Mr Low guru terbaik yang saya pernah kenali..

May 16, 2010

Sering berpindah sekolah bukanlah sesuatu yang mengembirakan bagi saya. terpaksa mengenali kawan-kawan baru terasa amat sukar. Tetapi lama kelamaan, saya menerima perubahan itu. Tetiba mengguna perubahan kata ganti diri "aku" kepada " saya". Agak pelik. Tetapi harus membiasakan diri. Ok, go back to the story.

Semasa di sekolah rendah. Subjek paling disukai oleh saya adalah pendidikan seni. Dah tentulah guru disukai Mr Low. Mungkin wajah saya seperti anak cina. Saya sering disukai guru-guru berbangsa cina. Dan kerana Mr Low lah saya masuk ke kelab pendidikan seni. Di situlah bakat saya di asah oleh Mr Low sehingga saya sering memasuki pertandingan melukis di peringkat negeri.

Mr Low seorang guru yang lembut. Bukan lembut seperti lelaki lembut. tetapi caranya. Beliau berkaca mata dan sering membetulkan kedudukan cermin mata beliau apabila beliau sedang mengajar. Beliau sering menegur lukisan saya. Dan kerana beliau saya pandai melukis.

Beliau sering membawa saya ke pertandingan melukis dan serta menemani ke pertandingan melukis. Masih saya ingat saya lukisan saya di pamerkan di Bangunan Merah, Melaka dan seorang mat saleh membeli lukisan saya untuk kelab pendidikan seni. Mr Low dengan bangga berkata that my student.:)

Mr Low bukan sahaja guru pendidikan seni saya, tetapi juga guru kelas saya. Masih saya ingat, semasa pemilihan pengawas sekolah. Beliau memilih saya untuk memegang jawatan tersebut. Tetapi semasa untuk pemilihan pengawas saya ditentang oleh seorang guru perempuan. Guru perempuan tersebut merupakan jiran di kawasan perumahan saya. Yang saya tahu, guru tersebut kurang senangi emak saya. hanya kerana keluarga saya nampak senang. Saya tidak faham mengapa guru perempuan tersebut menentang. Saya agak terkejut, Mr low membela saya. dan beliau bertengkar dengan guru perempuan tersebut. Akhirnya, beliau menarik tangan saya berkata. "Tidak mengapa, saya jadikan kamu pengawas perpustakaan" saya menolak. dan semasa darjah 6 saya berpindah ke sekolah baru yang berdekatan dengan taman saya kerana sekolah terdekat dan baru sahaja dibuka. Saya berpindah sekolah dengan hati yang sayu kerana sukar untuk melupakan guru kesayangan saya.

Sehingga sekarang saya ingat peristiwa tersebut dan sehingga saat entry ini ditulis. Saya ingati Mr Low. Semasa di sekolah menengah. Semasa saya di tingkatan 6 rendah. Saya melawati sesuatu pameran. Ketika di situlah saya terlihat Mr Low. Beliau tidak berubah. Masih dengan kacamatanya dan sering membetulkannya. Tetapi rambut beliau sudah putih. bBruban. Saya tanpa teragak-agak terus menegur beliau. Nak menitis airmata saya kerana beliau masih mengenali saya dan beliau berkata mengingati saya kerana saya adalah salah seorang favorite student beliau. :')

Sudah lama saya tidak melihat Mr Low. Masih saya simpan alatan lukisan yang beliau berikan kepada saya ketika saya menyertai pertandingan melukis semasa saya di darjah 4. Itulah saya barang berharga yang masih ada untuk mengingati beliau. Walaupun tidak berjumpa. Saya sering mengingati beliau. Kerana beliaulah antara guru terbaik yang saya pernah ada...:)

Mr Low Selamat Hari Guru..
Terima kasih atas didikan sir kerana sampai ke saat ini saya masih lagi melukis dan masih mengingati apa yang sir ajarkan.

Terima kasih kerana didikan Sir saya sering menjadi pemenang dalam setiap pertandingan melukis..:)

Dan Selamat Hari Guru juga kepada guru yang mendidik saya. Saya ingati setiap didikan cikgu. dan Selamat Hari Guru untuk guru-guru di Malaysia..:)

You Might Also Like

2 comments

Popular Posts