Apa yang anda lakukan jika terjumpa barang bukan kepunyaan anda?

Assalammualaikum,

Apa yang anda lakukan kalau terjumpa handphone latest model. Tak kira lah jenama apa pun. Ambil, call no sesiapa yang ada dalam hp itu mencari tuan punya badan handphone tersebut ATAU anda ambil hp tersebut tanpa rasa bersalah?


Aku pernah berada di situasi mendengar perbualan dua orang manusia ni menjumpai handphone di pantai. Dia ambik lepas tu cakap "rezeki kita" Terkedu.


Itu lah aku rasa kalau kehilangan handphone ke atau duit atau apa-apa barang berharga. Tak akan jumpa. Sebab mentaliti masyarakat kita. Jumpa barang. Tak akan pulangkan. Ambil dan akan anggap ia "rezeki"


Rezeki waklu.


Tu sebab kalau kita dengar berita org pulangkan barang berharga kita akan "wau, bagus pulangkannya"  Kita anggap cerita itu luar biasa. Sebab kita sendiri anggap masyarakat kita mentaliti sivik masih rendah. Nak dapat barang balik pun tak mungkin. Padahal negara kita majoritinya Islam. Islam sendiri melarang umatnya mengambil hak orang lain.


Mungkin anda mempunyai mentaliti jumpa barang dan ambil lepas tu anggap rezeki. Fikir kembali. Bayangkan. Anda ditempat orang yang kehilangan barang tersebut. Bayangkan sudah cukup untuk anda rasa untuk mencari tuan punya badan barang tersebut. atau cari tempat atau tempat selamat untuk pulangkan barang tersebut.


Esok kalau anda dah nak mati, jangan sibuk nak cari tuan punya badan barang yang anda dah ambil. Itu pun kalau barang. Kalau tanaman? Duit? Kita ni sejak dari tadika hingga la sekolah menengah di ajar pendidikan Islam. Tapi sayang. Dah besar-besar pun tak tahu apa hukumnya mengambil hak orang lain. Haih.


Assalammualaikum.