Doakan beliau sembuh..

August 28, 2010

Sampai sahaja ke kampung halaman..
bergegas ke hospital...


Jumpa beliau selepas beliau keluar dari wad kecemasan..
menemani beliau sementara di pindahkan ke dalam wad..
aku datang beliau pandang aku dengan wajah lesu dan hidung dan mulut ditutup dengan alat pernafasan..
Beliau tersenyum. Ingin mencabut alat pernafasan. Tetapi ditarik kembali oleh doktor.



Sudah selesai semua..
barulah aku dan keluarga berjumpa beliau...
Soalan pertama beliau sebut dengan hidung dan mulut ditutup dengan alat penafasan...
"Anor sihat?" 
Aku cepat-cepat menjawab..
Beliau nampak tidak sihat..
tidak sebelum ini aku jumpa..
sentiasa bertenaga.
bila berjumpa. Beliau akan berkata, "eh, Anor?" "eh, Oshin!"
Kali ini tidak..


Kepulangan aku ke kampung halaman..
adalah disebabkan aku berasa tidak sedap hati sebelum-sebelum ini..
dan menyebabkan aku paksa abang aku teman aku balik...
barulah aku tahu mengapa..
Doakan beliau sihat dan kembali bertenaga seperti dahulu.. Supaya beliau boleh bercerita, tersenyum bertenaga seperti dahulu...

You Might Also Like

2 comments

Popular Posts