Kasut, bas, kelas, dan bunga konvokesyen..

May 24, 2010

Pagi tadi..

kena pakai mengikut sahsiah rupa diri. aku membebel dalam hati. Sebab aku takde kasut bertutup penuh. pergi dengan perasaan redha kena saman dan berharap aku tak akan kena saman. nak je aku pakai wedges gladiator. boleh jadi gladiator sekejap. sepak je sape-sape nak saman aku. tapi tak boleh. sebab yang menyaman dekan. haih.

kul 7.45 pagi dah jadi pak pacak kat bustop. kul 8.15 bas tak nampak bayang. bas lalu tetapi tak nak berhenti. aku rasa nak kejar je bas yang tak nak berhenti tu dan tepuk dahi abang bas itu sebab bas dia boleh muat lagi orang. 8.21 aku dah beragak-agak nak pergi kelas atau tidak. nasib baik bas datang. kalau tak aku dah tibai balik rumah sambung tidur.

aku tengok bas. Mak aiii..... dah macam tin sardin. naik jelah. kat bustop adalah kot 20 lebih student. Tetapi bas tersebut tetap mahu di mampatkan dengan jayanya. sebab Pakcik bawak bas itu mungkin risau takut kami terlewat. baik pakcik nie. perhentian seterusnya. aktiviti memampatkan di lakukan dengan jayanya. Pergh..berhimpit-himpit, terpeganglah, tercilok lah dan bernasib baik di dalam bas tersebut tiada lelaki. aku rasa syurga la kot lelaki dihimpit oleh perempuan.huh..

sampai-sampai dengan muka berpeluh ibarat larian marathon je. tiba-tiba diberitahu kelas tiada sampai hari rabu. korang rasa aku nak tibai sesiapa tak... aku buat keputusan study di library. dan akhirnya pergi ke Plaza Alam Sentral menemani sahabat aku beli barang. ikutkan hati mahu je aku main bowling dengan berbaju kurung. pikir balik bahaya. dah lah aku pegang bola bowling mcam nak carik gaduh. so daripada menyebabkan orang awam tercedera. lain kali sahajalah.

perjalanan balik.. bunga-bunga untuk konvo telah berjualan di seksyen 7. sehinggakan aku tidak dapat bezakan bustop atau itu kedai bunga. haha.. aku da spot satu dua bunga untuk aku konvo nanti.... tapi .... tahun depan.. lama lagi...heh... aku peduli ape...........

You Might Also Like

4 comments

Popular Posts