Dari Melaka ke Temerloh.

Assalammualaikum,

Masa Tahun Baru Cina hari tu sampai lah aku ke Temerloh untuk kali pertama. Ke rumah Cik Amy kita. Eh Puan dah sekarang ni. Hihi. 

Aku gerak dari rumah dalam pukul 8 lebih. Pergi dengan en tunang. Kalau pergi ke Pahang ni jalan terdekat adalah melalui jalan dalam. Boleh lalu highway. Tapi macam tak berbaloi berpatah balik sebab masuk KL kan. Aku kesian kat en tunang sebab dia drive dari Sepang pastu ambik aku kat Melaka. Kira bagi dia macam berpatah balik. So memandangkan kami mengejar masa. Laluan terdekat adalah melalui jalan dalam.


Jalan dalam yang kita orang lalu Melaka -> Tampin -> Johol -> Bahau -> Bandar Sri Jempol -> Teriang -> Bera -> Temerloh.

Sebenarnya kalau ikut lalu jalan dalam banyak juga laluannya. Memandangkan aku dan en tunang tak pernah lalu jalan jalan ni. Kitaorang memang harapkan Waze. Dari bandar Tampin kitaorang letak destination kitaorang dari ke satu tempat ke satu tempat. Macam dari Tampin kitaorang taip ke Bahau. Sampai Bahau kitaorang taip ke Bandar Baru Serting. Kitaorang pun tak tahu kenapa kitaorang buat macam tu. Ada cerita disebaliknya. Tu aku cerita pada akhir entry.

 Bila ikut lalu jalan dalam ni. Kereta tak berapa banyak. Masa laluan ke Bahau tu kereta tak berapa banyak. Ada la dua tiga biji. Aku dengan en tunang pon memang fikir sebab pagi lagi kan. Jalan ok. Yang tak best. Laluan dia agak seram. Lagi-lagi area johol tu. Simpang siur jalannya. Tapi cantik ada sungai kat sebelah jalan. Tapi banyak hutan lah. Dan jugak banyak kelapa sawit dan getah. Untuk first timer macam kitaorang agak seram lah. Maybe yang dah biasa tak ada apa pun.

Tapi sebelum aku pergi. Aku ada buat research la laluan ni. Adalah orang tulis pengalaman tak best.Tanya ayah aku. Cuma dia pesan. Kalau boleh jangan balik malam. Sepanjang perjalanan kitaorang just bercerita dan layan lagu cd aku burn. Dalam pukul 11 pagi kitaorang sampai Pekan Temerloh.


Sebelum sampai rumah Amy. En tunang pesan. Kalau boleh tak nak balik lewat sangat. Kalau boleh sampai Tampin sebelum maghrib. Kalau lewat sangat. Kita balik ikut highway. Aku pun ok la. Aku faham en tunang aku. Adalah benda tak kena tu. Tapi aku tak tanya. 



Sampai rumah Amy, cari Mia. Mia datang dari Sabah. Pas cari dia jumpa Puan Amy kita. Selamat dah majlis dia. Dah berapa tahun kitaorang tak jumpa. Last jumpa masa Wany kawin. Wany pun dah anak sorang. En Tunang ada ambik gambar tapi dslr tu ada problem sikit. Aku ada kamera digital tu. Aku ingat bercas. Masa pagi tu pasang bateri kong abis. Bawak dslr. Tapi gambar kabur dan tak cantik. Sebab auto dia problem. Aku sebelum ni just guna manual tangkap gambar.

Ni jelah sekeping selamat. Haha. Tapi takpe. Banyak gambar dari diaorang. Jumpa-jumpa berbual la sekejap. Pensyarah kitaorang pon datang. Cik Midi. Yang lain dah datang masa Amy nikah. Aku je tak dapat datang sebab cousin aku buat majlis akikah. Apa apa pun. Tahniah Amy. Gembira dapat jumpa diaorang. Ntah bila dapat jumpa lagi.

Pukul dua lebih kitaorang dah gerak balik. Memandangkan awal lagi. kitaorang lalu laluan tu balik. So guna lah waze ni. Kitaorang just taip Tampin. Kitaorang tak buat macam dari satu tempat ke satu tempat. So. Nak dijadikan cerita. Waze ni bawak jalan, jalan yang memang tak ada orang lalu. Bengong. Mula-mula aku pelik apasal ada kampung ni. Tadi tak lalu sini. Memang time balik tu kitaorang tak lalu bandar sri jempol tu semua. Kilang Simen besar gilos kat Bahau tu pun kitaorang tak lalu. 

Lepas hadap kampung. Jalan makin lengang. Jalan makin kecik. Tapi jalan cantik lah. Kiri kanan gaung. Pokok kelapa sawit. Adalah satu jam kitaorang tempuh jalan macam tu. Sebijik kereta pun tak ada. Di tepi jalan tu pokok menjalar kat jalan dah. kitaorang terus tempuh jalan. Nak patah balik. Hari dah nak malam. En Tunang senyap je. Aku ni kalau rasa tak best. Aku suka ajak orang bercakap. En Tunang ni senyap jelah. (=.=")

Kitaorang just tengok Waze tu. Laluan yang kitaorang lalu area Batu Kikir dan Senaling. Sampai lah kitaorang tempuh jalan ke Kuala Pilah. Baru banyak kereta. Huhu. Sejam perjalanan tu. Menyeksakan. Walaupun siang. Seram tu ada. Kalau malam lah. Tak tahu lah nak cakap apa. Walau bagaimana pun tak boleh lawan seram aku, kawan baik aku Sanah dan Atan Athen hadap masa balik dari PD dulu. Ni maybe aku cerita lain kali.

Alhamdulillah aku sampai rumah sebelum maghrib. En tunang pun lepas terus gerak balik Sepang. Ikutkan masa hari tersebut. En Tunang banyak diam. Masa lalu jalan tu diam je. Aku perasan. Tapi tak tanya. Diam. Layan lagu. Esoknya baru aku tanya en tunang. Dia just cakap seram dan tak sedap hati. Dia pun tak cakap apa lagi. Maybe en tunang tak nak takutkan aku yang penakut ni. Haha. Kesimpulannya, jangan percaya Waze sangat. Jalan dia tunjuk memang betul. Tapi tak best. Jalan tak ada orang lalu. (T.T) Pasni dah tahu dah. Taip satu tempat ke satu tempat je. Mesej member aku yanie yang duduk area Bahau. Jalan tu memang keras katanya. 

Alhamdulillah la tak ada apa-apa berlaku.