Lama giler dah tak menulis. Memandangkan aku busy dengan kehidupan sekarang. Balik rumah lepas kerja terus bantai tidur. Kadang-kadang je keluar makan sama dengan En Kekasih. Kadang-kadang tunggu dia habis kerja sampai terlelap aku. Terus tak jadi nak makan sesama. Dia pon dah jadi workaholic macam aku.
Tapi entahlah aku suka dengan kerja sekarang walaupun penat. Ada sesetengah orang kerja sikit banyak complain, nak kerja sikit tapi gaji nak banyak. Macamane tu. Walaupun kerja aku sedikit stress. Aku suka. Banyak cabaran. Lagi susah benda tu aku lagi aku suka. Benda yang aku perasan tentang diri aku baru-baru ni.
Aku cepat bosan kalau tak ada kerja. Masa mula-mula masuk kerja, kurang kerja. Aku rajin merayap kenal dengan kawan-kawan sekerja. Tak kira lah laki ke, perempuan ke. Semua orang aku jadi rapat. Lepak makan-makan pun boleh melepak sama-sama. Satu perangai baru aku.
Bila dah kenal ramai orang. Orang akan kenal kita. Walaupun niat aku just nak kenal-kenal. Tetiba boleh jadi rapat. Percayalah, aku cuti isnin lepas. Hari aku cuti tu ramai mesej nape tak datang kerja. Hari selasa jumpa aku sibuk tanya aku sakit ke apa. Tanpa aku sedar, dorang ambil berat kat aku sebab perangai aku suka ambik berat.
Sebelum ni aku ada cakap kan aku buat projek dengan anak-anak yatim. Ya, projek tu lulus. Kali ini melibatkan dua rumah anak yatim. Akhir bulan Mac ni projek akan berlangsung. Serius aku masa universiti jarang join aktiviti macam ni. Tapi kat office aku jadi aktif sikit. Aku banyak bertanya dengan En Kekasih sebab dia orang paling banyak pengalaman dalam bidang ni. Kalau tiada dia memang aku blur habis. Terima kasih En Kekasih.
Sabtu dan Ahad aku banyak habiskan masa dengan family, bff dan En Kekasih. Serius sejak menjak ni dah kena ikut En Kekasih menghadiri wedding kawan-kawan dia. Memang dia kenalkan dengan kawan-kawan dari sejak diploma hingga degree. Sampai pening nak kena ingat member-member dia.
Sebelum ni aku ada cerita aku akan berjumpa dengan keluarga En Kekasih kan? Ya, aku banyak kali minta tangguh jumpa family dia. So masa tengah bulan Feb tu nak tak nak dia ajak jumpa dan pada masa yang sama kena hadiri majlis kawan sekolah rendah dia kat kampung. Kenalah jumpa kan? Nervous giler. Alhamdulillah family dia sangat baik. Adik beradik dia memang nak jumpa sangat cuma tak kesempatan. Sebelum ni hanya contact melalui facebook je. Hari tu jumpa depan-depan.
Malam tu cousin dia kawin, time tu la dia angkut aku kenalkan dengan sedara mara dia pulak. Pergh! Tak gelabah ko. Dah lah jumpa mak ayah dia ko dah gigil. Ne jumpa semua sedara mara dia lak kan. Hambik. Settle satu malam. Hahaha. Nasib baik tak tidur umah family dia sebab esoknya ada dua wedding nak kena hadap kat KL. Mak dia dah ajak tidur. Tak gelabah ayam ko. Dah lah rasa tak perfect nak hadap mak abah dia. Kelam kabut aku dibuatnye. gigil tak payah cakap lah. Walaupun family dia baik giler. Still gigil tetap ada. Haha.
Dah panjang aku menulis. Dah boleh buat novel. Entry caca merba dah. Kalau di baca lec bahasa aku kat Universiti mesti dia cakap penulisan aku macam kepala biawak, badan buaya ekor cicak (member aku je tahu makna ayat ni hahaha) Tunggang terbalik dah. Sorry tak ada gmbar untuk entry ni. Aku malas nk upload. Sekian terima kasih.
Aku tak tahu celah bila nak update lagi. Mungkin tahun depan. Erk?