Mengapa Saya Tidak Update Blog?

February 01, 2012

Salam...

1. Keluar rumah sebelum matahari terbit, balik rumah setelah matahari terbenam.

Memandangkan aku tinggal di Shah Alam dan bekerja di Kuala Lumpur. Dan pergi bekerja dengan menaiki kereta adalah afdal keluar rumah selepas Subuh untuk mengelakkan jem. Walaupun aku masuk office pukul 9 pagi. Perjalanan tak sampai sejam. Tapi KL ni kalau lambat 5minit dah start jem. Memandangkan sampai office pukul 8pagi. Maka dengan jayanya aku melepak makan roti canai pagi-pagi di bangunan office aku. Setiap hari ok. Itu antara sebab aku dah bertambah berisi..(T.T)


Syabas betei jem pagi2..Walaupun aku xtahu apa penyebab jem sebenarnye..(T.T)
Pemandangan matahari terbit. Gambar ini diambil dalam lingkungan  pukul  7pagi. Walaupun jem. Pemandangan Subahannalah. Cantik sangat-sangat!
 2. Kerja.

Ya, salah satu sebab aku tidak update blog adalah disebabkan aku fokus buat kerja. Walaupun diberi desktop n pc sendiri. Boleh on semua benda. Tapi aku fokus buat kerja yang menimbun-nimbun. Bila dah petang boleh rileks-rileks  bila kerja dah siap. FB tetap bukak tapi main game bila aku tension. : p

Aku tersangat happy dengan kerja aku. Tak tahu la kenapa. Aku enjoy sangat-sangat walaupun kerja  banyak dan kena siapkan kerja sebelum habis kerja. Kadang-kadang diberi kerja translation sehari je kena siapkan. Mati! Tapi aku enjoy. Mungkin kerana enviroment tempat kerja aku kot..:D

Kamus adalah penting untuk kerja translation. 100plus penting bagi  penambah tenaga berterusan. Hihihi.. Meja masih 100% berkemas. Sarat dengan barang dan kerja.

3. Projek.

Aku dan beberapa orang kawan telah diberi projek untuk anak-anak yatim. Projek tersebut dilakukan pada hari sabtu dan bakal berlangsung pada bulan Feb ni. Sebelum ini aku melawat mereka untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi mereka. Oleh itu,aku tak boleh cerita lanjut sebab aku masih tidak dapat keputusan dari syarikat aku samaada projek ini diluluskan atau tidak. Semalam aku dah buat presentation. So harap dapat lah. Doa-doalah dapat..Amin. Nanti dah berjaya. Baru aku cerita.:)


4. Setiap malam adalah waktu makan bersama En Kekasih. : p

Waktu malam adalah waktu aku berdinner dengan En Kekasih. Kadang-kadang je tak makan malam bersama bila dia kerja. Tetapi selalunya makan bersama. Hihihi.. Selepas makan terus hantar balik. Balik mandi dan buat apa-apa patut, terus tumbang! Dah tak ingat apa-apa dah. Hihihi.. Masalah tidur dah tak ada dah. Baring je kat bantal terus lelap!


Kan saya sudah beritahu saya sudah berisi? Hurm.. Salahkan En Kekasih paksa saya makan je. Hurm...

5. Membaca

Buku adalah salah satu penyebab aku dah tersangat malas nak update blog. Ada masa je capai buku. Buku yang baru dibeli dan bakal dihabiskan Sophie Kinsella: Mini Shopaholic. Ye, buku yang buat kau tak sabar nak habiskan. Tapi sentiasa aku tiada masa. Huhuhu (T.T)


Di atas diantara sebab-sebab aku dah jarang update. Walaupun sabtu dan ahad aku cuti. Tapi aku banyak habiskan masa balik Melaka atau keluar bersama En Kekasih dan Cik Senah dan BFnye. Nak kata berehat memang tak lah. Keluar je memanjang dengan En Kekasih. Bulan Februari ne pun dan full dengan aktiviti. (T.T) Aku pun tak tahu celah bilanya update lagi..

P/s:  Hari KL cuti tu sebab aku curi2 masa update. Nak tito..gudnite..

You Might Also Like

1 comments

Popular Posts