Jiran Yang Rasa Layak Dimaki.

February 23, 2014

Assalammualikum

Pertama sekali, aku dah nak dekat sebulan lebih duk tahan nak up entry ni. Duk fikir nak cerita atau tak nak. So aku publish jugak entry pasal ni. Tujuan aku up entry ni sebagai pengajaran. Ambil yang jernih buang yang keruh ok. Nama dalam cerita ini adalah samaran semata-mata.


Ok. Rumah aku adalah rumah taman perumahan. Dimana rumah aku adalah rumah side tepi. Kalau tahu rumah side tepi, laman rumah dia luas. Sebelah rumah aku. Ada sebaris rumah yang menghadap rumah aku la. Macam contoh kat bawah ni:

Gigih buat maps. Aku buat ala kadar. Aku belum tidur lagi ni. (T.T)


Jiran aku ni, Aku namakan family Bakar. Keluarga Bakar ni memang sejak aku tamat belajar kat U lagi aku dah menyampah. Walaupun menyampah aku tetap senyum kalau nampak anak dia atau bini dia. Ye, senyum terpaksa. Sebab mak bapak aku ajar hormat orang. Ok fine.


Keluarga Bakar ni dengan jiran sebelah menyebelah bermusuh. Aku tak tahu sangat pasal ni. Tapi yang aku tahu kes sama macam aku juga. Sebaris rumah dia tu jenis design lain. Dan rumah aku ni design lain. Taman aku ni memang camni. Depan rumah aku pun design lain.


Kes buang sampah.

Kes ni la buat aku menaip kat entry ni. Kira dah tahap baran sampai kepala. Aku dah setahun lebih tak marah orang. Kira hari ini. tak meletus lagi. Kalau meletus aku buang sampah dia betul-betul depan pintu masuk rumah dia.


Memandangkan rumah dia menghadap rumah aku. So ada space la kan untuk park kereta atau tanam pokok atau apa. So tempat tersebut jadi tempat buang sampah dan bakar sampah. Ok, kat Melaka ni dalam seminggu akan datang lori punggut sampah daun. Kalau ko longgok sampah dahan pokok atau daun pokok. Dia akan ambik kutip. Family Bakar ni bajet orang datang kutip sampah ni akan pungut sampah yang dia duk timbun kat kawasan rumah family aku. Ko tahu sampah apa dia duk campak? Paip hitam pebenda ntah, tilam, bantal dan sebagainya. Kira nampak rumah aku ni jadi port dia campak sampah.


Sakit mata. Of course la orang majlis tak kan kutip sampah macam tu. Sebab Majlis Perbandaran dah sediakan tong khas kat satu tempat ko buang sampah fizikal dan besar gabak macam tu. Tak jauh pun dari rumah dia ke tong tu. Ko naik kereta pun tak sampai dua minit pergi buang sampah. Memandangkan Majlis Perbandaran tak ambik, ko tahu dia buat apa dengan sampah tu? Dia BAKAR.


Bila dia bakar. Asap bukan sebarang asap. Asap hitam. Yes, rumah aku jadi mangsa asap. Sekarang ni musim panas. so rumput akan kering. So dia bakar apa ntah semalam, api dah merayap. Mak aku tengah siram pokok. Siram sekali api tu.


Mak aku ni sangat baik. Sebelum ni nak naik tembok. Mak aku tangguh sebab apa? Sebab rumah aku ni ada pokok kari yang dah menjulur dari pagar besi. Jiran-jiran aku atau sesiapa lah akan datang ambik daun kari tu dengan minta izin. Mak aku kata senangkan jiran. Mak aku kalau nampak anak si Bakar ni duk longgok sampah tu. Mak aku tegur secara baik. Secara lembut. Kadang-kadang aku geram gak kenapa tak sound direct je. Mak aku cakap, tak nak gaduh-gaduh. Mak aku geram gak. Tapi geram dia, dia pendam. Kalau tahap tak tahan dia akan cerita dengan aku. Memandangkan mak aku dah bercerita aku geram lah kan. Mentang-mentang lah mak aku ni cakap lembut. Lagi la dia buat. Lagi la dia mengumpat dengan anak dia depan rumah dia. Cakap tak ada cakap slow-slow. Cakap kemain kuat. Tahu cakap apa? 


"Bukan tanah dia."


Hoi, makcik tak ada sivik! ko tahu tak kenapa cukai tanah rumah halaman luas cukai dia lebih sikit daripada rumah makcik?? Sebab dengan duit cukai tanah tu lah majlis perbandaran upah potong rumput, angkut sampah dan  bersihkan longkang bodoh. Oleh itu kawasan makcik buang sampah tu kawasan rumah saya! So saya ada hak nak tegur atau tak! Ko nak rumah kau bersih tapi ko campak sampah ko kat kawasan rumah aku. Sivik ada ka? Mau aku ajar ka?


Yes, ni lah ayat bakal aku keluarkan kalau aku tersempak dengan anak beranak bengap tu. Aku tunggu masa je dia buang sampah lagi ni. Sebab tiap kali dia buat hal, aku tak ada. Lantak la ada adab ke tak ada eh. Aku punya bengang bukan berbulan sebenarnya bertahun. Tapi aku percaya, mak aku akan halang punya kalau tahap sabar aku dah hilang.


Kes minta sesuatu tanpa izin.

Sebelum rumah aku di-renovate (Masa aku form 2 atau 3). Di halaman rumah aku tu mak aku tanam pandan, kari, nenas,betik, bendi dan sebagainya. Yes, mak aku suka menanam pokok. Mak aku tanam memudahkan mak aku nak masak. Dah tanam-tanam tu hidup subur la kan. Membiak betul aku tengok.  Mak aku tanam pandan, kari dan serai kat tepi pagar tu.


Jiran-jiran aku setiap kali ambik akan minta izin. Kalau family aku tiada. Dorang akan tunggu sampai balik baru ambik. Tapi mak aku ni dah pesan pada yang dah mintak izin tu ambik jelah kalau mak aku ada ke tak ada. 


Ada satu malam. Mak aku sidai baju kat belakang rumah. Tak bukak api. Sebab mak aku tak pakai tudung. So dia sidai dalam gelap. Tetiba dia dengar macam bunyi lembu ke kerbau macam duk menyodol pagar tau. Mak aku pun duk pikir. Celah bila taman perumahan ni ada kerbau or lembu. Mak aku duk cari la bunyi apa. Sekali ternampak Bini si Bakar ni sedang merentap pokok pandan mak aku. Mak aku tak tegur la. Mak aku diam terus sambung sidai baju.


Tahu tak kenapa mak aku tak tegur? Family Bakar tak pernah minta izin sikit pun dengan mak aku nak ambik apa-apa pun dari pokok kat rumah aku. Tahu dia buat apa dengan daun pandan dan kari tu? Dia buat kuih dan jual. Pernah sekali aku dengan mak aku pepagi berkebun kat luar rumah. Hujung minggu. Aku nampak bini Bakar duk ulang alik belakang rumah aku. Dekat dengan pokok kari. Dah habis berkebun tu. Mak aku masuk la dulu. Aku duk bersihkan peralatan kat tempat tersorok. Bini Bakar ni duk tercongok-congok cari mak aku. Tengok mak aku dah masuk. Dia petik daun kari tu. 


Tak ke pelik perangainya. Mak aku ada je kat luar time ko duk ulang alik belakang rumah aku. Pe susah sangat ko nak bukak mulut minta izin? Nak kata mak aku marah dia ke apa tak ada lak pulak. Mak aku nampak dia ke apa, mak aku senyum tau. Sanggup ulang alik sanggup tunggu mak aku masuk rumah pastu ko duk rembat daun kari.


India duk sebaris rumah dia tahu mintak izin nak daun kari. Setiap kali dia datang dia mintak izin. Ko dah lah agama Islam, Halal Haram ambil barang orang tanpa izin tak akan tak tahu ke??? Pokok pandan tu kan. Sampai togel daunnya dia kerjakan. Sampai mak aku terpaksa beli daun pandan kat pasar kalau nak wat kuih ke apa. (T.T) Oh ye, disebabkan selalu merentap pandan kat pagar tu. Pagar tu dah senget. Macamane lah mak aku boleh sesabar macam tu. Selepas rumah aku renovate pecah habis, mak aku biarkan pokok kari je kat tepi tu. Yang lain mak aku dah tak tanam dah. Kalau duk biar je. Mahu roboh pagar tu disondol kerbau jadian.


Curi Line Internet.

Benda ni pon buat aku sakit hati. Kalau nak tahu, streamyx boleh detect siapa tengah online dan curi online walaupun ko letak password dekat Wifi ko. Sebelum ni aku buat kerja dari rumah kan? internet tu bagi aku sangat penting. Sejak aku balik KL dan buat kerja dari rumah. Aku detect internet aku lembab. So memandangkan aku bekerja dalam bidang it. Aku tahu la ilmu tu sikit2. So aku check la siapa online. Terbaik. Keluarga Bakar tengah mengunakan internet. Kira dia hack la password. Bagaimana aku dapat detect dia? Sebab dia menggunakan komputer, laptop, hp nama ahli keluarga dia. Memandangkan adik aku kenal setiap nama ahli keluarga dia. So aku tahu. Dari bapak sampai la ke anak dia guna wifi free.


So tukar password. Selalu aku tukar la password. Dia dapat jugak hack. Takpe. Kita block mac address dia pulak. Dapat hack lagi? xpe kita block lagi. Kali ketiga, aku mintak member aku setup sampai dia give up. Terbaik weh sanggup duk depan rumah dia semata-mata nak dapat wifi free. Adakah aku halalkan dia pakai internet yang aku bayar? Tak. Aku tak halalkan.

Umpatan.

Benda ni terjadi awal tahun 2013. Adik aku pergi kenduri rumah kawan dia. Bini Bakar ni ada lah. Bila adik aku lalu. Dia boleh mengumpat cakap "kakak dak Mira ni tak keluar rumah langsung. Tak nampak-nampak. Ntah apa dia buat dalam rumah." Dia mengata aku la tu. Adik aku ada sorang je kakak. Aku la. Adik aku dengar sampai habis apa dia cakap. Haha.


Seriously makcik? Tak keluar rumah jadi bahan ke?? Aku duk rumah buat kerja. Kadang-kadang aku jumpa client iaitu sebelum pukul 7 aku dah keluar rumah. Tapi jarang. Aku tak suka keluar rumah. Sebab makcik ni and the ngumpat geng ada kat luar. Bila kita keluar dia duk pandang-pandang pas tu ngumpat. Dan salah satu sebab aku jarang keluar. Bila aku sidai baju atau sapu luar rumah laki dia, Si Bakar tu suka pandang aku atas bawah. Kalau aku sedang menyidai baju. Bakar tu boleh duk depan rumah dia tengok aku menyidai baju.(lepas renovate tempat sidai baju menghadap rumah dia) Ko rasa selesa tak? Aku pakai lengkap kot. Bukan baju tidur. Last-last adik lelaki aku yang sidai baju. Yes adik beradik lelaki aku semua boleh sidai baju. Tak rasa segan ke apa. Sebab bagi dorang benda biasa. Terima kasih sangat kat diaorang sebab dorang yang tiap-tiap hari sidai baju.


Aku pun pelik. Tak keluar rumah pon boleh jadi isu kan? Tolong lah jaga anak perempuan makcik tu eh. Sorang kena tangkap basah. Sampai kena nikah time kena tangkap. Sorang lagi belum habis sekolah gatal nak berlaki. Berhenti sekolah. Jagalah anak makcik tu sendiri eh. Oh laki makcik tu pun sila la jaga. Duk jaga anak makcik sudahlah. Berhenti menyusahkan orang lain.


In the end, aku cadangkan mak aku buat tembok. Kat tempat dia buang sampah tu. Aku buat tempat keluar motor adik lelaki aku. Tak kisah lah walaupun rumah aku dah ada dua porch. Lantak lah. Kat tepi tu aku tanam pokok apa-apa. Tak kisah lah keluar duit. Janji mak aku tak ada sakit hati. Tegur cara baik. Tak jalan jugak. Sekarang tengah nak jalan je. Urusan kontraktor datang rumah pon dah settle. Tunggu mak aku kata on. Maka on la.



Kalau lepas ni dia gigih jugak buang sampah jugak. Yes aku akan ambik sampah dia buang tu. Aku buang depan pintu rumah dia. So jangan dicabar kesabaran aku yang makin menipis dari sehari ke hari ni. 


P/s: Cuma aku nak pesan lah. Kalau ada sesiapa ada mak bapak berperangai macam ni atau ko sendiri berperangai macam ni. Mohon belajar masuk sekolah balik. Sekarang ada mata pelajaran sivik kat sekolah. Semoga ada sivik minded sikit. 



You Might Also Like

0 comments

Popular Posts