Kisah sejak menjak ini

October 08, 2010

Sejak menjak ini agak sibuk memandangkan aku sedang berada di semester akhir. Kerja tak payah cakaplah. Walaupun pembentangan thesis telah berlalu tetapi penambah baikan harus dilakukan. Aku masih sibuk dengan 2 kelas selama sebulan sebelum menamatkan pembelajaran aku ni. 


Dalam fikiran aku sekarang, bertahan sahaja untuk sebulan. Dan selepas itu TAMAT dah. Tetapi untuk bertahan memerlukan kesabaran dan cara pengawalan stress yang amat berkesan. huhuhu. Setiap minggu ada sahaja ada kerja. Macam hari ini, aku telah selamat menghantar report praktikal aku. Fuhh.. selesai satu tugas. Cuma thesis sahaja belum dihantar. Kesibukan aku membuatkan aku masih belum menjengok ke kampung sejak cuti Hari Raya hari itu. Hati meronta-ronta mahu pulang. Tapi apakan daya. Kerja melampaui segalanya.:(

Tema pra graduan telah ditukar saat-saat akhir. Pergh.. nasib baik aku tak beli apa-apa. tetapi aku dapat topeng di atas tengahari tadi. Itupun di beri Abang Fadz di tempat aku praktikal dulu. Dia suruh sampaikan sebab aku ada nyatakan pasal topeng ini untuk tema Majlis Pra Graduan. Tup-tup dia bagi.. Terima Kasih abang..:)

Memandangkan tema telah bertukar. Maka aku mengambil keputusan untuk memakai kebaya yang aku baru pakai 3 kali. Harga dia waktu aku beli.. Mau nangis jawabnya. Aku pun tertanya-tanya sekarang kenapalah aku beli kebaya yang mahal-mahal masa aku beli dulu. Sebab aku kurang berminat nak memakainya. Huhuhu.. Tetapi aku tak kisah. Sebab aku lebih teruja untuk menjadi cameraman untuk majlis tersebut. hahaha. Sekarang aku sedang membayangkan aku sedang menangkap gambar dengan memakai kebaya dan kasut tinggi serta dengan mengendong beg kamera warna merah. Sure menjadi perhatian. hahaha...


 Kelas sudah bermula pada hari isnin lepas. Cuma aku malas nak nyatakan. Masa masuk kelas. Macam blur-blur lagi sebab 3 bulan berkerja. Semangat nak belajar pun belum ada. Aku pergi kelas pakai selekeh je masa hari pertama. hahahaha. Cuma kelas pagi dan tengahari tadi sahaja aku pakai macam seorang pelajar. Itupun aku masih malas nak lebih-lebih. motips?! huhuhuhu..:D

Yes, muka dah tembam. Dan jangan ditanya mengenai seluar. Sudah dua helai jean yang tidak muat. Skinny jeans dalam mimpi sahajalah nak pakai. Dan aku dah berkira-kira mahu pos je suar tu balik kampung. Sebab sakit hati dah tak muat.hahahaha..



Mungkin sejak menjak ini gambar aku sedang makan akan lebih banyak berbanding gambar aku yang sedang bersukan. Sebab hobi aku sejak menjak ini makan sahaja. Korang tahu sahajalah pengaruh siapa. Kalau bukan En Kekasih. Dah jadi hobi baru kepada kami untuk mencuba kedai makanan yang sedap. Dan pantang sahaja keluar. Ayat yang keluar dulu. Sudah pasti "JOM MAKAN!!!" 



Kedua-dua berat badan kami telah naik dengan jayanya. Mungkin dalam satu bulan lagi, korang mungkin tidak mengenali aku lagi.. hu... Tetapi jangan risau. Walaupun berat badan naik, kami tetap menjaga pemakanan kami. Oh lagi satu, hobi kami ialah mencuba kepelbagaian kopi. Kami masing-masing merupakan penggemar kopi yang berjaya... hahaha...



ok dah cukup tu je aku nak membebel.. Mungkin aku agak senang sedikit malam ini menyebabkan aku menulis entry yang merapu dan meraban macam ini. hehehehe.. Apa-apa pun see ya in da next entry..:)

You Might Also Like

3 comments

Popular Posts