Salam,
Setelah sekian lama menyepi. Baru lah hari ini dapat update. Aku tergerak nak update sebab ada sedikit masa lapang sebelum aku bertambah busy. Aku terlampau banyak nak cerita. Tapi aku rasa biarlah aku up sikit-sikit dulu. Buat masa ni biar aku cerita pasal kerja aku dan apa aku buat.
So here we go. Aku sekarang kerja di sebuah syarikat swasta yang mengusahakan portal dan website. Masa mula-mula aku di interview. aku bajet benda ni ada lah sikit berkaitan dengan bidang bahasa aku belajar dulu. Tapi haram tak ada. Kalau ada pon untuk translator. Itu pun diaorang nak yang berpengalaman. Masa interview tu aku memang dah harap xdapat. Tup-tup dorang call masa aku on the way balik ke Shah Alam. Aku dapat! aku tak tahu lah nape aku dapat..=.="
Aku bermula dari kosong. zero. benda yang berkaitan dengan IT ni. Kalau ada pun sikit sangat ilmu yang aku ada. Itu pun sebab aku banyak tahu pasal blog. Itu pun sikit sangat ilmu aku. Tapi jujur aku cakap dengan coding bagai. Banyak membantu aku.
Masa mula-mula kerja. Aku tak tahu apa-apa. Aku diberi tugas. Bantu arwah. Dia lah banyak ajar aku. walaupun 3 bulan je. Lepas arwah tak ada. Aku sorang-sorang. Dan aku telah diberi beberapa website yang agak "tough" untuk di pegang. Dan juga arwah punya website. Waktu tu aku pegang 4 website. Dengan hanya beberapa percent ilmu aku dalam bidang it dan ilmu berhadapan client agak susah gak pada mulanya.
Aku banyak tanya staff kat situ. Sampai aku rasa dorang nek tension aku duk tanya macam-macam. Aku pernah beberapa minggu stayback kat pejabat sampai kul 11 mlm buat kerja setiap hari even sabtu dan ahad. Tiada rehat. Langsung. Sampai aku kena menumpang rumah member aku dan umah paksu aku sebab masa tu aku tinggal Shah Alam. Masa tu. Serius aku tak ada life.
Tapi berkat usaha keras. Berkat pertolongan orang sekelilinglah. Aku merasai detik berkerja dengan CEO syarikat itu terus, jadi MC for the big event syarikat itu, berjumpa dengan abang Najib dan beberapa lagi moment yang manis. Alhamdulillah aku dapat manage client yang sesetengah staff kata tak boleh handle. Dan aku masih berhubung dengan mereka dan baik dengan mereka walaupun sekarang aku dah pegang akaun lain. >.<
Kad ni patut tukar warna oren dah.Tapi aku malas pi management department. hihi. >.< |
Sekarang ni aku buat kerja from house. yup. dengan gaji aku rasa susah nak dapat kat Melaka ni. but, aku still kena travel a lot jumpa client. (>.<) Alhamdulilah. Ni rezeki buat aku sekarang. aku bersyukur sahaja buat masa ini. esok lusa belum tahu lagi. >.<
*Pendapat aku lah, apa yang kita belajar kat universiti bukan menjamin kita dapat bidang kerja yang sama kita belajar di universiti. Tapi dengan usaha yang kuat dan suka belajar sesuatu yang baru tanpa penat insyaAllah rezeki tu ada. Cuma kena usaha sikitlah. Salam :D