Hari kemerdekaan bakal di sambut sebentar lagi. Cuma kehangatannya semakin pudar. Mungkin kerana kita sedang meraikan bulan Ramadhan. Cuma agak perasan. Semakin lama kemerdekaan kurang mendapat sambutan. Kurang mengibarkan jalur gemilang. Nasib baik budak rumah aku semangat. Siap bentang jalur gemilang kat atas tv.tehee...
Tetapi sambutan kemerdekaan agak kurang berbanding pada zaman persekolahan. Sekolah aku rajin benar buat macam-macam aktiviti. Kelas paling banyak kibar jalur gemilang, larian jalur gemilang lah, pakaian kemerdekaan lah dan macam-macam lah.
Waktu ini lah semangat. Bukan semangat nak menang hadiah. Tetapi semangat berdaya saing dengan kelas-kelas sebelah. Kalau ada kelas sebelah lebih sedikit. Mula lah dah risau semacam mencari idea nak cari bendera. Sampaikan kelas dah tak nampak. Bendera sahaja semata-mata.hahaha..
Waktu larian kemerdekaan lah. Buka tabung kelas. Beli lah reben, bendera dan ada kelas lain siap badge bendera lagi. Semangat waktu itu. Memandangkan kelas aku dulu terdiri daripada pelbagai bangsa. Waktu inilah kami suruh pakai pakaian bangsa masing-masing. Manalah tahu dapat markah lebih!
Setiap tahun ada sahaja idea untuk menyambut kemerdekaan. Waktu ini lah seronok. Tetapi paling seronok bila waktu penyampaian hadiah. Waktu inilah menyanyi bersama-sama dalam dewan. Bergema. Perasaan lain macam. Semangat itu lain. Waktu itulah, semangat kemerdekaan itu di rasai. Bukan semangat nak menang kelas siapa yang paling cantik atau pun siapa menang waktu larian merdeka.(confirm aku and the geng kalah bab-bab larian ini. Kitaorang lebih suka menghayati pemandangan semasa larian..hahaha..) Waktu ini, kami bersama kelas lain saling berpegangan tangan menyanyi bersama-sama lagu kemerdekaan.:)
Aku merasai semangat kemerdekaan itu hanya waktu sekolah. Sekarang agak kurang. Sebab itu zaman sekolah adalah waktu yang paling menyeronokkan...
Usha folder dalam komputer..
terserempak gambar ini.
Menyambut Kemerdekaan ketika di tingkatan 4
Giler nerd muka masing-masing..hahaha..;p
Selamat Menyambut kemerdekaan yang 53 daripada pemilik blog.
Gambar: Cuti semester lepas. Pergi ke Memorial Tunku Abdul Rahman. Menjadi Pemandu Pelancong. Tehee!