Salam,
Majlis pertunangan aku memang buat simple sangat. Tak ada pelamin, doorgift dan sebagainya. Sebab aku dan family aku nak lebihkan kepada makanan dan kenduri. So aku pun jenis simple. Tak nak serabut-serabut.
Pada permulaannya aku ngan En Tunang memang tak nak buat pertunangan ni. Memang fikir nak terus je kawin. Tetapi bila keluarga kedua-dua belah pihak kata bertunang maka kena lah bertunang. Walaupun mula-mula rasa berat tapi lama-lama ada positifnya. Yelah asyik tangguh je nak kawin. Macam-macam hal. Aku dan En Tunang pun dah kenal lama since aku belajar lagi. Aku pun dah kenal rapat dengan family dia. Dan dia pun dah kenal rapat dengan family aku.
Sejak En Tunang kerja di Johor ni. dia akan selalu pergi oversea dan sibuk. So salah satu sebab baik bertunang. Hihi. Baik untuk dia dan baik untuk aku jugak. Sebenarnya Family en tunang dah datang merisik bulan 4 ke 3. Aku pun tak berapa ingat. Tapi tak ada lah sarung cincin risik ke hapa. Sebab kitaorang pon xbeli cincin pe lagi. Sebab family en tunang datang tetiba. En tunang call kata family nak datang hari sabtu. Ok lah. Bincang-bincang je. Family aku pon jenis simple. takde nak adat-adat sangat.
Ingat tak entry aku mengenai tak nak panggil tok sidang bagai? Hurm.. Last-last kena panggil juga. Sebab ayah aku nak buat kenduri. So kena panggil orang masjid. Tok sidang orang masjid so kena lah isi borang. Mengeluh jugak mula-mula. Tapi lama-lama tengok borang syarat pertunangan tu. Ada positifnya. Pada mulanya. en tunang cuak jugak. Yelah ada borang perjanjian bagai. Aku pun penat lah terangkan kat dia just syarat je. Family aku bukan jenis ikut adat sangat. Alhamdulillah tok sidang pada majlis terangkan fungsi borang tu pada family en tunang. So tak ada perasaan kurang senang atau susah. (Yang ni mungkin aku akan terangkan next entry)
Tema
Tema pink purple. Tu pon hanya pada baju dan hantaran sahaja. Aku sangat suka purple. So gabungkan je dengan pink.
Cincin
Cincin aku beli dengan en tunang bulan 5. Kemain susah nak jumpa en tunang. sebab dia susah nak dapat cuti. Bila dia cuti cepat-cepat rancang beli cincin. Tapi masa beli cincin blur-blur je. Even dah banyak kali wat survey kat internet still blur. Haha. Serius nak beli cincin ajak orang tua yang pakar pasal cincin. Aku dan en tunang banyak kali kuar masuk kedai cincin. Tapi Alhamdulillah. Sebab aku memang da tahu nak cincin apa, jenis apa. Cuma keliru tentang pilihan cincin. Member aku Nad pun banyak membantu. Sebab dia dah ada pengalaman. (Dah selamat kahwin dah minah ni. Hihi)
Hantaran.
Hantaran aku simple je. Tak ada nak beli dulang bagai. Mak ngah aku terus bagi pinjam dulang bila dengar aku nak tunang. Dah siap berhias dah dulang tu purple pink. Ko hanya perlu letak barang je dan hias sikit-sikit barang tu. Senang dan jimat dah. Hantaran aku 7 balas 5. Kebanyakan makanan. Sebab aku dan en tunang jenis simple. Tunang je. Tak payah nak membazir sangat katanya. Last-last minit dulang terlebih. Sebab aku lupa orang Melaka memang kena ada sireh junjung. Dan penyelamat aku Nad. Alhamdulillah. Sabtu nak tunang. Jumaat maghrib aku diberitahu perlu sireh junjung. Kelam kabut.
Kebanyakan beli hantaran aku dengan mak aku. Dengan en tunang lagi berapa hari nak bertunang baru dapat jumpa. Sebab en tunang beberapa hari di Singapore urusan kerja. Lepas tu baru dapat cuti. Sehari je masa untuk beli semua benda. Menangis. (T.T) Tapi xde kelam kabut sangat. Sebab en tunang jenis cool je. Aku je kelam kabut. Haha.
Makeup.
Kakak en tunang.
Makeup aku ambik orang yang makeupkan member baik aku Nad masa tunang. So aku memang berkenan sangat cara dia makeup dan boleh tolak ansur. Sangat-sangat peramah dan harga dia berpatutan. Memang ramai kata muka aku lain. Aku first time tengok cermin pon terkejut. Sebab lain giler. Baju aku pakai baju kurung moden. Tak ada masa aku nak tempah bagai. Nak vogue bagai. Aku beli jenis yang boleh dipakai balik time g kenduri. See aku jenis simple je orangnya. Hihi. Tudung pon aku beli halfmoon. Mula nak cari selendang kosong. Tapi yang rabbi susah nak jumpa dah. Kalau jumpa pon warna dicari tak ada. Last-last jumpa tudung halfmoon walaupun colour dah lari sikit. Rembat je. Veil dan bunga aku ada buat sendiri. Tapi xpakai pon. Jurumekap aku ada bawakkan. Pakai dia punya je.
Kenduri.
Kenduri yang aku buat masa perancangannya. tak ada khemah. Last-last pasang jugak khemah. Makanan pon mak aku lebih kan. Sebab belah lelaki ramai gilos datang. Terkejut haku masa salam family en tunang. Sampai terkulat-kulat aku sebab ramai giler. Makanan mak aku order catering. Pakcik tu pon dah biasa wat catering kat tempat kerja mak aku. Makanan pon sedap. Memandangkan tunang je. Aku dan mak aku bincang nak nasi putih, gulai kawah, ikan sembilang masak sambal, ayam berempah, ulam, sambal belacan, ikan masin dan bubur. Kuih banyak gila orang sponsor. termasuk bakal adik ipar aku. hehehe.
Alhamdulillah majlis berlansung dengan jayanya. Majlis dimulakan majlis tahlil dan kenduri doa selamat. Selepas tu baru majlis tunang berlansung. Agak lama sebenarnya, sebab tok sidang banyak menerangkan kat pihak lelaki adat-adat orang melaka ni. Ok lah. Tak ada keluarga en tunang rasa pelik je. Sebab kat melaka ni banyak sangat adatnye. (T.T)
Tu jelah kot aku nak beritahu. Tak ada majlis besar-besar. Sebab family aku lebihkan kepada kenduri tahlil dan doa selamat. Sebab aku jenis simple. Tak ada makna nak serabut macam-macam. Kahwin nanti baru serabut. Hehe. Yang penting makan. Haha. :p
Tu jelah kot aku nak beritahu. Tak ada majlis besar-besar. Sebab family aku lebihkan kepada kenduri tahlil dan doa selamat. Sebab aku jenis simple. Tak ada makna nak serabut macam-macam. Kahwin nanti baru serabut. Hehe. Yang penting makan. Haha. :p
> |
Sedara mara en Tunang
Orang kuat. Tak ada mereka ni. Tak tenteram aku. Haha. Nad tak dapat join. Sebab dia ada kenduri kawin belah laki dia pulak. Minah tu gilos sampai nak gak dtang umah aku time dia dah habis sanding. nasib baik kena basuh periuk. Haha.
> |
Mak en Tunang. Pasni kena terer masak sebab mak en Tunang memang pandai gilos memasak. Setaraf chef sebenarnya.
Kat sini aku nak ucapkan ribuan terima kasih kat semua yang terlibat. Terima kasih. Jika terdapat kekurangan mohon maaf dari pihak kami. Yang penting makannnnnnnnnnnnn... huhu.
Assalamualaikum.. :)