak nikah kena pakai baju melayu baru. Dah la susah kemain last minit cari baju melayu putih. Sebab en tunang cerewet sikit kalau beli baju. Alamak ai terkutuk lak dia kat sini. Hihi. Ada lagi peraturan. Nanti dapat kertas ni anda tahu la apa peraturan-peraturan kena ikut. Tapi sejujurnya masa hari kursus semua nampak kemas dan sama je memasing. Ensem apa lelaki pakai baju melayu. (jeling en tunang sikit. Haha)
Masa hari pertama kursus aku lewat sikit. Tapi belum pukul 7.45 pagi lagi. Kursus start kul lapan. Cuma kau kena ada kat tempat pendaftaran sebelum pukul 7.45 pagi. Sebab en tunang bergerak dari Sepang. Pastu dia singgah rumah bagi buah tangan bagai dan jumpa mak ayah aku dulu. Pastu gerak.
Masa mula-mula diaorang akan bagi kertas soalan untuk dijawab. Bukan test apa. test pasal pengetahuan pasal perkahwinan je. Sebab masa hari last kursus dorang akan bagi kertas soalan yang sama. Sebab nak tengok kursus berkesan ke tak. Yelah masa first-first kena jawab soalan ujian. mesti la banyak benda tak tahu kan. Masa akhir kursus mesti la ko dah tahu. Sebab dalam buku yang diaorang bagi tu ada jawapannya. Sama ada ko fokus atau tidak la masa kursus tu. Lagipun aku pon tak tahu berapa markah aku dapat. Sebab diaorang tak bagi tahu. Aku rasa mungkin kajian pihak penganjur untuk mengetahui kursus tu berkesan ke tak.
Kursus berlangsung dua hari. Sabtu dan ahad. Start pukul 8 pagi sampai la pukul 5 petang. Hari pertama habis lambat. Dalam pukul lima lebih jugak lah. Tak ada la lambat sangat. Hari kedua awal dalam pukul 4 lebih petang. Ada 10 Modul untuk dua hari. Setiap satu modul adalah selama 1 jam. Setiap modul ada penceramah memasing. Yang memang arif dalam bidang memasing.
Cuma pendapat aku. Satu jam memang tak cukup untuk penceramah cover keseluruhan satu modul tu. Terkejar-kejar penceramah nak kena habiskan modul. Sebab masa satu jam je. Semua penceramah bagus bagus. Ada yang kelakar, ada yang ceramah sampai kita teringat-teringat sampai hari sebab cara dia sampaikan memang menusuk betul lah dan ada juga yang ok. Biasalah kalau dah tengahari lepas makan mesti mengantuk kan. Bawa la gula-gula kasi hilang mengantuk. Jangan ko bawa cekedis macam nak tengok wayang. Over sangat tu. Haha.
Makan sehari dua kali. Iaitu minum pagi dan makan tengahari. Makanan disediakan oleh pihak penganjur. Makanan bagi aku tak seberapa. Mungkin aku tak suka makanan manis. En tunang kata sedap. Mungkin sebab aku cerewet sikit la. Haha. Semuanya ok bagi aku. Sijil kahwin penganjur akan bagi masa last sekali.
Alhamdulillah settle dah bab kursus kahwin. Banyak ilmu aku dapat sepanjang kursus ni. Cuma aku rasa tak best sikit la. Bila ada insan tak berapa hormat penceramah. Macam dah terlewat sikit dari waktu habis kursus. Ada penceramah masih menerangkan kat depan. Adalah beberapa insan yang aku rasa mungkin adik-adik muda belia duk cakap dah pukul 5.30 dah. Nak balik, Aku kat situ rasa macam aku dikelilingi budak sekolah. Bukan semua tapi segelintir. Aku rasa ko dah nak kahwin dah tapi perangai macam aiyo. Bebudak sangat. Cuma pesanan aku untuk bakal yang menghadiri kursus. Hormat penceramah. Mereka diberi amanah untuk menyampai modul sampai habis. Ilmu tu. Bukan selalu pun menghadiri majlis ilmu camni. Dengar pun untuk masa depan kita. Bukan selalu. Dua hari je. Semoga info yang aku sampaikan ni korang tahu serba sikit kursus perkahwinan di melaka.
Assalammualaikum.
P/s : Aku edit blog aku ambik masa dua bulan nak tukar. Masa tak ada. Bila bukak je blog. Terlelap. Banyak benda tak settle lagi. Moga dipermudahkan semuanya.