Assalammualaikum,
Sebenarnya bukan cuti-cuti sangat. Sebab singkat sangat masa kami di Kelantan. 2 hari 1 malam. Itupun kami tak berjalan sangat. Hanya berjalan sekitar Kota Bharu je.
Tujuan utama kami ke Kelantan sebab nak hantar barang melalui bas. Sebab kawan En Husband tempah barang dekat husband. So husband nak tengok barang tu ok ke tak hantar melalui bas. Sebenarnya, boleh je bas hantar sampai ke Kota Bharu. Tapi husband kata dah lama dia tak pergi ke Kelantan. Aku lagi la. Tak pernah jejak. So dia kata jom, aku pun jom jelah. Haha.
Hari Jumaat malam kami pergi naik bas dari Seremban. Tu la kali pertama kami naik bas bersama-sama. Sebelum ni pun kemana-mana naik kereta. Aku tak nak beritahu bas apa kitaorang naik. Sebab tak best. Bas lambat. Kat tiket kata 10.30pm gerak. Pukul 11pm tak gerak lagi.
Pukul 11 lebih baru gerak. Bas ni tak best sebab seat sempit sangat. Kalau orang depan baringkan seat sikit tersepit kaki. Bas yang kitaorang naik ni banyak giler tempat dia berhenti ambik orang dengan turunkan orang. Siapa kenal aku, memang tahu aku jenis tak tidur punya orang kalau naik apa-apa kenderaan. So sepanjang perjalanan memang aku tak tidur la walaupun time tidur. Lagi-lagi selang dua baris kehadapan orang tidur berdengkur kuat gila.
En Husband dah selamat tidur, aku dah terkelip-kelip pandang tingkap. Pemandu bas bawak bas terhuyung hayang dengan lajunya. Aku dah start migrain. Taubat dah tak mahu naik bas ni cakap dengan en husband. Haha. Akhirnya, dalam pukul 6 lebih kami sampai Kota Bharu.
Sampai je en husband call member dia ambik barang. Tapi aku dah tak tahan migrain. Memandangkan kami pergi last minit. Hotel pun tak booking ke apa. En husband duk cari hotel sekitar perhentian bas kat Kota Bharu tu sebab aku cakap check in hotel dulu sementara tunggu member dia datang. Akhirnya dapat hotel yang ok. Masuk hotel rehat dan tidur.
Station bas di Kota Bharu |
Pukul 10 pagi kami dah bersiap-siap dan pergi breakfast. Orang kat sini breakfast berat-berat. Terkejut aku ada nasi putih berlauk bagai. Haha. En husband dia duk Kelantan sebulan masa buat filem time belajar dulu. So dia dah biasa. Aku makan jelah apa yang ada. Janji makan.
Lepas breakfast kami pergi ke Pasar Siti Khadijah. Sebab dekat je dengan hotel kitaorang duduk. So jalan kaki jelah kami. Kami sampai sana just jalan jalan sambil cari serunding daging untuk mertua dengan family aku. Sempat lah beli kain utuk baju, keropok ikan dengan sampin en husband.
Pasar Siti Khadijah ni, ada beberapa tingkat. Tingkat bawah, jualan barang basah, sayuran dan buah buahan. Tingkat dua tempat orang jual keropok, serunding dan bermacam lagi lah. Tingkat tiga orang jual kain, telekung, baju dan macam-macam lagi. Sampai tingkat tiga mata jadi rambang sebab kain lawa-lawa. Tapi fikir balik kami naik bas. tak boleh beli barang banyak-banyak. Haha.
Lepas tu kami makan tengahari dekat gerai-gerai sebelah pasar. Kami cari fridge magnet. Tak ada pulak berkenan di hati. Lepas tu kami balik hotel. Sebenarnya, husband ada member baik time belajar dulu. Aku pun kenal. Sebab time praktikal kawan baik husband pun ada. Tapi kami tak beritahu kami kat Kelantan. Sebab kami tak mahu ganggu dia. Last-last husband call. Kawan baik dia kan. Dah datang tak beritahu.
Bila beritahu, dia kata pagi tadi dia kat Kota Bharu, kalau dia nampak kami berjalan-jalan tapi tak bagitahu dia. Dia cakap memang aku langgar korang. Haha. Marah tak beritahu. Lama jugak kami tak jumpa dia. Bertahun juga lah. Jumpa la sekejap tengahari tu di kedai member en husband.
Pasar Siti Khadijah |
Petang tu kami berjalan-jalan di sekitar Pekan Kota Bharu. Kami berjalan kaki ke satu tempat ke satu tempat. Memandangkan dah petang sangat. Banyak tempat dah ditutup. So kami just ambik gambar dan lepak-lepak menikmati pemandangan.
Pagar Istana Balai Besar. |
Kami tengok pagar jelah. Haha |
Pemandangan dari atas Menara Jam Tambatan Di Raja |
Tangga paling atas dalam Menara Jam. |
Aku tak naik sampai atas pun. En Husband je. Aku tak jadi naik sebab masa nak naik ada budak duk melompat-lompat kat tangga merah. Hoi ko kenapa dik. Bergegar la tangga ni. Aku tunggu separuh jalan jelah. Haha.
Sungai Kelantan |
Lepak minum ice coffee sambil menikmati pemandangan sungai Kelantan |
Lepas tu kami balik hotel bersiap-siap ke Wakaf Che Yeh selepas maghrib. Kali ni kawan en husband yang bawakkan. Kami tak beli apa-apa pun sebab barang dah banyak beli kat Siti Khadijah. En husband jelah beli mangga muda untuk makan-makan. Member kami bawak kedai makan sup tulang. Lepak cerita-cerita. Lepas tu balik ke hotel.
Pagi ahad kami check out terus ke Terminal Bas Kota Bharu berdekatan dengan Tesco. Masa kami sampai kami terus beli tiket balik ke TBS. Kat area station bas lama tu ada kaunter tiket Sani Express. Tu pun after kawan husband suggest bas tu ok. Taubat tak nak naik bas masa pergi. Haha.
Sepanjang aku di Kelantan banyak benda aku experience.
1. Kat sini makanan manis-manis. Breakfast la paling aku terkejut. Ada nasi ngan lauk pauk.
2. Semua benda kat sini sangat murah. Makan murah dan barang murah.
3. Kat Kelantan tak ada wayang. Terkejut aku bila member en husband beritahu.
4. Sepanjang kami di Kota Bharu, kami banyak berjalan kaki dan kekadang naik teksi bila ke tempat jauh. Kebanyakan teksi kami naik tak mahu guna meter.
5. Kat Kelantan ada orang jual mangga muda dah dibuang kulit. Mangga tu dia jual dengan gula la. En husband la selalu beli. Aku punya perangai kurang sikit makan masam-masam. Aku jangka mangga tu masam la. Tapi tak ok. Manis. Rangup. Kitaorang tak cicah pon gula yang dibagi. Just makan macam tu je. Mangga ni senang dapat kat situ. Kat Selangor or kat mana-mana memang aku tak pernah jumpa lagi. Sampai sekarang aku teringat-teringat mangga tu. Laki aku pula beli untuk makan dalam bas je. Aku pulak pegi rasa time dalam bas masa nak balik. Kalau aku tahu sedap. Aku borong bawak balik. Haha.
Tu jelah aku ingat. Lagipun aku pergi Kelantan ni dalam bulan 3. Tak ingat. Tapi yang aku ingat selepas 2 minggu pergi Cameron. Next time ada rezeki kami ke Kelantan lagi. Sebab tak puas berjalan. Sebab banyak tempat tak pergi lagi. Lagipun masa singkat sangat. Lagipun last minit punya plan. Hari Jumaat nak pergi. Hari Khamis baru decide pergi. Haha.
Assalammualaikum.