Chepo dan kuih lopes akhirnya dapat juga aku makan!:p

August 12, 2010

Tahun ini Alhamdulillah dapat bersahur dan berbuka bersama keluarga. Memandangkan hari ini sudah sihat sikit. Sudah boleh bantu emak di dapur. Walaupun sekadar kupis ikan bilis.. ngee... :D



Bersahur sekadar makan makanan yang simple sahaja. Nasi goreng! Family aku memang senang. bersahur hanya makan nasi goreng sahaja! simple kan?



Berbuka. Tiba-tiba ma aku mahu masakkan chepo atau jeruk lobak putih. Sebenarnya dah berbulan aku menyebut nak makan benda tu. Sebab aku cuba juga carik di Shah Alam. tetapi tiada. Masuk kedai runcit tanya je Chepo atau sebutan dalam bahasa cinanya Chaipo peniaga tu mesti buat muka pelik. Serius susah nak carik. Kat melaka berlambak-lambak. barulah aku teringat Chepo adalah makanan orang cina. memandangkan kat melaka ni banyak orang cina. Senang nak cari. Gambar? Aku lupa nak ambik. hehehe. Sebab tak ramai yang tahu Chepo itu apa.



Tadi berkesempatan juga pergi mencari kuih di bazar Ramadhan. Aku hanya nak cari kuih Lopes. Sesiapa yang rapat dengan aku mesti tahu aku suka giler dengan kuih ini. Tahun lepas aku carik juga masa duduk puncak perdana. tetapi takde. Menitis airmata. lagi-lagi sebab tak dapat nak bersahur dan berbuka hari pertama puasa bersama keluarga. hehehe..



Dan. Dari satu bazar ke satu bazar. tiada pun kuih itu. Sanggup berhenti kereta di satu-satu gerai tepi jalan dan tanya ada kuih lopes tak. dan jawapannya hampa. Akhirnya masa dah nak sampai rumah ada gerai tepi jalan. Yang itu ada! Sedap lak tu! dah 3 kali aku ulang makan. Alhamdulillah.



Lepas ni nak belajar buat kuih tu. takde sedih-sedih kalau kuih itu tak ada. boleh buat bila rasa nak makan. Tapi kan.. nak berguru dengan sapa eh? Kalau arwah wan aku ada. boleh dia ajarkan. macam-macam kuih dia ajar aku. Cuma kuih lopes sahaja aku tak belajar..:(



Esok hari kedua berpuasa.. Harus tidur sekarang. Sebab ngantuk setelah menelan ubat. Haih.. Selamat bersahur dan berpuasa esok ya! :D see ya!



p/s: Chepo atau sebutan dalam bahasa cina: chaipo adalah sejenis jeruk lobak putih. Chepo ini biasanya di goreng dengan bawang, ikan bilis dan cili padi. Chepo ini adalah sejenis makanan orang cina.:)

You Might Also Like

3 comments

Popular Posts